Pendiam Yang Murung

Assalamualaikum WBT. Terima kasih sekiranya admin sudi approve conffession aku. Aku merupakan graduan IPTA.

Apa yang aku nak ceritakan ini ialah serba sedikit tentang masalah aku. Aku merupakan seorang yang pendiam dan aku banyak memendam perasaan.

Zaman uni aku dulu, Aku agak susah untuk berkawan dengan orang buat aku selesa bersendirian. Aku tak pasti keadaan aku.. tapi ramai yang mengatakan aku mengalami kemurungan.

Serba sedikit hasil pembacaan aku, aku memang ada simpton2 kemurungan dan apa yang aku cuba buat ialah kawal perasaan aku. Dan Alhamdulillah aku semakin bebas dan lebih matang.

Apa yang aku nak ceritakan ialah pengalaman aku menghadapi atau melawan kemurungan aku dulu. Semuanya bermula di zaman uni aku. Aku dikelilingi dengan manusia yang sering membuli aku secara mental.

Oleh kerana aku ini seorang yang pendiam, aku sering dijadikan tempat melepaskan marah. Sebagai contohnya, kawan aku yang agak rapat dengan aku sering ada masalah dengan group projek dia dan dia akan lepaskan marah dengan aku. Sering beremosi dengan aku.

Lepas dia dah cool semula barulah baik2 semula dengan aku. Serius aku selalu sangat jumpa manusia macam ni. Jenis manusia yang tak berani berhadapan dengan masalah dia dan aku ni kelihatan lemah dan aku lah yang dijadikan mangsa.

Sekali sekala aku faham dan cuba memahami. Tapi lama kelamaan aku angkat kaki dan aku memang dah tak peduli dah. Aku pergi tanpa suara sebab aku dah malas nak buat baik dengan manusia macam ni. Buat aku ‘lebih kurang’ aku pun buat benda yang sama. Cuba mahu berkawan dengan aku sekadar lepaskan marah aku fed up.

Sikap aku yang pendiam memang selalu jugak jadi mangsa manusia yang kurang keyakinan diri ataupun tak bersyukur dengan diri. Aku memang ada kekurangan tapi aku faham ada kekurangan diri yang tak perlu dibaiki tapi diterima sebagai takdir. Akan tetapi aku dihadapkan dengan manusia yang sering mengungkit2 kekurangan aku sampai ada masanya aku down. Aku nampak kekurangan dia di mana.. tapi aku jenis yang tak sampai hati, tak sampai hati sangat. Punyalah aku menjaga hati tapi perangai dia menjadi2. Dan aku angkat kaki. Cukuplah.

Pada aku, jenis manusia yang suka mematahkan semangat orang ni useless and harmful for me. Lagi, sikap manusia yang aku hadapi ialah kawan aku baru putus cinta. Akulah yang jadi mangsa, punyalah dia takut aku ada bf sampai selalu check hp aku. Ni adalah manusia yang pelik aku jumpa dulu kat uni. Dia takut aku ada bf risau sangat aku happy dari dia. Adusss. Then, what? Aku sabar dan sabar nampak macam nak jadi baik dan aku hadap je la perangai dia.. tapi tidak akhirnya.. Aku jauhkan diri. Buatlah apa nak buat dah tak mau layan lagi. Menyusahkan. Cukup.

Lagi, setiap kali aku ada masalah aku pendam dan pendam tapi bukan aku tak cerita lansung. Aku ada cerita dekat sorang kawan yang aku rasa boleh percaya. Dan dia punya penghakiman tu mengalahkan hakim di mahkamah. Mengulas masalah aku tanpa dia fahaam cerita sebenar buat aku lagi pedih. Tak cukup dengan tu, dia boleh sebut2 pulak masalah aku depan kawan yang lain. Aduss, lansung tak boleh simpan rahsia. Tak sensitif lansung. Yaaaa.. aku silap orang salah orang aku pilih. Cukup.

Lagi, aku terpaksa hadap manusia depan lain belakang lain talam dua muka. Aku berbaik2 dengan diorang.. tetapi tak sangka perangai sebenar manusia macam ni dan aku berkawan sekadarnya. Ada jugak manusia yang keyboard warriors yang aku kena hadap tapi tuhan maha agung aku ditunjukkan apa yang mereka cerita pasal aku di wall2 diorang. Akhirnya aku berkawan sekadarnya sahaja senang aku tak kisah susah aku tak peduli. Cukup.

Sepanjang aku mengalami kemurungan ni aku sedar yang saat itu jiwa aku sangat lemah an aku sedar sikap aku yang terlalu baik dan sentiasa memaafkan memakan diri. Aku terlalu bersabar dan lansung tak mempertahankan diri. Rela diri dijadikan mangsa dan akhirnya perlahan2 aku cuba keluar dari kepompong kemurungan ni. Aku angkat kaki aku terpaksa kalu tidak aku akan tetap dalam kemurungan.

Sesungguhnya ramai orang sekeliling aku yang perasan aku dalam kemurungan dan mengambil kesempatan pada aku. Aku sekadar tempat mereka melampiaskan emosi. Mereka nampak macam nak tolong tapi tidak. Aku tidak berjumpa psikatri atau dapatkan apa2 rawatan tapi aku sedar aku dalam kemurungan.

Dan sekarang aku semakin bebas sebab perlahan2 simpton tu mula hilang. Ramai yang perasaan perubahan positif aku dan aku semakin ceria. Sewaktu aku dalam kemurungan dulu sebelum keadaan makin teruk, aku perlahan2 angkat kaki dan syukur sekarang aku semakin pulih.

Aku tak pasti kemurungan macam mana yang kalian semua hadapi tapi aku memilih untuk angkat kaki dari toxic people and its work. Bukan nak ajak lari dari maslah tapi bila kita sedar jiwa kita lemah lebih baik menjauhkan dari dari toxic people. Bina kekuatan diri.

Aku kini semakin ceria dan matang dalam menguruskan masalah aku, ramai yang pelik termasuklah kawan2 toxic tu dulu. Tapi aku tetap pendiam mungkin jiwa aku begini aku selesa pendiam. Huhu..

Ini sekadar cerita aku melawan kemurungan dulu.

Kuatkan semangat.
Ramai yang nak tolong kita hadap kemurungan ni tapi lagi ramai yang lagi suka menyakiti/mengejek/membuli.
~Masyarakat~

– Gadis pendiam

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit