Assalamualaikum…First sekali terima kasih kepada Admin jika Admin dah post confession saya ni yee (senyum)
Saya Siti (bukan nama sebenar) berumur 19 tahun.Saya nak cerita tentang pengalaman saya bekerja menjadi cikgu tadika.Dengar macam senang ye tapi tension sebenarnye..First2 masuk kerja masa tahun 2016 Alhamdulillah semua ok2..workmate pun ok2 je boleh masuk..Selalu kalau ada good news atau bad news we all akan share each other..No two faces okey..direct takde cakap2 belakang..We all sempoi n selalu have fun keluar sama2 together gether..But tak lama..dalam bulan September..1 workmate yang selalu have fun dengan saya dan cikgu Dina dah berhenti sebab sambung belajar..Okay that’s it..belum klimaks lagi eh Sabar…
Okay then ade Cikgu baru masuk nama Julia (bukan nama sebenar) berumur 21 tahun.Dia masuk kerja as Cikgu Tadika yang baru sekejap je tak lama pun..4 hari je die kerja .Pastu die cakap ade tawaran lain..hahahah kelakar kan..Then lepas dia keluar baru ade cikgu baru lagi yang masuk kerja.Nama cikgu baru tu Faridah (bukan nama sebenar) berumur 22 tahun..Guess what?! I really happy and adore her because of her appearance confirm jadi workmate boleh, jadi kawan pun boleh but actually it is not working at all.She’s really really polite girl and muslimah lah jugak..semua bertutup..but in the end you all will see her true colours..
So we all included cikgu tadika yang bernama Dina (bukan nama sebenar) berumur 26 tahun, yang dah kerja lama kat sini pun have fun with both of us.so total kita 3 cikgu..it is very happening to have such a good ,kind ,nice teacher and also a friend here in tadika and kite keluar makan ,jalan2 ,tengok movie then belanja baju lagi tauu..but that good memories tak lama..and no need to keep lah..just buang jauh2..you know why ? Sebab in year 2017 bulan Februari, cikgu Faridah start tunjuk die punye Malas.All this happen sebab saya dan Cikgu Dina selalu bagi muka dekat dia ,selalu tolong buatkan kerja dia even dia yang dapat LOVE GIFT (berbentuk duit kerana tolong principal buat kerja spt beri budak makan,mop lantai,sapu lantai etc) daripada principal.At first kita nak tolong dia je sebab dia still new in this type of works,sebab cikgu tadika bukan mengajar sahaja tetapi beri budak makan,tidurkan budak,mandikan etc ..tapi taktahu kenapa sampai sekarang dia still taknak buat duty dia sendiri..Kalau LOVE GIFT dia ,saya dan Cikgu Dina yang dapat takpe lah jugak ni tak,Si cikgu Faridah yang dapat tapi taknak buat duty dia ! Tak fair kan???
Kerja2 yang cikgu Faridah malas dan taknak buat.Mop,Beri makanan budak (dia taknak tanya tentang makanan langsung/BERAT MULUT) ,sapu lantai tak pernah BERSIH,TAKNAK BUANG SAMPAH sedangkan dia yang sapu lantai kitchen masa dah nak balik iaitu pukul 5.30 ptg .Cikgu Dina lah ,dia baik sangat nak buangkan sampah cikgu Faridah tu so sampai sekarang dia tak ada langsung pegang sampah untuk dibuang ! Paling teruk sampah tu dibiarkan hingga keesokan hari sebab takde org yang buang sebab cikgu Faridah taknak buang ! (She’s on duty on that day) .Ya Allah hati saya macam berkecai ,kecewa dengan tindakan cikgu Faridah..sedih sebab orang yang saya percaya jadi orang yang lain berbeza dari yang dia masuk kerja first2 dulu..Orang yang saya selalu kongsi cerita suka dan duka dah berubah 100% !
Saya tak expect dia jadi sampai macam tu sekali..sungguh betapa sedihnye dan kecewa nya hati saya dan cikgu Dina bila tengok diri dia yang sebenar..bukan tu saja ,cikgu Faridah juga selalu buat muka bad mood dengan saya dan cikgu Dina bila setiap pagi dia datang ke tadika..bila2 time die nak bad mood dia akan bad mood seperti taknak berbual ,buat muka masam dan lain2..Bila dia sedang marah dia akan tunjuk muka (benci & tak suka) dengan kami dan principal..dalam erti kata lain (Dia bersifat tiada adab atau kurang ajar bila principal atau kami menanyakan soalan terhadap dia)..Sungguh kami semua memang kecewa..principal masih tidak tahu tentang hal ini..hanya kami berdua iaitu Saya dan cikgu Dina sahaja yang tahu..dan sekarang tiada lagi gurauan mesra antara kami dengan cikgu Faridah..kami datang ke tadika tak tunjuk pun rasa benci kepada cikgu Faridah..kami tetap senyum..kami tak sanggup nak balas balik..sebab kami pun hanyalah manusia biasa..hamba Allah tak pernah mengajar hambanya untuk berbuat jahat kepada hambanya yang lain..Kami cuma berbual tentang kerja sahaja..datang ,ajar murid2 ,balik dah.. takde ape yang perlu dikongsikan lagi..ingat Biar orang buat kita ,jangan kita buat orang…
Kesimpulannye ialah semua pembaca yang membaca confession saya ni tolonglah jangan buat BAIK berlebihan dengan orang yang baru kalian kenal..kerana kelak kalian tak tahu bagaimana sifat dan sikap orang yang kalian baru kenal itu..lama kelamaan mereka akan tunjukkan true colours mereka..Allahu sedihh…Buat baik berpada pada ,buat jahat jangan sekali…
SEKIAN TERIMA KASIH…
– Noor Asnida
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit