Confession of a shopaholic.
Kepada semua seller (samada owner, agent or dripshipper). Saya buat confession ni khas untuk luahkan apa yang saya rasa sebagai orang luar yg tak pernah ada bisness, jadi dropship / agent dan sebagainya. Tapi sebab kakak saya terlibat aktif dgn bisnes macam ni, saya rasa terpanggil nak beri feedback.
Saya takde niat dengki etc sebab saya sendiri kerja stabil, GLC dan tak ada masalah kewangan. Saya single dan berusia 30an.
Cuma, apa yang saya perhatikan, dalam sehari, ada dekat 6-7 kali agent / dropshipper up status kat Fb, ni baru sorang, masalahnya sekarang dah jadi PENYAKIT MELATA sampai SEMAK FB saya yang asalnya saya join 7 tahun lepas utk keep up with family updates, perkembangan sedara mara dan kawan2, tapi sekarang dah jadi macam tong sampah.
Saya ok kawan2 nak berniaga online, saya memang support dan beli (ada barang saya beli beratus2, ada sampai 1 barang berharga 2 ribu saya beli drpd kawan seller saya) tapi please, DONT PUSH US too much, sebab kami yang buyer ni jadi NAK TERMUNTAH asyik2 nampak status seller yg kadang2 tu setakat “Assalamualaikum, apa khabar harini, moga harini ceria untuk kita semua”. Bayangkanlah kalau 10 fb friend kita yg menjual semua dok up status mcm ni, HARI-HARI, 24/7.
Saya yang ASALNYA NAK MEMBELI, JADI KENSEL NAK BELI SBB MUAK. Seriously saya mengaku ni. Asalnya saya nak tolong promote, last2 tak jadi sebab seller TEROVER PROMOTE sampai kami buyer ni dah jadi serabut tengok Fb kami sendiri (a few of my close friends pun agreed on this issue).
Akhirnya, untuk tidak jadi sakit hati, saya unfollow dah 3-4 seller (which happen to be my friends) bukan sebab saya tak suka diorang, tapi saya sayangkan persahabatan tu daripada turn into sour disebabkan OVER PERSONAL BRANDING. LIVE sekali sekala ok lah, tapi kalau tiap2 hari, oh my, tak tau nak cakap macam mana.
Finally, nampak PLASTIK SANGAT bila seller promote something, yg LIKE dan COMMENT, majoriti semua team2 dia jugak, what for? Nak banyakkan like dan banyakkan comment tapi majoriti PLASTIK (baca: COPY PASTE je). Ntah2 team dia tak baca pun posting asal, just paste2 je diruangan comment.
Diharap cik2/puan2 boleh buat pendekatan yg lebih bijak untuk educated buyer mcm kami. Less is more. Definitely. Sekian komen ikhlas drpd saya. Terpaksa guna medium IIUMC nanti kakak saya kecik hati. Kah! Sorry kak, I love u but I have to SPEAK THE TRUTH.
Terima kasih IIUMC jika confession ini disiarkan. Saya tak kisah dikecam, ini feedback ikhlas saya sebagai seorang potential & supportive buyer.
Love,
Shopaholic.
– Shopaholic
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit