Assalamualaikum.
Motif artikel: sebab sekarang musim spm dan konvokesyen. Saja2 nak throwback zaman aku belajar dulu. Masa tu rasa accomplished gila hajat nak belajar kat universiti. Aku duly ambil course Mikrobiologi. Sekarang kerja jadi Tutor fulltime ajar budak2 sekolah UPSR, PT3 dan SPM. Gila tak gila. Asalnya buat part time je. Sekarang dah full time.
Bukan sikit orang tanya aku. Tak sayang ke belajar 4 tahun bidang tu, tapi kerja lompat bidang. Jauh pula tu. Susah nak jawab. Aku dulu ambil course ni sebab minat nak belajar. Bukan sebab fikir lepas tu nak kerja apa. Serious. Masa isi upu dulu aku pilih course berdasarkan interest. Tak fikir langsung tentang prospek kerja nanti apa.
Now, orang perlekehkan kerja aku sekarang. Dulu aku malu. Sekarang aku tidak. Kenapa aku nak malu? Aku buat kerja halal dan dapat bantu ramai orang. Aku nak buktikan tutor juga ialah kerjaya yang profesional. Orang tak tahu, tidak sedikit yang telah aku laburkan untuk tambah ilmu jadi tutor profesional. Baik dari wang ringgit, masa dan tenaga.
Baru aku sedar, perjalanan mencari ilmu itu tak terhenti di universiti. Bila dah konvo, stop sampai situ je. Tak. Kena tambah nilai pengetahuan kita. Habis tu macam mana pula dengan ilmu di universiti. Tak pakai langsung ke? Of course guna. Sebab tu masa kat universiti janganlah jadi pelajar 3K sahaja. Hanya sekadar pergi kuliah, balik kolej kemudian pergi kafe. Sekali-sekala je keluar. Itupun keluar buang masa. (Jadi 4K dah tu. Hehe.)
Kena selalu involve diri dalam aktiviti luar kelas. Jadi AJK program. Pergi aktiviti outdoor. Seriously, semua tu sangat tak buang masa. Sangat berguna dan banyak gunanya sewaktu nanti dah grad dan nak tempuh hidup kat luar sana.
Aku tak kata sebab aku masuk semua tu lah aku jadi hebat ke apa. Tapi sedikit sebanyak semua pengalaman tu membentuk aku sebagaimana aku sekarang. Pengalaman semua tu akan membentuk peribadi kita, attutude kita terutamanya dengan sesama manusia.
So, kepada yang dah konvo, tahniah. All the best untuk perjalanan anda seerusnya, sama ada nak sambung study lagi untuk dapat master, PhD dan seterusnya. Atau kepada yang nak membina kerjaya, moga menemui bidang yang betul2 kau minat dan tak rasa seperti bekerja. Rasa macam hobi je seperti mana yang aku alami sekarang. Peduli orang kata apa. Yang penting aku/kau happy. Yang cakap2 tu bukan diorang yang beri kau makan pun. Bukan diorang yang beribkau duit.
Kepada yang belum grad, yang masih belajar, belajar lah elok2. Persetankan orang cakap result tu tak penting. Penting weyh. Serious. Dalam masa yang sama, seimbangkan kemahiran diri. Solat jangan tinggal dan janganlah jadi pelajar 3K je okay?
Sekian. All the best to all. Muahh ciked. (Acah hipster)
– Amirah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit