Sangka Baik

Assalamualaikum. Harapnya confession aku ni disiarkan. Umur aku awal 20an. Kalau ikutkan kawan-kawan aku 95% semua tengah sambung degree. Dah nak grad pun. Aku je terasing sikit dunia nya haha.

Aku lepasan STPM yang tak berapa nak lepas sebab tak dapat tawaran universiti. Pointer memang atas kening dah bukan atas hidung. Waktu kawan-kawan semua gembira buat preparation nak masuk universiti awam, aku ke hulu ke hilir buat rayuan. Ada satu hari aku pergi 3 universiti sekaligus nak jumpa orang atasan universiti tu terus. Aku tebalkan muka je dengan pointer tak seberapa ni. Memang aku ingat benda ni sampa sekarang. Perasaan masa tu, sampai sekarang aku dapat rasa. Masa taip ni pun rasa nak menangis walaupun dah dekat 3 tahun berlalu. Interview SPA, rayuan pertama hingga keberapa kali rayuan aku dah buat. Masa tu tak ingat dah pesan orang tua, “jangan dirayu pada yang tak sudi” (boleh pakai ke kat situasi ni?) Semua aku dah buat. Tapi itulah, kita punya kehendak belum tentu baik untuk kita.

Dekat 2 tahun aku cari kerja. Sana sini. Duduk jauh dengan family sebab dapat kerja jauh. Hampir beratus email & resume aku hantar. Sampai satu hari, aku dapat tahu interview kat satu company besar yang kalau aku sebut nescaya semua tahu. Aku memang tak prepare sebab dapat tahu sehari sebelum interview. English pun berterabur sebab memang tak power. Lepas interview je terus diorang offer. Aku punya perasaan masa tu memang blur sebab tak percaya.

Kalau ikutkan kerja aku dapat memang jauh sebatu dari bidang aku yg sepatut nya. Sedar tak sedar dah setahun lebih aku kerja situ. Alhamdulillah dah dapat permanent, increment, bonus dan dah dapat beli kereta sendiri. Benda ni macam sekelip mata dan aku tak perasan. Kuasa Allah tu memang tak boleh nak jangka. Syukur tak terkata. Dulu memang aku tak boleh terima masa tak dapat sambung belajar. Sekarang sikit-sikit Allah tunjuk kenapa. Dan sekarang tengah try nak buat part time study for degree.

Cuma nak pesan, jangan sangka buruk dengan Allah. Jangan putus dari rahmat Allah. Biarlah kita lambat dari orang lain. Tak ada satu pun usaha kita yang Allah tak nampak. Setiap orang akan dapat bahagian masing-masing. Cuma masa nya tak tahu bila, tapi pasti akan tiba. Paling penting, minta mak ayah doakan kita & sentiasa bersangka baik (:

– W

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit