Assalamualaikum dan terima kasih pada admin seandainya admin kongsikan cerita saya ni pada orang ramai. Ini sekadar cerita atau kata-kata je untuk renungan dan semangat kita bersama. Memandangkan kita semakin menghampiri penghujung 2017 tinggal lagi 2 bulan apa kata kita lakukan sedikit perubahan atau perubahan yang besar untuk diri kita.
Selama 10 bulan dalam 2017 tentu ramai di antara kita yang alami jatuh bangun sedih gembira sakit sihat dan macam-macam lagi. Bagi yang Berjaya teruskan usaha dan jangan pernah berhenti berusaha. Bagi yang alami kegagalan atau kekecewaan apa kata kita sama-sama bangun dan banggakan diri kita dalam 2 bulan terakhir ni. Kalau awal tahun kita letakkan azam dan target untuk dicapai. Sekarang kita buat target sebelum masuk awal tahun pula.
Bagi pelajar yang selalu masih lagi menuntut di final year, dulu mungkin kita pelajar yang biasa-biasa. Yang datang kelas tapi lambat, siap kerja tapi result biasa-biasa, present terbaik tapi markah still rendah. Apa kata 2 bulan terakhir ni buktikan pada lecturer yang kita boleh datang awal sebenarnya, hasil kerja kita bukan biasa-biasa dan presentation bukan sekadar yang terbaik malah contoh untuk orang lain. Masih belum terlambat untuk lakukan perubahan walaupun kita di final year. Atleast takdalah masa konvo nanti atau dah kerja rasa terkilan sebab tak sempat lakukan perubahan.
Bagi yang gagal dalam percintaan atau perkahwinan. Ini bukan pengakhiran. Semua orang alami kekecewaan baru jumpa kebahagiaan. Yang bercinta kena tinggal dengan bf/gf, jangan sedih. Anggap tiada jodoh, anggap jodoh dengan dia Allah tetapkan sampai situ je. Kalau ada jodoh lagi sambung balik, jangan beranggapan semua ex bf/gf bukan orang yang baik. Semuanya Allah dah aturkan. Kita bina diri kita yang baru, upgrade diri kita, lakukan perubahan dan buktikan kita bukan orang yang biasa-biasa. Jadikan contoh macam Erra Fazira dan Abby Abadi, walaupun dan bercerai dan ada pasangan lain tetap baik dengan ex husband/wife. Itu contoh terbaik.
Bagi yang pernah lakukan dosa-dosa besar, ini masa untuk kita bertaubat dan kembali ke jalan Allah. Allah sentiasa bukakan jalan untuk kita jika kita nak berubah. Tinggalkan dosa-dosa lalu. Menangislah dan sujudlah pada Allah sebab itu lebih menenangkan. Percayalah, bila bercerita pada Allah lebih tenang rasa hati berbanding cerita pada orang. Sebab Allah lebih kenal kita. Hentikan tabiat lama kalau pernah berzina, tengok video lucah, pergi club dan macam-macam lagi. Pintu taubat sentisa terbuka untuk orang yang nak berubah dan Allah Maha Adil.
Banyak lagi nak tulis sebenarnya tapi itu jela ringkasan daripada apa yang nak disampaikan. Selalunya 2 bulan terakhir ni orang akan jadikan ia penutup untuk segala yang pernah terjadi. Kita tukar jadi ia sebagai pembuka kepada kehidupan yang lebih efektif dan menarik. Insya Allah perubahan yang dilakukan dengan niat menuju ke jalan Allah pastikan dipermudahkan.
– ADDA
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit