Assalamualaikum pembaca budiman. Terima kasih admin jika artikel ini tersiar, kalau tak tersiar pun aku akan berulang kali hantar. Sebelum tu, artikel ni agak panjang jadi aku harap korang bersabar membaca. Aku nak cerita pasal kawan baik aku. Cliche kan tajuk tu. Tapi, aku tetap kena cerita juga untuk pengajaran dan mohon bantuan dari semua. Aku asal dari selatan dan belajar di universiti di utara tanah air dan sudah bergraduat 28 october lalu.
Aku ada seorang kawan masa belajar dan sekarang masih lagi berkawan. Nama dia alia (bukan nama sebenar). Masalah kawan aku ni dia jenis suka cakap berbelit-belit dengan semua org, tipu orang, dan akan buat apa sahaja janji dia puas. Tak peduli pun walau orang yang dia buat tu kawan baik dia. Ok, lingkungan circle kami yang berkawan baik ni ada la dalam 10 orang. Boleh rapat sebab semuanya satu rumah dan blok hostel, walaupun kami berlainan bidang. Alia ni punya tahap menipu dia tu dari kami sampai owner kedai sekitar hostel kami pun kena kencing. Tu tak kisah dengan pensyarah ke felo kolej lagi. Rasanya dah jadi tabiat dia kot nak menipu je kerjanya. Yang sengalnya, tiap kali dia menipu tu dia akan cerita kat kami dengan bangganya macam takde apa2. Aku taktau la masa dia cerita tu pun dia menipu kami ke tak haha. Banyak sangat penipuan dia sampai tak tersenarai kat sini.
Ok, ditakdirkan satu masa tu kawan aku nama dia ina (bkn nama sebenar) ni dah ada boyfriend. Dorang siap plan nak kahwin lagi lepas habis belajar. Tapi, si Alia ni punya busuk hati dia boleh sailang si Ina tu. Dia goda bf si Ina sampai dapat kat dia. Apalagi meroyan la Ina tu. Tapi, Ina ni sikit punya bagus dia menangis je masa tahu benda tu jadi. Walau secubit dia tak marah si Alia tu. Bagi Ina bf boleh dicari, kawan tetap kawan. Dia fikir tu hikmah at least Tuhan tunjuk awal2 siapa exbf dia tu sebelum jadi suami. Tula exbf dia memang la dah tahu salah kan. Yang si Alia ni pun salah juga sebab menggatal patutnya kena ditegur juga. Tapi, kami semua memilih untuk mendiamkan diri sebab konon mahu menjaga ukhuwah persahabatan.
Pernah juga Alia ni ada crush masa kat uni dulu. Nama dia amin. Macam2 cara Alia buat utk goda si Amin ni tapi tak berhasil. Yela, amin ni stok surau, pemalu, pendiam jadi dia tolak Alia awal2. Nak jadi cerita amin tu pula suka kat aku dan memang tengah cari calon untuk jadi isteri dia. Amin selalu tanya pasal aku dan luah dia suka aku dekat semua kawan2 aku. Jadi untuk elakkan aku dengan amin, Alia awal2 dah cakap kat Amin yang aku ni dah bertunang. Dekat aku pula, dia cakap si Amin ni perangai punya teruk, playboy, nak mainkan aku la, suka poligami bla3 jadi dia cakap untuk jaga aku dari Amin dia cakap aku dah bertunang. Dia cerita kat aku sambil gelak2 happy weh. Macam apa dia buat tu baik sangat dah. Aku masa tu, tergamam jap tapi fikir takpe la aku pun takde la tergilakan Amin tu pun. Alia sampai pernah cakap kat aku, kalau dia tak dapat kahwin dgn Amin, aku pun takkan kahwin dgn Amin. Haha gila tak. Aku tahu Alia suka dia, jadi aku taknak sakitkan hati Alia. Kalau dengan cara tu dia happy, biarlah. Bijak betul aku masa tu lahai.
Lepas tu, si Alia ni juga suka menunjuk. Dia anak perempuan tunggal jadi macam anak emas la juga dalam keluarga dia. Apa dia nak semua dapat. Kitaorang tak kisah pun pasal tu, tapi dia jenis suka nak cerita apa yang dia buat. Hari tu, dia ada pergi ke Bangkok. Kau tahu dia boleh call aku dan minta alamat sebab nak post poskad dari sana. Aku ni macam eh apa benda perempuan ni. Kalau dia betul ikhlas takpe ni sengaja nak bagitau dia pergi sana. Padahal aku ni yang selalu pergi sana sebab my dad asal dari sana pun tak kecoh dan tak pernah pun beli poskad utk kawan2 aku haha. Yang lawaknya dia call aku sorang je, kalau call semua it makes sense la kan. Nampak tak permainan dia tu. Sampai sorang kawan aku cakap begini “baru aku tahu rupanya, tiap kali kau pergi travel kena call aku dan beli poskad”. Aku tak tahu la apa dia dengki sangat dengan aku. Kalau aku beli apa2, buat apa2, dia mesti akan follow. Ada satu masa tu dia baru balik shopping dengan aku. Dia wayang la apa dia beli tu dekat kawan2 aku. Kawan aku si Mila tersasul g cakap “ni mesti sebab Siti pun beli tu Alia beli ni kan”. Haa macam tu sekali la cara dia copy aku satu2 ni sampai kawan kitaorang pun dah tahu. Kadang aku stress juga tapi selalu aku positive kan jela yang aku ni retis sebab tu dia follow segala pasal aku hihi.
Dilemanya sekarang ni, Alia ni beria minta nak kerja sekali dengan company aku. Aku dan Alia sama faculty tapi lain course. Company aku memang akan ada buat open interview awal november ni. Aku la yang gatal g bagitahu dia. Ingatkan dia tak berminat sebab dia sekarang pun dah kerja. Tapi katanya best sebab kerja aku ni banyak oustation dan cuti. Dia dah menyampah kerja tempat lama dia dan nak join company aku. Incase dia tak dapat pun, dia nak kerja sekitar tempat aku sebab dia nak berhijrah dari tempat dia sekarang. Aku sekarang kerja di Sabah. Aku taktau la kenape dia nak ikut aku sampai sini padahal dulu dia yang cakap taknak kerja berjauhan dengan family dia. Dia siap cakap mesti best kalau kitaorang dok sekali macam masa belajar dulu. Aduh masalah betul. Kawan aku yang lain tak kecoh pun macam dia. Asal dia macam ni eh.
Apa yang lagi sedihnya, aku ingat segala pembohongan,perangai teruk dia yang lain akan habis bila dah habis belajar. Rupanya tak weh. Dia tetap begitu sampai sekarang. Selalu je tipu kitaorang macam2. Dia selalu ingat apa yang dia bagitau tu kitaorang akan percaya bulat2. Padahal, kitaorang tahu je dan buat2 percaya. Dari dulu, kitaorang diam dengan apa yang dia buat. Tak tegur walau sebutir pun sebab fikir kasihankan dia, nak jaga hubungan persahabatan kitaorang. Alia ni baik beb, bab duit memang tak berkira langsung. Kau nak ajak dia kemana-mana, anytime anywhere dia akan follow. Tapi itu je masalahnya. Kitaorang selalu fikir setiap manusia ada kekurangan kelebihan masing2. Cumanya, dah bertahun perangai Alia tetap begitu. Aku ingat dia akan berubah tapi dia masih begitu.
Korang ada ke kawan perangai begini? Kalau ada boleh tak bagitau cemana cara korang buat. Yang penting tak sakitkan hati dia. Risau gak karang dia terasa ke apa. Terima kasih.
– Siti
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit