Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih sekiranya confession ini lulus disiarkan.
Lama nak memikir ayat yang sesuai nak dimulakan. Nenek dan atuk dikira jugak kan sebagai salah seorang ahli keluarga terdekat? Bagi saya, ya. Mungkin sebab rumah saya dgn kampung halaman sebelah sebelah, jadi selalu jumpa, sebab tu kot rasa macam keluarga terdekat. Tapi, kalau perasan untuk setiap program, mesti letak syarat, “Jika ada berlaku kecemasan/ kematian ahli keluarga terdekat (sprti cnth ibu, bapa, dan adik beradik) baru dibenarkan pulang”. Kadang kadang terasa sedih, apa nenek atau atuk tu tidak dikira sebagai ahli keluarga terdekat ke? Sedih, sebab 2 insan ni paling dekat dalam hati saya, selain dari adik beradik, mak dan ayah. Nenek sebelah ibu duduk berjiran dgn keluarga kami. Manakala, atuk dan nenek sebelah ayah, jauh di selatan tanah air. Walaupun jauh, kasih sayang tetap sama.
Nenek sebelah ibu dah uzur, tidak boleh berjalan, hanya boeh bergerak menggunakan kerusi roda. Kesihatannya pun makin merosot. Mata semakin kabur, tangannya sudah menggigil, semakin lupa ingatan. Kadang kadang soalan yang sama ditanya berulang kali tak sampai 1 minit pun. Pantang ditinggal, mula menangis, berteriak. Padahal kami ada je di sebelah dia, cuma masing masing sibuk dengan dunia sendiri. Keadaan sekeliling yang gelap/ malap dan sunyi membuatkan nenek jadi cepat gelisah. Bila ditanya, “nenek takut gelap ke? Kenapa? Ada momok ke?” Jawapannya sentiasa tak. Tapi “Takut ditinggal.” Dia rindukan suasana yang ceria, bising dengan suara orang berborak, bergelak tawa, katanya teringat zaman dulu dulu waktu cucu cucu nya masih kecil. Masa saya kecil kecil dulu, kami sekeluarga besar selalu berkumpul dirumah nenek. Mungkin nenek rindukan zaman itu. Ye, saya faham. Orang yang dah semakin meningkat usia, apa lagi yang dia nak kan selain keluarga yang sentiasa ada dengannya.
Keluarga besar saya tak adalah sebesar seperti keluarga org lain. Adik beradik ibu cuma 5 orang. 4 perempuan dan 1 org lelaki. Lelaki, yang sulung, yang teratas, yang menjadi harapan ibu yg sudah kehilangan suami (ini saya refer bg pihak nenek), yang sentiasa diharapkan untuk jaga dan membelanya dihari tua. Tapi apa yang diharapkan menjadi sebaliknya. Adik beradik ibu yang perempuan bergilir menjaga nenek. Bukan yang sulung tak menjaga, lebih kepada kurang menjaga kebajikan nenek. Tapi bila sebuat pasal tukar nama tanah kebun, cepat je terpacak kat rumah nenek. Masing masing pun bukannya muda belia remaja lagi. 60 an 70 an juga. Tapi masing masing masih mementingkan kehidupan peribadi privasi keluarga masing masing. Bila diminta bermalam bersama nenek, ada beribu syarat diletaknya. “Boleh, tapi aku nak datang pukul 11 malam, ngam ngam tidur, dan balik esok pagi jam 5.30 sebelum subuh, sebab nak berjemaah disurau perumahan aku.” Sampainya hati. Kadang kadang buat aku terfikir “Ilmu agama (solat, ceramah, menunaikan haji) sangat dititik beratkan, tapi tiket yang senang nak membawa ke syurga Allah ni yang dipandang enteng.
Pernah, adik ibu meluahkan rasa keinginan bercuti sewaktu cuti sekolah nnti, tetapi ditentang hebat hanya kerana tak ada yang nak menjaga nenek. Bagi mereka, rumah yang nenek duduk skrg bukan rumah mereka, tapi rumah adik ibu. Mesti familiar kan dengan pengurusan harta, rumah mak/ayah kita duduk sekarang akan menjadi rumah untuk adik beradik bongsu. Jadi mereka memberi alasan “Tak selesa nak duduk seharian disini, ini bukan rumah aku. Walau macam manapun, rumah aku jugak.” Selagi nenek belum meninggal, rumah itu masih rumah nenek. Bukan rumah adik beradik yang lain. Alasan yang diberikan tak masuk akal. Rasa macam aku yang muda ni nak luku luku je kepala yang tua tu. Adik beradik ibu semua nya sudah tidak bekerja (pesara/pencen) jadi mereka memang tidak ada masalah untuk menjaga nenek. Nenek bukan tidak mahu ke rumah adik beradik ibu yang lain, tapi nenek tak selesa sbb semua keperluan nenek dah tersedia dirumah (toilet yg diubah suai ikut kesenangan nenek).
Sampai bergaduh tinggi suara hanya sebab tak mahu jaga nenek seharian suntuk.
Masa perayaan/ adik ibu bermalam di rumah mertuanya, saya adik beradik dgn ibu yang akan teman nenek bermalam. Saya pun tak kisah, sebab rumah pun dekat kan. Dan nama kami jugak yang dipanggil dipekik lolong kan setiap kali nenek sunyi tak punya kawan. Pernah sesekali rasa geram, yelah, asyik asyik kami yang dekat je, yang cucu lain tu tak mau pulak dipanggil. Lagi satu, nenek kalau dengan kami yang dekat dekat ni, nenek lain sangat perangai nya, tapi kalau dengan cucu/ anak anak nya yang lain perangai nya lain. Berbaza. Kadang kadang ada jugak terasa hati. Pernah terfikir, cucu cucu yang jauh tu kadang kadang kalau cuti duduk rumah takde nak menjenguk. Time raya, kenduri baru nampak muka. Kalau hujung minggu tu tak ada pun (ni refer pada anak anak pakcik sulung saya). Sepupu saya yang lain lain elok menjengah nenek kalau cuti hujung minggu.
Tidak takut ke balasan hari tua nanti. Macam mana kalau apa yang kita buat pada orang tua kita, akan berbalik pada kita masa hari tua kita nanti. Haa takut kan.
Sekian,
Tilu, 1209pm
– Tilu
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit