Abang Ngah

Abg Ngah telah dijemput Allah untuk pulang pada bulan 3 yg lepas.Cerita ini mengenai Ayah ,Abg Long,Abg Ngah,Abg chik,Kakak dan Aku.Untuk
pengetahuan semua emak telah pulang menemui ilahi pada 9 tahun lepas. Ini Kisah kepergian Abg Ngah yang dirindui,ditangisi dan membawa sebuah hukuman bersarat hikmah.Abg ngah berumur 30 telah kena serangan strok kali pertama pada 3 tahun lps yang sepenuhnya mengubah hidup abg ngh dan kami sekeluarga.

Abg ngah adalah bekas penagih dadah,sekolah sampai tingkatan3 , merokok dan melepak.Ayah aku menganggap Abg Ngah adalah sampah dalam masyarakat dan keluarga.Yelah ayah mana yg tak marah bila anak dia mcmtu.Senang cerita ayah aku mmg benci abg ngh dan tak dapat maafkan serta terima Abg Ngah.

Tapi walaupun abg ngh mcmtu dia tak pernah lupakan keluarga. Walaupun dia penagih dia tak pernah minta atau curi duit dari keluarga atau orang lain.Dia kerja.Dia kerja macam2 walaupun gaji sikit dia x pernah lupa nak bagi duit belanja dekat keluarga. Walaupun dia tak balik tidur rumah,dia tetap ambik adik dia balik sekolah,beli brg makan untuk keluarga. Walaupun ayah selalu marah dia sumpah dia.Dia sabar,dia tak lepaskan kata2 geram pada ayah, dia tak lepaskan tumbukan dia sabar.TAPI disebabkan Dia penagih dadah,gaji tak tinggi,belajar tak pandai,ponteng sekolah ayah benci Abg Ngah.

Waktu abg Ngah kena strok separuh badan dan darah beku dlm kepala ayah x sedih langsung.Ayah kata tulah akibat sebab jadi orng “jahat”.Ayah seksa abg ngah waktu sakit.Aku sedih gila bila kenang balik tapi apa aku nak buat aku masih mentah tak berdaya lawan seorang ayah.Aku menyesal gila sbb tak tolong abg waktu tu..apa yang ayah buat?

Kadang2 bila adik beradik aku yg lain kerja dan aku sekolah,Ayah aku letak batu bata atas tangan abg yg strok kononnya untuk luruskan tangan abg tapi abg terlalu sakit untuk tahan batu tu.Ayah rotan abg dengan kayu dan getah paip sbg balasan untuk perbuatan abg.Ayah hentak kepala abg dekat almari sebb ayah geram bila ingat perbuatan abg ngh dulu.Ayah jdikan abg sbg mangsa bila ayah tekanan xde duit.Sedangkan ABANG NGAH TAK BERSALAH..Abg2 aku dan kakak semua dh cuba halang ayah,buat macam2 tapi tu semua kejap ayah lagi geram bila tahu abg ngah mengngadu.Disebabkan abg aku strok dia tak dpt nak bercakap dengan betul jadi agak susah untuk kami faham.Pernah sekali ayah aku gaduh besar dengan abg chik aku sbb abg chik aku dah tak tahan dgn perbuatan ayah…Ayah punyalah menyesal waktu tu mintak maaf sungguh2 merayu2 sebab kami uggut nak tinggalkan ayah sorang2. Tapi rupa2nya menyesal tu tak lama sekejap je…Macam2 lah ayah aku dah buat dera dari segi fizikal dan emosi..dpn orng lain ayah aku caring sngt pasal abg ngh belakang lain ..Aku hampir pernah nk buat polis report sbb dah tak tahan tgok abg ngah kene mcmtu tapi kakak aku halang sbb masih lagi anggap tu ayah kita.Akulah yang sapu minyak dekat kaki tangan abg ngah..

Pada bulan March haritu, abang kena strock kali ke 2 waktu tu,Abg ngah,Abg chik,kakak dan ayah pergi makan.Tiba2 lps makan, badan Abg Ngah jadi kejang.Terus bawak pergi hosp doktor kata tak dpt diselamatkan sbb dlm otak ada darah beku dan otak dia dah mati.Hati aku waktu tu rasa mcm nak tercabut..bayangkan aku dpat tahu pasal abg Ngah melalui telefon awam kat sekolah.Aku hampir pengsan. Ayah aku waktu tu macam nampak sedih.Tak lama lpstu alat penafasan abg dicabutkan,doktor kata dlm 3 jam abg akan pergi.Ayah aku kata dia nak balik dulu sbb tak larat ..jadi Abg long aku hantar ayah balik dan teman ayah sekali..lps je 3 jam lps cabut alat penafasan abg ngah ayah aku terus tanya “abg ngh dah pergi ke” korang bayangkan seorang ayah sanggup ckp macamtu.Aku tak tahu nk ckp apa dan luahkan perasaan aku lagi dekat ayah.Korang faham kan? Tapi Alhamdulillah abg ngh bertahan lebih lama hampir 2 hari. Seminit lps jantung abg aku berhenti ayah aku nangis2 dan acah2 sakit kepala..smpai masuk kecemasan..Ayah aku meraung2 .Nak tahu tak apa doktor cakap “ayah awak ni mcm belakon je”.. huhuhu ..lps abg pergi..ayah x pernah sebut nama abg Ngah dah.

Lepas beberapa bulan Allah tunjukkan kekuasaanNya di mana segala keadaan abg Ngah ketika sakit Allah hadirkan pada diri Ayah.Ayah mula mengalami kesukaran untuk bercakap dan menelan air liur.(air liur tumpah).Ayah sakit kaki hingga susah nak berjalan. Badan Ayah semakin kurus.Ayah kurang selera makan.Bila check doktor.Doktor cakap normal..check rawatan islam semua normal.Inilah kifarah untuk ayah.

Dan aku juga sedang mengalami hukuman yang terlalu berat kerana merindui orang yang telah pergi,ketika ingin mengingati memori indah semuanya menjadi sedih serta muram dan ketika mengingati dan mendengar namanya ia menyebabkan satu kesakitan,kesedihan dan air mata.Ini semua kerana aku terlambat untuk menghargai dan melindungi Abang Ngah.

Aku harap korang dapat ambil pengajaran dari cerita ini.Pada masa sama jgn benci ayah,tapi doakan ayah semoga diberi HidayahNya.Aku sedar kesilapan aku dan ahli keluarga,dan malangnya aku tak dapat nak putarkan masa.Memori pahit itu tidak pernah hilang dan aku anggap ia sebagai hukuman untuk kesalahan aku.

Abang ngah sedang bahagia di Sana :,).

– -AdikNo-

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit