Cakap pasal local product, sekarang banyak sangat produk tumbuh macam cendawan. Skincare la, supplement la, apa la..mostly mengenai pemutihan. Siap ada claim ada ekstrak bunga sakura untuk tujuan pemutihan. Baru2 ni keluar kat feed aku, product skincare T**M****. Claim diformulasikan di Korea. Okey whatever lah. Siap copywriting kerani bank tak buka kaunter sebab malu duduk kat kaunter la sebab muka buruk berjerawat, sejak pakai skincare ni, dah ceria dan berani duduk kat kaunter bank kerja as usual.. nama product sekarang pun, claim dari korea, dari japan nama product bedah skincare. Come on guys. Pernah nampak product japan or korea nama pelik2?
As a consumer, mesti kita nak yang terbaik dengan barang kita beli. Aku tak nafikan, dulu aku pun naif dan tak tahu mengenai produk2 malaysia ni. Aku beli jugak and pakai. Beli krim malam. Muka aku berjerawat halus, lusa dah hilang. Wow cepat. Sekarang baru aku tau kenapa cepat. Bahan kimia banyak. Aku taknak kupas sangat bab bahan skincare ni. Cuma aku mohon alert guys sebab terlalu banyak product local yang harga tak masuk akal. Botol 5gram je harga beratus2.
Aku pernah tanya satu ig ni, sebab dia kononnya pembekal produk skincare and to those yang nak jadi founder product silakan whatsapp dia. Modal 1 set skincare hanyalah 15 ke 25 ringgit sahaja. Amboi kemain founder tapau lipat bungkus tepi ikat mati jual sampai beratus ratus pastu claim product organic la apa la. Please guys, tinggikan ilmu, search kat ig kalau rajin. Aku bagi tips. Search je “product sendiri” nanti keluar laaa ig2 yang jual timbang kilo ni. Aku tanya sekadar nak tahu. research sendiri2 sebab aku memang penyiasat tak bertauliah. Lepas aku dah tahu, aku beringat lah.
Even aku tengok dah banyak yang dedahkan mengenai product timbang kilo ni, tapi ramai yang komen pm pm kat product2 tu. Rezeki founder kot?
Pernah satu founder ni kantoi. Aku memang follow founder ni dah lama sejak dari zaman naif aku lagi. Selalu la aku nampak dia post pasal product baru dia tengah di rnd sekarang. Pasal product baru dia hampir siap. Gambar dia sorang2 pergi meeting dengan kilang katanya. And one day dia post 1 video mengenai product baru dia dah siap rnd and kilang dah bagi sampel. Yey katanya. Tiba2 malam tu aku scroll 1 ig and ternampak pembekal product timbang kilo yang aku pernah tanya kos set skincare ni post video sebijik yang founder tu post. Halamak kantoi wei. Caption ig tu cakap, “cepat2 siapa nak order lagi, 1kg 300rm sahaja, semua orang boleh jadi founder” .. hek eh eh. Esok tu aku tengok video tu dah hilang dari page founder tu. Takut kantoi la tu.. sorry aku dah nampak dulu dah.
Supplement pulak. Aku adalah seorang packaging designer. Client aku raaaaammmaaaaii founder product. Korang ingat logo2 halal, gmp, product muslim, hacpp apa segala kat packaging tu memang dapat kelulusan ke? Nope guys nope. Korang ingat segala nutrition facts, ingredients kat packaging tu semua betul ke? Nope guys nope. Mostly aku akan dapat 1 contoh product macam yang founder tu nak keluarkan. For example founder nak keluarkan product slimming drink. Dorang akan pergi farmasi atau search kat internet je contoh product and snap the pic of nutrition facts atau ingredients and suruh aku copy bulat2. To be honest, aku rasa berdosa sangat2. Hmm. So sekarang aku dah stop ambil job packaging product skincare atau supplement atau yang sewaktu dengannya sebab rasa berdosa menyampaikan info yang salah pada pengguna.
One more thing, testimoni tu. Most of it memang ada yang betul. Ni aku nak story kerja aku as designer ni. Ada jugak founder product mintak untuk buat testimoni palsu. As a designer, mudah je beb mudah sgt. Whatsapp punya template berlambak kat internet sana. Aku download ja, and create the conversation.. telegram punya template pun ada, comment facebook punya template pun ada. Korang pun boleh buat. Kena ada software je la nak edit kan.. korang nak buat testimoni turun berapa kg? Cakap jeeeeee. Yang putih kulit hilang jerawat semua??? Lagiii la senang. Bak je gambar sebelum dan selepas. Gambar selepas tu pakai je la tudung lain sikit..nanti aku edit laa buang jerawat, bagi putih sikit. Guys, aku tak cakap semua product ye. Ni product yang aku pernah work with je.
Sama jugak copywriting. Copywriting sekarang mak oii. Kejayaan guinness book of record sangat. Hilang 40kg la selepas consume product ni product tu. Jerawat hilang husband suka la apa la..peminat makin ramai la sejak pakai product sekian2. Tu semua rekaan guys.. kawan aku kerja copywriter guys. Banyak testimoni dia dah reka.
Aku cerita ni sikit je. Just to make sure semua berhati2. Please guys, banyak dah pendedahan. Ramai yang kata dia pakai okey. Kesan jangka panjang? Agak2 tahu tak? Boleh nampak? Ramai yang tak ambik iktibar lagi even dah banyak orang keluarkan bukti. Baru2 ni kecoh pasal product local ni ditarik balik, semua kecam fb product tu. Sekarang dah sejuk ramai pakai balik. Aish lantak kome la yang taknak dengar tu. Tapi yang bijak pandai mohon timbangkan impian nak pakai product2 yang tak diketahui dari mana datangnya.
Aku tak cakap all product sama. Tapi apapun korang boleh nilai sendiri dari mana datangnya product2 yang tumbuh bak cendawan ni. Semua orang boleh jadi founder product sekarang pastu claim product dah rnd sedangkan founder baru umur 21 tahun??
Think deeply guys….
– Anon
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit