Aku kadang kala terfikir.
Macam mana nak uji kesetiaan pasangan kita? Kadang-kadang pasangan yang baru sahaja dilamun cinta, masing-masing meragui ketulusan hati dan kesetiaan masing-masing. Di mulut kata indah, kata setia, tapi dihati.. tiada siapa yang tahu kecuali si dia dan Allah. ada yang kata, cara kita utk menilai kesetiaan pasangan, kita lihat masa kita susah ataupun masa dia senang, masa dia selesa.. confort zone.. adakah dia akan setia? Ada juga yang cakap, kalau si dia tu seorang yang menerima kita seadanya, menerima baik buruk kita, memaafkan kita walaupun dah seribu kali kita ulang salah itu, maka.. he or she is the one for us. Itu lah konsep setia dan cinta. kut.
Pernah terfikir kenapa Allah turunkan kesedihan dan kesunyian kedalam hati hamba Dia? Samalah konsep dia, sebab Allah nak uji ke SETIA an hambaNya yang manis di mulut, kata beriman dan cinta kan Dia. Adakah hanya di masa kita kesusahan baru kita cari dia, ataupun.. kita cari Dia pada setiap keadaan dan masa? Manusia ni ada macam-mcam level cinta dia, ada yang hanya mencari Allah HANYA dikala Allah beri ujian. Na’uzubillah. Masa susah hati, kesempitan, kesunyian, baru sujud lama memohon keampunan Allah.. emohon bantuan Allah agar dihilangkan keresahan jiwa. Saat bila Allah makbulkan doa2 dia, Pufff hilanglah dia macam Kage Bunshin Naruto.
Ada juga yang tidak langsung mencari Allah.
ketika dia kesunyian, kesepian.. dia mencari hiburan lain selain Allah.. dia bergantung kepada manusia lain utk mengisi kekosongan hati dia dan dalam masa yang sama melupakan Allah.. percayalah, ‘kebehagiaan’ dan ‘ketenangan’ itu tidak akan kekal. Sementara sahaja. Kenapa sukar untuk kita istiqamah setia pada Allah? sebab itulah ujian keSETIAan. Adakah kita akan sentiasa bersama Allah walaupun utk bersama Dia kita memerlukan kekuatan utk mengharungi kesukaran? Atau kita ambil jalan mudah depan mata, dan melupakan tanggungjawab kita utk SETIA? Kalau pilihan kedua itu pilihan kita, maka kita dah pun GAGAL utk setia.
Tapi adakah GAGAL selamanya? Tidak. Sebab Allah itu mencintai hambaNya.. Allah sangat pemaaf. Walaupun dan seribu kali kita ulang salah itu, kita minta maaf dia masih akan maafkan *sama konsep dengan ‘cinta’ manusia di atas*. Itulah Cinta sejati yang Allah anugerahkan kepada hamba Dia yang hina ni. Cinta Allah dan manusia itu jauh berbeza. Ini hanya lah analogi utk memberi kita kesedaran bahawa, hubungan kita dan Allah itu kuat kukuh melebihi cinta kita pada manusia di depan mata.
Jadilah insan yang SETIA dan CINTA sepenuhnya kepada Dia.. salah silap itu sering kita lakukan, tapi Allah maha mengetahui dalam hati ini, adakah kita benar2 menyesal dengan salah dan dosa kita? Ataupun ada sedikit rasa bersalah tapi memilih untuk mengabaikannya? Paling ditakuti, kita sudah tidak ada sekelumit pun rasa bersalah pun dalam diri kita. Sebab apa? Sebab Allah dah Tarik nikmat rasa bersalah itu.. na’uzubillah
– Az2
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit