Assalamualaikum admin. Terima kasih sebab sudi publish. Hye semua. Saya Safiyyah Osman. Pembuat homemade skincare. Almost 2tahun. Saya sejak dari remaja, tak pernah pakai apa-apa produk yang ada krim malam dan krim siang sebab mak saya agak tegas bab skin care .
Saya cuma diajar untuk jaga muka ikut cara orang dulu-dulu. Apa cara dia? Ha ni saya nak ajar.
Tapi bukan nak promote produk saya buat. Cuma nak ajar adik-adik cara nak handle muka yang breakout. Tak kisah apa produk yang adik-adik or kakak-kakak pakai, kakak & adik still boleh ikut apa yang saya akan ajar ni.
Kalau dulu tahun 2006-2009, susah nak jumpa adik-adik yang seawal usia 13tahun kulit dah rosak dan nipis teruk. Tapi sekarang, ada customer saya, usia 15tahun, kulit muka dah nipis merah macam udang kena bakar. Sedih dan kesian.
Mak ayah, tolong la ambil berat tentang apa yang anak-anak pakai dimuka. Pantau apa anak-anak beli.
Ok. Saya tak nak tulis panjang-panjang. Saya harap apa yang saya kongsi ni ada sedikit manfaat pada anda.
Muka breakout ni ada banyak jenis. Jerawat batu bernanah besar dan timbul, jerawat nanah halus-halus, dan yang paling menyedihkan adalah jerawat bernanah besar yang tak bermata.
Apa nak buat bila muka jadi breakout(muka keluarkan jerawat nanah besar-besar):-
1. Jangan makeup. Tolong la jangan pakai foundation atau compact powder atau apa-apa jenis krim yang berat. Free kan muka anda. Sebab bila breakout, muka anda tengah keluarkan minyak yang banyak. Liang pori jelas. Dan akan jadi mudah tersumbat. Dan akhirnya jerawat bernanah tak surut-surut.
2. Jangan urut muka anda time anda cuci muka samada cuci dengan air bersih sahaja atau dengan pencuci muka. Please, jangan urut. Cukup sekadar basahkan muka anda atau dap-dap perlahan-lahan. Disebabkan tu orang kulit breakout tak dibenarkan makeup.
3. Elakkan makanan dan minuman manis bergula putih. Gula adalah makanan bakteria.
4. Elakkan juga makanan yang bergandum dan bertepung.
5. Tolong jangan scrub muka yang tengah berjerawat bernanah. Tolong la. Nanti bila jerawat bernanah tu luka, susah nak sembuh dan bekas jerawat yang luka tu akan jadi parut hitam. Susah nak hilangkan. So tunggu dulu jerawat mati atau kecut. Kemudian, baru scrub ya.
6. Elakkan cuci muka lebih dari 2x. Cukup sekadar cuci sehari 2x. Kekerapan mencuci muka, akan menyebabkan kulit jadi kering dan kulit akan mengeluarkan minyak secara berlebihan.
7. Wap muka seminggu atleast 1x. Untuk kita keluarkan kotoran dari liang pori. Banyak kebaikan wap muka. Dan kulit lebih bersih bila kita konsisten wap muka tiap 1mggu 1x.
8. Ingat, tiap kali selepas cuci muka, basahkan muka dengan air sejuk. Atau pakai toner yang tiada kandungan alkohol. Toner yang mengandungi alkohol akan keringkan kulit kita, dan kulit kita akan mengeluarkan minyak yangberlebihan untuk cover kulit yang kering.
9. Pakai face mask tiap minggu atleast 1x. Cari face mask yang tiada alkohol dan dibuat dari oat, cocoa powder atau kunyit. Campurkan dengan yogurt atau buah delima.
10. Last, banyakkan minum air kosong. Air kosong sangat penting. Tiap 25kg berat badan mesti minum 1liter air.
Last but not least, pakailah pelembap. Cari pelembap (face oil) yang paling dekat dengan minyak yang dikeluarkan oleh kulit kita.
Dan pesanan saya, jangan biasakan diri atau paksa diri pakai terlalu banyak produk dalam satu-satu masa.
Dah pakai face oil, tak perlu pakai serum. Dah pakai serum tak perlu pakai face oil. Konsisten dan fokus pada 1produk.
Macam tu juga pencuci muka, toner. Dalam sehari tak perlu pakai pencuci muka, toner yang berlainan. Cukup dengan 1jenis.
So itu saja perkongsian saya. Nak cari saya? Just google nama yang saya sebut diatas ya. Semoga kita semua dapat jaga anugerah yang Allah beri pada kita.
Ingat, bahaya merkuri sangat menakutkan. Jangan seronok dapat kulit putih yang tidak berwarna, sebab kulit putih yang tidak berwarna adalah salah satu kesan merkuri pada kulit kita.
Jangan kita jadi mangsa keracunan merkuri dan mangsa pada bahan beracun yang lain.
– safiyyahosman.
– SafiyyahOsman
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit