Hai readers and admin. First of all thank you kalau confession ni dipublishkan. Biasa kalau ada tak puas hati ke luahan ke apa apa ke mesti aku pendam sorang je tapi kali ni entah macam tak mampu pulak, rasa macam nak luah so I choose this platform untuk luah apa aku rasa.
So aku act baru habis belajar bulan 3 hari tu tapi diploma je lah. Then masa aku belajar lagi dah plan after diploma nak kerja dulu lah kiranya. Sebab aku fikir family aku pun bukan lah orang senang. Kereta pun takda nak ke mana mana memang susah kalau time raya tu nak balik kg call pakcik mintak tolong amik then kalau nak pergi raya tu haa tumpanglah kereta dorang. Tu baru bab raya belum masuk bab lain. Bab pergi beli barang dapur naik motor dengan banyak banyak barang, and actually banyak lagi lah sebenarnya. Pergerakan pun macam terbatas je sebab takda kereta. Adik beradik ramai, so tak boleh nak buat apa lah kan. Tapi bukan pasal family aku nak cerita, tapi pasal sambung degree.
Nak jadikan cerita, lepas diploma tu since aku pun memang target nak kerja dulu kan aku apply lah banyak banyak kerja time aku practical sebab ingat taknak lah tanam anggur lama lama lepas practical tu(aku practical sem akhir). Tapi takda yang sangkut. Lol kesian hahaha tapi aku sempat menganggur 2 bulan je before aku dapat kerja aku sekarang ni. Kira okay lah kerja sekarang ni, company pun boleh tahan besar, stabil, benefit boleh tahan banyak and paling aku suka tak payah risau gaji tak bayar ke apa ke sebab gaji memang akan masuk ontime(pasal gaji tak bayar ni aku memang takut since ramai orang sekeliling aku hadap situasi ni so secara tak langsung benda tu pun bagi effect takut kat aku haha). So after kerja beberapa bulan, aku decide nak beli kereta nak bagi senangkan apa apa urusan lah kan since dalam family aku satu kereta pun takda(baca atas tadi dah cerita). So loan pun lepas keluarlah sebijik kereta. Kereta tu lah aku usung ke sana sini nak mudahkan family punya uruskan. Time aku pilih untuk kerja ni ramai kawan kawan aku dah pun sambung degree. Tipu lah tak jealous hoi tengok member sambung degree tapi at first tu aku ada jugak fikir “dorang tu takda masalah untuk sambung degree, apa je dorang takda duit ada parents semua boleh support dorang dah tak payah fikir pasal tanggungjawab dorang kat parents lagi sebab parents dorang mampu, bukan setakat mampu tapi terlebih mampu, so nak sambung degree tu memang boleh sangat lah.
Pastu aku terfikir budak kelas aku majority sekarang dah degree(even spm result aku laaagiii better dari orang lol hahahaha) tapi aku still diploma so aku taktau lah ni just perasaan aku je ke atau memang orang pandang orang yang cuma ada diploma ni sebelah mata je. Memang lah dorang tak cakap direct “eh diploma je” tapi ada certain ayat yang dorang cakap tu seolah olah macam nak cakap yang diploma tu hina sangat. Apa yang orang sekeliling aku cakap even berkias memang akan buat aku rasa sangat down. Rasa macam hinanya cuma ada diploma. Korang ingat aku tak nak ke sambung degree, aku lagi lah membuak buak rasa nak sambung degree tu sebab dalam family aku buat masa sekarang aku je lah yang ada qualification diploma ni abg aku dulu amik sijil je dia jenis tak minat belajar. So kalau aku amik degree nanti kira dalam family aku lah anak first ada degree. Gila parents aku tak bangga. Tapi untuk masa sekarang banyak benda aku fikir. Duit satu hal masa satu hal. Ye tau mesti korang nak cakap “amik lah part time” haa memang aku dah lamaaa fikir pasal part time degree ni sebenarnya since aku pun ada commitment nak kena bayar and aku sayang nak lepaskan job yang aku ada sekarang(zaman sekarang susah cari kerja) tapi masalah sekarang is aku kerja sampai sabtu so aku tak pasti lah if aku mintak izin boss aku untuk bagi pelepasan kat aku hari sabtu tu untuk belajar dia boleh bagi ke tak(but I’m trying now doakan dia boleh bagi guys).
Aku ada terfikir berhenti je kerja then sambung je degree full time tapi tak boleh sebab kereta siapa nak bayar. Dan lagi satu takut lepas degree tak dapat kerja hahahah. Aku serious taknak bebankan mak aku dengan duit kereta tu. So choice untuk buat degree full time tu memang last choice lah. Pasal nak sambung degree ni memang dari awal dah cakap dengan Mak aku and dia actually bagi je aku nak sambung degree full time aku je fikir kereta nanti takkan mak aku yang nak kena bayar so stop dulu fikir sambung degree full time tu, otak aku sekarang cuma fikir part time degree je.
So sekarang for the past 2 months otak aku memang serabut habis lah. Aku asyik terfikir macam mana kalau boss aku tak kasi pelepasan hari sabtu tu(part time degree kan kelas hari sabtu ahad). Takkan nak amik degree full time. Serabut gilaaaa. So guys ada apa apa yang boleh naikkan balik semangat aku yang rasa macam hina sangat sebab cuma ada diploma ni? Ke keep motivated me untuk sambung degree so that rasa hina rasa down tu akan hilang sebab yeay dah ada degree?
– Anonymous
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit