Salam
Usaha tangga kejayaan .
Saya background degree in mechanical engineering tapi first day masuk kerja selepas grad bukan engineer tapi pembancuh air minuman dekat restoran . Lepas dari itu saya pergi bekerja dekat estet koko sebagai pemetik buah koko.
Dalam waktu yang sama Setiap hari saya cari kerja dalam akhbar , apply kerja melalui jobstreet dan menghantar CV ke guard company . Selang beberapa minggu ada satu company call untuk hadiri temuduga. Lepas dari itu terus saya diserap sebagai helper dekat shipyard.
Pekerjaan sebagai helper amatlah penat kerana situasinya hanya berbumbungkan awan dan matahari . Walaupun saya terpaksa mengharungi pekerjaan yang sebegitu rupa tapi saya banyak memperolehi ilmu dan kemahiran baru malah saya juga dapat jaringan pekerjaan ( lubang kerja ) dengan individu atau syarikat lain.
Saya naik step by step dari posisi Helper , Fittter , Technician , Qc dan Engineer. Selepas bekerja dekat shipyard saya pun beralih bekerja dalam industri oil and gas sebagai NDT inspector .
Hasil penat lelah saya bermula dari bawah . Kini saya memiliki 6 Qualification license dan 4 project pass. Dimana ia memberi kelebihan kepada saya dalam market industry.
Lebih kurang 80 CV telah saya laburkan untuk apply kerja. Bukan senang nak jadi senang. Sebelum nak merasai manisnya madu . Kadangkala kenalah rasai sakitnya disengat lebah dahulu.
Sesiapa yang hidup dengan TITLE pasti suatu masa akan kecundang kerana langit tidak selalu cerah dan laut tidak selalu tenang. Tapi Sesiapa yang hidup dengan ILMU pasti tidak akan mengecewakan.
Hindari diri dari melakukan perkara maksiat kerana ia mampu menjadikan pintu rezeki kita terhijab.
Bersabar diatas dugaan dan ujian di dunya ini pasti ada hikmah dariNYA.
Allah yuftah alaikum
– MAT PIZ KB
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit