Berkat Surah Al-Mulk dan Al-Waqiah

Assalammualaikum semua, tujuan aku menulis confession ni adalah untuk berkongsi pengalaman aku mengamalkan surah al-mulk dan al-waqiah. Rasanya masing-masing yang amalkan mesti tahu dasyatnya surah2 ni.

Aku baru sahaja mengamalkan baca surah waqiah dan al-mulk ni dalam 3 bulan. Pagi lepas sopat subuh baca al-waqiah dan sebelum tidur baca al-mulk. Kedua-dua surah ni kalau baca ambil dalam 10 minit jaa, so apa salahnya kita ambil dalam 20 min sehari untuk baca al-quran kan,kalau tak pon baca sikit pon jadi laa. Antara apa yang aku rasa perubahan dalam diri dan hidup aku bila dah amalkan adalah :

1) Aku ni seorang pelajar berusia 20 tahun dan sambil belajar aku kerja part time. Selalunya kalau surah al-waqiah ni orang mesti akan kaitkan dengan rezeki dalam bentuk duit kan. Yes, aku masa nak cari kerja part time cukup susah nak dapat, tak tahu laa kenapa.Tapi lepas amalkan 2-3 hari aku boleh nampak banyak sangat kerja kosong. Aku jalan mana pon mesti nampak jawatan kosong. Masa tu aku memang seronok sebab aq boleh kerja dan pegang duit walaupun sikit,janji titik peluh sendiri.

2) Masih berkaitan dengan duit, gaji aku kalau part time memang laa tak banyak dalam 600 jaa sebulan,lepas tu aku bagi dekat mak aku sikit, guna sikit beli apa yang perlu then simpan. Gaji aku memang sikit 600 tapi aku rasa macam lebih dari tu,maksud aku rasa hidup ni serba cukup. Nak apa semua dapat. Tak ada langsung mengeluh pasal kekurangan apa-apa malah duit aku semakin banyak. Baru-baru ni aku check akaun bank aku,agak pelik sebab duit aku berganda seribu lebih. Orang salah transfer duit ke? Aku tak tahu tapi aku still anggap tu rezeki,hihihi.

3) Hubungan dengan orang sekeliling semakin baik. Aku ni kategori sangat pemalu dan suka duduk rumah (orang kata kera sumbang) macam tak pandai bergaul. Lepas aku amalkan ni dah lama baru perasan perlahan2 aku ni pandai bersosial.Maksud aku pandai bersembang dengan orang, tak malu untuk beri idea atau pendapat dan aku rasa keyakinan diri aku semakin bertambah. Sebab aku tahu sebelum ni kemahiran sosial aku tersangat teruk dan aku sendiri dapat rasa aku berubah jadi lebih baik.

4) Disayangi ramai. Dulu aku jalan macam bayang-bayang jaa semua (sedara mara,kawan2,pensyarah) buat tak tahu macam aku tak wujud. Sekarang aku pergi mana mesti orang tegur aku dan aku dapat rasa teguran yang mereka bagi dengan penuh kasih sayang. Aku juga selalu perasan yang aku selalu jumpa orang yang baik-baik (bukan yg suka menyakitkan hati orang)

5) Aku ada depression yg suka datang tanpa sebab. Contoh,tiba-tiba rasa sedih,kemurungan, pernah mintak doa supaya Allah ambil nyawa aku cepat-cepat pun pernah (depression aku ni memang tak ada sebab pon datang jugak). Sejak amalkan surah2 ni. Aku boleh cakap hati aku sangat2 tenang, aku rasa bahagia jaa ( walaupun aku ada problem aku boleh settlekan dengan rilek ja) sebelum ni masalah besar semut pun boleh buat aku stress bagai nak rak..sekarang alhamdulilah.

Sekarang ni rezeki aku sentiasa cukup malah kadang-kadang berganda dan datang daripada arah yang tak aku sangka,hidup aku lebih tenang dan aku rasa hubungan aku dengan Allah dan orang sekeliling semakin bertambah baik dari sebelumnya.

Apa yang boleh aku cakap bila kita amalkan surah al-mulk dan al-waqiah ni bukan saja hubungan kita dengan Allah lebih baik tapi beribu kebaikan lain akan datang. Banyak lagi kalau ikut nak kongsikan tapi cukup laa setakat ni coretannya. Nak tahu dasyatnya,hebatnya dan kuatnya pengaruh surah Al-Mulk dan Al-Waqiah ni cuba laa amalkan walau 3 hari pon then boleh tengok perubahannya.

Akhir sekali,maaf sangat-sangat kalau penulisan ni panjang sangat ke,tak best langsung ke, niat di hati nak berkongsi je supaya kita semua sama2 dapat beramal bukan saja melabur untuk dunia tapi juga akhirat. Saya doakan juga sesiapa yang membaca confession ni dipermudahkan untuk mengamalkan surah Al-Mulk dan Al-Waqiah serta suatu hari nanti boleh menghafalnya. Amin.

– Azahra

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit