Assalamualaikum..
Baru-baru ni aku terbaca dari page ni confession yang bertajuk ‘This is Life’.Aku terpanggil untuk share kisah aku yang kesimpulannya hampir sama dengan kisah confessor,which is life is unpredictable.Warning,confession ni agak panjang.
Aku taklah sebijak confessor ‘This is Life’.Aku cuma graduate dari dalam negara dan bekerja sebagai pendidik di institusi pengajian tinggi.Aku mulakan kisah aku masa aku bergelar pelajar di university.Kisah antara aku,R dan Z.
Kisah aku &R:
Masa aku di university, aku suka ikut kawan-kawan (kawan perempuan) pergi apa-apa seminar,majlis,program tak kiralah dianjurkan di university atau kat mana-mana pun.Aku bukan jenis sosial jadi aku memang tak ada kawan lelaki.Semuanya perempuan.Tapi aku bukan geng tudung labuh.aku biasa2 je.So satu hari aku ikut sorang kawan aku ni pergi majlis ceramah agama.Kat situlah bermulanya pertemuan aku dengan R.Dalam majlis tu,kalau menderma kena tulis nama supaya boleh didoakan oleh budak tahfiz.So aku pun tulislah nama.Rupanya si R dah perhatikan aku dan dia ambik num telefon aku dari list tu tanpa pengetahuan aku.Esoknya,aku terima SMS dari R.Masa tu xde lagi WhatsApp,wechat semua ni.Paling-paling pun SMS.Aku terkejut dan marah jugak la sebab suka2 hati dia je ambik num telefon orang.Jadi aku memang tak layan.Tapi dia memang xreti putus asa.Hari-hari dia mesej tanya kabar.Disebabkan dia bercakap sopan,tak ada nak menceroboh hal peribadi,tak ada miang2,so aku jawab la sepatah dua.Lama-lama aku selesa berkawan dengan dia.Dan lepas dah kenal betul-betul,barulah aku tahu latar belakang dia.Dia mmg lebih tua banyak dari aku.Aku 20,dia masa tu dah 25.Anak tunggal dan bekerja di syarikat minyak.Financially dia memang stabil,dah ada kereta,rupa pun ada.Memang ada semua ciri yang gadis-gadis impikan.Bila dah lama berkawan,si R ni kata mak dia nak kenal dengan aku.Aku rasa sangat awkward sebab yela,jumpa mak ayah ni biasanya nak bertunang ke nak kawin ke.Aku ni jauh lagi perjalanan nak menghabiskan degree.Tapi sejujurnya aku memang mengharapkan R lah jodoh aku,begitu jugak dia.Dia sangat caring,selalu support aku dan tak pernah ambik kesempatan.So long story short,aku terpaksa lah bersetuju nak jumpa mak dia walaupun dalam hati ni rasa berat je.Tak tahu kenapa rasa tak nak pergi.(rupanya ada sebab nya).Hari cuti weekend aku pun pergi la ke satu mall dimana dia dan mak dia menunggu aku.Aku insist nak pergi sendiri sebab rasa lebih selesa dan tak nak duduk satu kereta ngan mak dia.Nervous aku nanti.First time jumpa, mak dia bangun dari seat Restoren tu and peluk,cium aku.Dia layan aku baik sangat-sangat siap bagi hadiah lagi tau.Tak habis2 puji aku cantik.Jalan pimpin tangan aku kat mall tu sambil pandang n senyum2 kat anak dia.Aku pun OK je.Dalam hati aku memang aku kagum dengan kebaikan mak dia.So,lagi lah aku ni selesa dan yakin yang nanti aku akan bahagia dengan R.
Tak lama lepas tu,R kena pergi outstation. Malam tu,mak R mesej aku.Aku pun jawab la macam biasa.Mula-mula dia mesej biasa2 je.Tanya kabar,buat apa,dah makan ke.Tiba2,mesej dia bertukar jadi sarcastic.Dia directly cakap yang aku ni xsesuai dan xpadan dengan anak dia sebab aku ni bukan lah dari keluarga yang kaya.Aku xcukup sempurna untuk anak dia dan tak mungkin ada yang sempurna untuk anak dia kecuali bidadari.Okay bila dia cakap macam tu,aku dah mula faham yang dia ni terlalu obses dengan anak dia sebab tu satu-satunya anak dia.Aku sabarkan lagi sampailah dia cakap yang mak bapak aku hantar aku ke university untuk kikis duit jantan.Ohoiiii.berdesing telinga aku.Aku pun memang dah stop jawab dan mula rasa tawar hati.Dan despite the fact that aku xreply,maknya continue lagi mesej aku dengan maki-makian.Aku memang sedih gila masa tu tapi aku pikir dia tu orang tua so aku sabarkan aja.Dalam masa yang sama,aku masih lagi berharap ada sinar harapan untuk aku n R bila dia balik nanti.So tak lama lepas tu R balik dari outstation. Kami pun berjumpa.Aku xcerita apa yang mak dia cakap sebab aku xnak dia rasa aku ni mulut jahat,suka mengadu semua.Aku cuma nak tanya, betul ke mak dia boleh terima aku.Tapi guess what,belum sempat aku buka mulut,R dengan muka yang sangat sedih dan nangis cakap dengan aku yang dia tak dapat nak teruskan lagi berkawan dengan aku.Dia kena pilih mak dia walaupun dia sayang aku dan percaya aku ikhlas dengan dia.Hahaha.Aku memang terkejut sebab aku rasa aku terainaya dan tertipu sebab aku xpernah ambik satu sen pun duit R walaupun dia insist nak tolong so sangat x adil nak kata aku nak kikis duit anak dia.Dan bukan aku yang terhegeh2 nak berkawan dengan anak dia,anak dia yang mula2 approach aku.Aku tahu R langsung x defend aku depan mak dia sebab lepas tu mak dia hantar mesej lagi cakap yang R tu dengar 100% apa yang dia cakap so aku berhentilah berangan nak jadi sebahagian dari keluarga dia.Selepas tu,aku pun tukar num telefon,aku block R dari socmed dan tukar semua email aku.Aku berhenti terus contact dia walaupun aku selalu nampak kereta dia depan kolej aku.Sampai disitu saja lah kisah aku dengan R.Apa jadi pada R dan maknya nanti aku sambung lagi kat bawah.
Kisah aku & Z:
Aku dan Z satu university. Dia ambik course architecture dan aku education.So bukan lah satu faculty. Aku dan dia sama-sama join kelab sukan.Aku xminat sukan,dia pulak athlete university yang agak famous jugak sebab dia bagus dalam sukan yang dia main.Aku pulak hadir dan join program kesukanan ni sebab nak kutip mata untuk duk kolej je.Sambil2 seronok dengan kawan-kawan.So,satu hari university aku adakan program sukan antara university.Z salah seorang dari pemain.Aku pulak,tukang kemas dewan,uruskan keperluan athletes macam air,makanan,piala.Z ni sangat putih orangnya,rupa ala-ala China,Korea gitula.Long story short,masa kemas2 barang athletes aku terambil kunci motor si Z sebab dia letak kunci tu kat atas barang-barang aku.Aku ni sebab dah penat lepas majlis,aku main kaup je Sume masuk bag.Nasib baik ada kawan aku yang merangkap kawan Z nampak.Tapi masa tu aku dah gerak balik hostel.Tiba2 si Z ni call la cakap aku terambik kunci dia.Aku cari2 dalam beg memang ada.So aku pergi la pulangkan balik.Aku ingat dah setel la setakat tu.Tapi malam tu si Z mesej aku ala-ala nak berkenalan.Aku memang malas nak layan.Lagi2 masa tu aku tengah berkawan dengan R.Tapi mamat ni pun sama jugak.Jenis x putus asa.Z ni happy-go-lucky,disukai ramai sebab dia mmg friendly dan very helpful.Kawan susah cari dia sebab dia memang akan tolong.Z ni memang baik tapi entahlah kenapa aku benci sangat kat dia.Bila dia mesej,aku xreply then dia call tanya knp xreply,OK ke awak.Aku tipu ckp xde kredit.Tengok2 kredit masuk RM10,RM5.Bila aku tulis kat Fb aku lapar malam2,Z ni akan datang membonceng motor bawak nasik untuk aku.Time2 lepas raya,berkotak2 biskut raya dia bagi aku.Tu belum lagi bunga,teddy bear,coklat.Tapi aku tetap tak suka dia.Dan aku selalu rasa dia akan fail dalam life sebab sibuk ngan sukan je,byk main2.
Disebabkan dia lebih tua,dia habis belajar dulu dan lepas tu kami memang lost contact selama setahun ke lebih macam tu.Lepas habis belajar,masa ni aku memang dah xde contact dengan R,aku tergerak hati nak mesej si Z masa aku nk transfer contacts dalam tepon ke sim card.Kami mesej macam biasa je.Aku tanya dia keje kat mana sekarang?Guess what?Orang yang aku duk kata akan fail tak fail.Dia kerja di syarikat minyak yang terkenal di Malaysia.Satu tamparan lah buat aku sebab underestimated dia.Si R tu aku rasa berjaya sangat sebab kerja syarikat minyak tapi Z pun boleh berjaya,aku je yang rasa dia xkan berjaya.masa tu,aku pun dah mula mengajar di university. Lepas contact kali pertama tu,masing2 sibuk dengan kerja.Satu hari,dia kata dia dah ada kat tempat kerja aku.Bila aku keluar,dia datang pada aku dan ajak aku pergi minum.Masa tu dia directly cakap kalau aku masih belum berpunya dia nak masuk meminang.Aku?Aku rasa macam dia buat joke sebab aku dah tak percaya pada ayat-ayat nak masuk meminang la,sayang la.Aku pun cakap OK kalau betul minggu depan saya cuti,saya balik kampung.masuklah meminang.Next weeknya,memang dia dengan family dia datang.Aku memang terkejut, ternganga,terlopong.Family aku pun terkejut tapi mungkin sebab memang semuanya dah tertulis dan tersurat,semua urusan jadi mudah.Hati aku terbuka untuk terima dia.Kami bertunang dan berkahwin dalam masa yang singkat.Kehidupan selepas kawin sangat bahagia sebab sebagai ganti sedihnya aku dihina mak R dulu,Allah berikan aku mak mertua yang sangat2 baik dan baiknya bukan baik fake.Tahun ni tahun ke 5 aku jadi menantu keluarga Z,layanan mereka pada aku tak pernah berubah.Mak mertua aku pulak selalu belikan aku macam-macam bila dia travel kemana2,bila aku balik rumah dia,dia akan penuhkan peti ais dengan makanan yang aku suka,masa aku pantang,dia pakaikan stokin untuk aku,masak makanan yang aku suka.Z?Z seorang suami dan ayah yang sangat penyayang dan bertanggungjawab.Alhamdulillah rezeki kami sekeluarga tak pernah putus dan Z pun semakin berjaya dalam kerjayanya.Alhamdulillah juga,kami dikurniakan sepasang cahaya mata.
Apa jadi pada R dan maknya?
Baru2 ni aku terima mesej melalui inbox FB dari mak R.Setelah 7 tahun berlalu,dia akhirnya mesej aku dan mintak maaf atas kesalahan dia pada aku dulu.Dia mengaku yang dia tak patut buat aku macam tu.Dan sampai ke harini, R masih belum berkahwin sebab tak dapat lupa kan aku.Mak dia mintak nak bersillaturrahim dengan aku walaupun tahu aku dah berkeluarga.But I don’t see any good in doing so.Aku maaf kan dia tapi cukuplah setakat tu sahaja.
Aku bahagia dengan Z.Aku bersyukur Z yang aku pilih bukan R.Z yang dulunya aku benci sekarang aku cinta sepenuh hati.Mungkin kalau aku pilih R,sekarang cinta pun dah bertukar benci.Dan mungkin sampai harini aku berendam air mata…
Allah SWT itu Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.Jangan sesekali ragu dengan apa yang ditentukan oleh Allah SWT untuk kita.Yang penting jangan pernah berhenti berdoa dan berharap padaNya.Maaf kalau ayat berterabur.I’m not really good at writing :)
– Puan Z
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit