Assalammualaikum.
Pertama sekali terima kasih jika admin siarkan confession aku ni.
Aku bekerja di sebuah restoran yang popular dengan produk kek.
Sepanjang aku kerja macam² kerenah manusia aku dah jumpa.. Jadi aku rasa nak tegur beberapa kelakuan yang patut elakkan lah kalau berkunjung ke mana² restoran pun. Sebab ya lah, kami pekerja ni pun manusia jugak bukan robot takda perasaan.
1) Jangan bersiul
Ada sesetengah pelanggan suka bersiul bila nak panggil kami. Aku geram betul dengan customer yg macam ni. Lebih baik jika angkat tangan dan sebut ‘excuse me’ . Lebih sopan.
2) Baca nama menu
Restoran aku ni kan popular dengan kek, jadi ada satu display chiller untuk kek. Jadi customer kalau nak pilih kek tolong lah sebut nama kek betul² macam tag nama yang dah disediakan. Bukan apa, kami memang dah kenal kek tapi bila ada jenis yang main tunjuk je lepastu marah bila kami salah ambik sebab kami memang tak nampak tangan customer dari dalam. Ada yang bila kami dah minta sebutkan nama kek, boleh lagi tunjuk ‘ha yang ni , yang ni la’ Tolong lah rajin membaca .
3) Jangan minta satu-satu
Pernah kami dapat customer, minta satu satu. Contoh, kami dah hantar makanan. Lepastu minta pinggan lebih, dah hantar pinggan minta sudu lebih, dah hantar sudu minta sos , dah hantar sos minta tambah order. Allahu, tolong la minta semua sekali. Penat tahu ulang alik lagi² kalau customer tengah ramai.
4) Outside Food( Makanan luar)
Tahu kan kebanyakan restoran memang melarang makanan luar. Tapi kadang², kami lepaskan je sebab kalau setakat roti , biskut takda la kami berkira sangat. Tapi jadi geram bila makanan tu dimakan tapi sampah sisa tu tinggalkan macam tu je. Ya kami dibayar untuk kemas tapi tolong lah jangan jadi pengotor sangat. Kadang tu order air satu je tp sisa sampah makanan luar tu yang banyak. Bawa makanan luar tolong la sampah tu bawa keluar sekali.
5) Jangan campak duit
Selalu ada customer yang bila nak bayar duit main letak gitu je jauh dari cashier. kan lebih elok kalau hulurkan kat tangan cashier . Ada lagi teruk bagi duit tolak² je macam kami ni peminta sedekah. Pernah sebab aku geram sangat, aku hulur tangan siap senyum nak ambil duit, customer main letak je terkial² la aku nak kutip duit tu, bila nak bagi baki, aku pun letak je walaupun dia dah hulur tangan. Sorry, what u give u get back.
6) Fokus dan pandang muka
Bagi aku benda ni simple je. Tapi entah lah kenapa ada sesetengah customer susah nak buat. Bila kami tengah ambil order dan ulang balik order. Tolong fokus dan pandang muka kami. Supaya tak ada lah tersilap atau terkurang order. Lepastu, sedih tak kalau kita tengah ulang order, dah lah tak pandang muka siap boleh borak lagi tu dengan kawan. Pergh, sedih tahu macam cakap dengan dinding.
Ok la, aku rasa cukup la 6 ni. Ada lagi nanti aku teringat aku sambung part 2.
Aku buat confession ni bukan nak merungut pasal kerja aku. Tapi tak kisah lah kita makan kat kedai mana pun, mahal ke murah ke, 10 bintang ke tepi jalan ke. Yang bekerja tu manusia, ada hati ada perasaan. Tak salah kan kalau sama² saling menghormati sebagai manusia. Aku tak kata semua macam tu, ada jugak customer yang baik sangat, memahami tugas kami. Kadang² siap bagi tips lebih. Cuma, harap² kalau ada yg berperangai seperti di atas, lepas ni ubah lah ya.
Terima kasih.
– A
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit