Assalamualaikum, hi semua. Thanks admin approve artikel ni.
Aku ni muda lagi, bukan ustazah, bukan budak sekolah agama, mahupun bukan budak uia. Tapi aku nak memberi pendapat sebagai seorang saudara sesama islam.
Rezeki. Datang dalam macam2 bentuk, duit, makanan, kesihatan, keluarga, kawan2, masa dan macam2 la. Aku terpanggil nak share pasal rezeki makanan ni.
Sedih tengok makanan dibazirkan. Selalu aku p makan kenduri, keluar lunch mesti ada kawan2 kita yg makan sikit, jaga badan, makan lebih tinggal macam tu ja. Ya Allah sedihnya, orang lain yg lebih susah nak dapat makanan kita tinggal konon jaga badan, nak diberi pada kawan makanannya dah bercampur2, ayam gigit2 sikit. Makanan tak sedap, makan sikit tinggal. Tak sedap, ya Allah depan rezeki tu….
1 lagi, bila org sedekah makanan pada kita, hormatlah si pemberi. Walau anda tak suka makanan tu, walau anda tak berapa gemar dengan si pemberi, hormat pada pemberi dan rezeki tu, ambil dulu, jangan nak tunjuk muka toya tu. Berlakon la sekejap, jaga hati orang sama. Ambil makanan tu, kalau tak nak makan panjangkan sedekah bagi pada orang lain, jgn pulak mencela makanan atau si pemberi tu. Muka tu simpan sikit.
Apa kau lupa kisah nabi dengan buah limau masam? Seorang wanita memberi hadiah buah limau kepada Rasuallah, namun Rasuallah memakan semuanya tanpa pelawa pada sahabat. Rasulullah SAW berkata “Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Sekiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya.”
Betapa mulianya akhlak nabi. Hormat rezeki yg diberi, mana tahu pemberi tu telah bernazar nak sedekah makanan, mana tahu pemberi tu betul2 ikhlas nak memberi atau nak mengeratkan sillaturahim?
Aku suka dengan ayat dalam surah al rahman. “Maka nikmat mana yang kau dustakan”.
Semoga kita sentiasa dimurahkan rezeki didunia & diakhirat. Amin.
– Syahid
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit