Asslamualaikum..
aku insan yang berbintikan Abdullah dan aku selalu rendah diri bila orang akan tekankan bila sebut nama aku tang sampai ke binti abdullah , ingat lagi masa sekolah rendah setiap tahun cikgu kelas akan mintak salinan surat beranak tapi ayah aku tak pernah bagi aku yang bagi sendiri pada cikgu mungkin sebab dia takut aku buka dan baca sehinggalah aku tingkatan 1 baru aku tahu siapa nama betul ibu dan ayah kandung aku tapi aku tak pernah cuba cuba nak tanya pada ayah dan ibu status aku , aku cuba teruskan kehidupan walaupun hari hari aku terfikir kenapa ibu ayah aku yang betul serahkan aku pada keluarga angkat tapi bila makin besar aku cuba untuk sentiasa bersangka baik dengan segala perancangan Allah tentang aku. Sehingga satu hari ibu ada cakap aku ni hanyalah anak angkat tapi ibu tetap sayang aku macam anak yang lain , layanan yang ibu dan ayah bagi sama rata dari segi pelajaran , kasih sayang dan juga perhatian begitu juga dengan abang abang , kakak dan adik yang tak pernah sekali sebut tentang status anak angkat , kasih sayang dia orang pada aku cukup buat aku menghargai setiap seorang dari mereka , terima kasih buat 5 abang , seorang kakak dan adik bongsu aku yang sentiasa menyayangi aku dan layan aku sama macam adik beradik yang lain , terima kasih semua aku sayang korang ketat-ketat dan al fatihah buat arwah ayah , abang dan angah yang pergi mengadap Pencipta doa aku buat kalian tak akan pernah putus.
Bila ibu dah tinggal seorang selepas ayah meninggal , aku sebagai anak perempuan yang belum berkahwin dan memang duduk dengan ibu sampai sekarang, bekerja pun dekat dengan rumah je aku pernah niat untuk ada rasa tak nak kahwin sebab memikirkan keadaan kesihatan ibu dan adik yang masih belajar , aku takut aku takkan dapat orang yang memahami aku sebab aku selalu cakap pada ibu biar aku tak kahwin pun takpe janji aku dapat jaga ibu selamanya , jangan fikirkan bahagia aku janji ibu dan adik bahagia dan aku selalu cakap pada adik andai Allah amik nyawa aku dulu aku mintak dia yang jagakan ibu walaupun mungkin aku bukanlah insan yang sempurna yang kadang-kadang terlepas laku dan perangai tapi bila dah makin besar aku lebih banyak memikirkan untuk menjaga hati ibu dan ibu pun memang tak boleh aku takde kalau nak kemana-mana sebab dia lebih selesa dengan aku dan aku selalu gurau dengan dia kalaulah aku takde mesti ibu makan nasi dengan sup airmata dan selalunya dia akan nangis dan ibu memang aku panggil ratu air mata sebab kami ni sejenis yang sama kuat tersentuh walaupun dengar lagu je.
Awal bulan 3 baru ni aku berjumpa balik dengan ex aku yang dah 8 tahun kita orang terputus hubungan dan sejak dari hari putus sampailah dia tegur aku balik kat inbox message fb aku selalu doa agar jodoh aku dengan dia sebab aku tak pernah lagi jumpa manusia sebaik dia dan yang sentiasa sabar dan memahami kerenah aku dan aku amik masa nak cerita pada ibu sebab aku takut nak tempuh kehidupan berumahtangga dan aku takut aku tak boleh nak bahagikan masa dan tanggungjawab antara ibu dan suami tapi alhamdulilah ibu sambut berita dengan gembira dan belum aku cakap siapa orang nakkan aku rupanya dia pun agak ex aku yang tu ajak aku kahwin dan sememangnya dia tahu ex aku tu budak yang baik, hujung bulan 4 kami bertunang awalnya semua ok sampai lah bulan 10 bila kita orang sibuk nak uruskan urusan pernikahan , ni lah perkara yang aku paling takut dan aku pula perempuan bila isi borang dan bahagian wali je aku baca aku nangis dan aku agak risau bila nanti akan ditanya dengan macam-macam soalan nanti di pejabat tapi nasib baik tunang aku memahami dan dari awal perkenalan kita orang 8 tahun dulu dia dah tahu kedudukan aku sebagai anak angkat , dia temankan aku untuk amik segala tandatangan dan hantar borang sama-sama , alhamdulilah aku dapat jodoh orang yang dekat juga , bila kat pejabat agama kerani kat kaunter cakap borang aku tak lengkap dan aku cakap ye saya tahu bahagian wali saya tak isi dan dia tanya kenapa ? aku cakap saya anak angkat dan saya tak tahu ibu bapa kandung saya siapa..kemudian dia tanya awak tak teringin ke nak tahu dan saya cakap tak nak, cukup saya tahu siapa ibu bapa angkat saya saja..keluar dari pejabat agama saya nangis sebab kes saya dikategorikan sebagai wali ghaib sebab dalam surat beranak bahagian nama bapa yang tertulis ” tidak diperolehi” dan andaian orang kebanyakkan semestilah anak ‘luar nikah’ sedangkan saya ada satu surat menyatakan ayah betul saya bersetuju menukarkan binti dari nama dia kepada nama abdullah dan sekarang saya sedang tunggu untuk ke mahkamah syariah bagi membenarkan saya menggunakan wali hakim , moga segala urusan perkahiwnan saya dipermudahkan Allah..amin.
Buat orang yang diluar sana sama ada anda berbin@berbintikan abdullah , bagi saya anda jangan ada rasa rendah diri dan malu sebab hakikat sebenar bukan kita yang nakkan semua tu dan saya juga tak pernah sekali terlintas di fikiran nak tanya pada ibu siapa sebenarnya ibu bapa kandung saya sebab tak tergamak nak buatkan airmata ibu tumpah sebab soalan tu sebab bagi saya ibu dah cukup terbaik menjaga saya dari kecil sampai besar cukup dari segala aspek begitu juga ayah dan adik beradik angkat saya. dan saya pernah menyuarakan pada kakak ipar saya bahawa saya memang takkan amik tahu dan berminat nak tahu tentang ibu bapa kandung saya cukuplah saya hanya mendoakan mereka sihat dan sentiasa dalam lindungan Allah, buat ibu yang melahirkan saya terima kasih melahirkan saya didunia ini dengan cukup sifat dan menyerahkan saya pada orang yang baik untuk menjaga saya sehingga saya berumur 29 tahun sekarang , ibu dan ayah kandungku aku cukup bahagia dengan kehidupan sekarang dan aku bersyukur dijaga dan dipelihara dengan limpahan kasih sayang dan perhatian yang tidak berbelah bahagi.
Buat ibu angkatku, anak ibu ni sayang ibu dunia dan akhirat , terima kasih buat kasih sayang ibu selama ni, tak lama lagi anak ibu akan berkahwin dan tanggungjawab pada ibu takkan pernah terhenti selagi nyawa dikandung badan dan terima kasih buat tunang tersayang sebab awak terlalu memahami saya dan tak pernah terlintas untuk bertanyakan lebih-lebih mengenai status diri saya dan awak juga sanggup ambil tanggungjawab untuk menjaga ibu dan adik lepas kita kahwin nanti dan awak cakap takpe lepas kahwin kita duduk dengan ibu dan jaga ibu, terima kasih ye awak sebab memahami saya tentang kerisauan saya pasal tanggungjawab saya pada ibu dan adik .. terima kasih juga buat semua yang pernah menyayangi budak serba kekurangan ini dan sentiasa dikelilingi oleh orang yang menghargai dan menyayangi saya selama ni..
terima kasih buat yang membaca …
– Nur
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit