Luahan Hati Penganggur

Assalamulaikum.
Aku sarah 26 tahun, tidak
berkerja. berkaitan dengan tajuk di atas aku bukan lah bangga dengan status aku penganggur. banyak pekara buat aku berasa tertekan dengan status ini. aku bukan menulis untuk meminta simpati atau sokongan dengan tindakan aku. aku cuma mencari tempat untuk meluah.

aku berasal dari pantai timur. berkerja di ibu kota. sebelumnya aku berkerja di sebuah kedai percetakan di ibu kota sebagai pereka grafik. gaji aku cuma rm1500 sebulan. bukan lah banyak tapi aku bersyukur dengan gaji aku. aku bermula sebagai pembantu photocopy sahaja tp dalam masa setahun aku mampu duduk sebagai pereka grafik. seronok sangat dengan suasana kerja. rakan sekerja sangat memahami. kadang kadang pelanggan yg datang itulah sebagai penghibur aku. aku suka dengan apa aku lakukan setiap hari. Biasalah dimana mana akan ada 1 benda yang buat kita tidak suka. bagi aku pula aku amat tidak suka supervisor aku. bukan sebab pangkat dia tapi sebab cara kerja dia. ada sedikit sifat perkauman dan pilih kasih. andai kata pekerja bawahan tidak mengikut arahan dia, akan dia lakukan sampai pekerja tersebut fed up dan give up dan ada yg sampai berhenti kerja. untuk aku pula aku bukan lah kaki kipas atau kaki aircond. aku antara staff yg kuat melawan. tak kan lah aku nk buat kerja leceh sedangkan ada cara lagi senang cepat dan hasil nye tetap elok. dia paling tak suka aku melayan pelanggan yg datang dengan mesra. bagi dia kerja kami cuma buat apa yang perlu sahaja. bagi aku pula dengan cara aku melayan pelanggan aku aku tau apa yg sebenarnya mereka mahukan bukan sekadar buat apa yang mereka minta. isu perkauman pula dia akan lebihkan orang sebangsa dengan nya dan ada kala aku abaikan arahan dia oleh disebabkan arahan itu untuk aku. aku ada dihadapan dia dan cara penyampaian arahan melalui org tengah(sebangsa dia) dan org tengah tersebut akan terjemah dan smpaikan pada aku. aku cuma didepan dia dan rasanya tidak salah bercakap bahasa melayu atau english depan aku. aku faham.

selepas dua tahun aku kerja dengan syarikat itu. ada yang datang menawarkan aku kerja yang sangat tiada kaitan dengan apa yang aku lakukan sebelum ini dengan tawaran gaji yang sama. dengan jaminan kenaikan gaji bergantung pada hasil kerja aku. jawatan yang ditawarkan adalah sebagai kerani akaun dan am. aku tiada pendidikan akaun atau basic akaun. tp aku terima kerja itu sebagai cabaran baru aku. aku bermula dengan google apa itu kerani akaun. kemudian aku membeli buku teks akaun sekolah menengah dan juga
buku rujukan prinsip akaun. aku belajar perlahan lahan atas dorongan bos baru aku. aku amat berterima kasih pada beliau kerana sabar ketika aku merangkak rangkak memahami prinsip akaun. aku tidak disediakan ofis. cuma berkerja dari rumah dan kerja aku pada awalnya merekod debit kredit cafe mereka dia pantai timur dan menaip surat surat rasmi. pada bulan puasa 2017 . aku memutuskan untuk pulang kekampung awal kerana aku boleh buat kerja aku dimana mana. dan aku sudah memaklumkan kepada bos aku. dia setuju. kampung aku di pantai timur. pada hari kedua aku pulang aku diminta berkenalan dengan staf kedai makan bos aku di pantai timur. jarak perjalanan antara rumah aku dan kedai makan milik bos aku mengambil masa 1 jam atau lebih disebab kan aku memandu dengan kelajuan yang sederhana. pada hari ketiga bos aku meminta aku untuk turun padang kerja di kedai dengan sebab manager kedai tersebut terpaksa berhenti atas alasan yang logik. pada aku tika itu tiada bantahan malah seronok untuk mencuba benda yang baru. pada bulan puasa kedai tersebut beroperasi dari jam4 petabg hingga 12 tengah malam. aku dibenarkan pulang sebelum jam 10 mlm dengan alasan rumah aku jauh dan jalan yg aku laluai gelap sunyi dan bahaya. tp atas dasar aku seorang perempuan dan rasa tangungjawab aku pada para pekerja aku tunggu mereka hingga jam 12 tengah malam dan akan bergerak pulang selepas aku hantar pekerja perempuan kerumah sewa mereka. bukan lah kata aku belagak baik tp mereka baru usia 19-20 tahun..cuma berjalan kaki. jarak antara tumah dan tempat kerja mengambil masa 15-20minit dan gelap. bahaya dan sangat bahaya bagi aku. aku akan smpai kerumah paling awal biasa jam 1.30 pagi.

selepas menyambut perayaan aidilfitri bos aku membuka kedai 1 lagi di mana pada awalnya dia mempunyai supervisor baru. waktu kedai beroperasi jam 12-12 dan aku pada tika itu diminta membantu chef di dapur. disebabkan jarak aku jauh jdi bos aku sedia kan tempat tinggal yg berdekatan dengan kedai. dari akaun aku ganti manager kemudian dapur. tp aku x pernh kata tidak kerana bg aku itu pengalaman. tp kadang kala terkeluar perkataan yg kasar dan merungut kepenatan. kerana aku dlm masa yg sama menjaga dan mengawal perbelanjaan kedai setiap hari. 2 minggu kemudian aku di tugaskan untuk tinggalkan kedai dan pulang kerumah. dengan alasan aku terlalu garang dengan pekerja bawahan. bagi aku itu lebih bagus kerana aku ingin meluang masa bersama ibu aku yang pada raya aku cuma dapat bercuti selama sehari sahaja. dan kerja aku cuma tertumpu pada yang sepatutnya sahaja.

selepas 3 minggu aku diarah untuk kembali lagi ke kedai oleh disebab kan supervisor baru lari kerana salah faham. aku diminta menjaga 2 buah kedai. untuk pengetahuan semua bos aku sentiasa berada di kuala lumpur oleh kerana mereka mempunyai syarikat lain di kuala lumpur. aku diberi tempat tinggal dan duit minyak. tp pada kadar gaji yang sama. waktu kerja aku sepatutnya bermula jam 8 pagi dan berakhir 12 mlm. to kadang kadang terlepas sehingga jam 10 pagi… yea salah aku tp aku cuma terlalu penat untuk bangun seawal itu. kenapa ? kedai tutup jam 12 mlm tp duit kedai dan perbelanjaan kedai pada hari tuh aku mesti selesai kan mlm itu juga.. 2 kedai dan aku agak mengambil masa dlm 1 jam bagi mengira dan merekod. biasanya aku akan hantar pekerja pulang dan aku akan terus pulang. aku akn tido dlm jam 2 pagi selepas mandi dan uruskan keperluan diri yg lain. antara aku lakukan setiap pagi adalah beli barangan di pasar basah atau mydin. kekadang aku perlu pergi hingga 3-4 tempat untuk membeli barangan kedai. kenapa tidak meminta supplier yg hantar. bagi aku kos akan naik 50% . jadi atas permintaan bos aku supaya berjimat aku lakukan sendiri. akulah pereka grafik untuk flyers dan bunting serta banner tidak lupa juga menu. aku pernah menangis bila bos aku kata aku buat kerja terlalu lambat buat 2 kedai punya menu amik masa smpai seminggu. aku masih buat leeja akaun aku dan kira gaji pekerja. aku juga lah cashier dan aku jugalah manager kedai..kemuncaknya bila aku minta bos aku luluskan masa rehat aku selama 4 jam waktu petang pada waktu aku tidak sibuk dan aku boleh berehat seketika. tapi tersentak aku bila aku dikatakan berkira dengan bos aku. jd aku cuma minta selama 2 jam. itupon selepas pelbagai hujahan. untuk pengetahuan kalian, aku pernah berkerja selama 30 hari seminggu tanpa cuti. tiada rungutan aku berikan tika itu. cuma aku sedih usaha aku langsung x dipandang dan bila aku meminta gaji lebih hari bos aku pernah berkata. “sarah awak kerja lambat. design lambat, beli barang lambat, buat kerja lain pon kekadang tertangguh sedangkan sy minta awak carikan rumah sewa untuk staff sahaja.” dalam hati cuma mampu menjawab ‘aku mmg orangpantai timur tapi aku bukan orang kawasan ini malahan aku bukan biasa dengan tempat ni kawan pon tiada. memandu guna apps waze dan kekadang masih lagi sesat.’

kemuncak kejadian aku terlewat selama 30 min dari waktu kerja. aku dpt wassap dari bos aku yg dia akan tolak gaji aku rm50. sedarkah bos aku disebabkan org lain punya hal aku terpaksa pulang jam 2.30pagi pada mlm pada hari sebelum tuh. hanya disebabkan duit cashier ada masalah dan aku kena selesaikan. bila aku smpai kekedai bos aku. bos aku meminta alasab. bila aku bagi alasan ” sarah saya tak nak dengar apa apa alasan dari awak kerana awak selalu bagi alasan ” aku terdiam dan mula menangis. aku cuma mampu katakan aku give up dan aku nak berhenti. keluar dari kedai aku menagis seorang diri dlm kereta. aku pulang kemaskan barang aku. aku hantar semua barang aku dpt dri bos aku termasuk laptop dan kunci rumah. masa tuh aku rasa diri aku sangat lah gagal. gagal mengawal emosi dan mental.
aku tidak dibayar gaji yg baki. aku tidak pernh dibayar hasil design aku sepanjang aku kat situ dengan alasan aku buat kerja lambat walaupon dia pernah cakap yg dia akan bayar design aku lain dari gaji. tp tiada. tiada lah aku halalkan tp tiadalah aku meminta minta…aku dapat tahu sekarang kedai tersebut ada pelbagai masalah. Aku rasa sedikit ralat kerana aku ingin berkerja lebih lama dengan kedai dan banyak lagi aku ingin belajar.

salahkah aku give up dan berhenti kerja.. aku terfikir untuk kembali kerja di kedai percetakan yg sama balik. tapi berat bila difikirkan tentang supervisor yg bersifat perkauman itu. aku ada juga cuba mencari kerja tempat lain. cuma belom lagi rezeki aku. tolong nasihatkan aku. kadang kadang aku lemah. bukan pinta aku nak jadi penganggur tapi emosi dan mental aku gagal pada tika itu.maaf kalau terlalu panjang. tapi aku ingin meluah. bukan meminta simpati ..kalau ada tersalah ejaan atau kesalahan tata bahasa. maafkan aku

– sarah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit