Kasih Ayah dan Ibu Tetap Terbaik

Terima kasih buat admin sebab siarkan confession saya ni.

Saya terpanggil untuk memberi pandangan kepada seorang confessor yang berjauh hati ayahnya yang garang dan kadang kalanya memalukan dia dan adik adik di depan orang lain.

Dik…
Arwah ayah tiri saya lagi garang dari ayah kamu…main guna mata dan psikologi yg amat menyentapkan hati…malah lagi sinikal bila menegur tapi dari situ saya jadi manusia yang seperti sekarang…adik beradik saya seramai 9 org ni…yang tiri dan kandung semua berjaya dalam hidup…ayah tiri meninggal masa hari pencen dia…sebab sakit tumor otak…tapi dia tetap ayah yang disegani semua org…dia garang sangat tapi kegarangan itu adalah didikan….mak dapat anugerah ibu mithali sbb dari cara ayah tiri mak berjaya ikut style tu didik anak2 lepas masa ayah tiri dah meninggal dan adik2 yang kecil2 terdidik sehingga cemerlang semuanya…

So takperlu risaulaa…sebab didikan ibubapa semua utk mengajar kita erti hidup…dulu terfikir juga kejam kejam sebab status tiri…namun bila semua adik beradik berjaya…baru sedar…hidup bukan mudah utk diharungi…kena dari awal dilatih tuff agar kuat…adik beradik saya

Abg tiri (anak ayah tiri dgn bekas isteri dia) – senior bank manager.

Kakak tiri (anak ayah tiri dgn bekas isteri dia sebelun kahwini mak) – senior lecturer di salah sebuah kolej universiti.

Saya (anak tiri ayah yang paling degil dan paling teruk kena tegur dan didisiplinkan dan paling banyak buat hal dalam famili) – pekerjaan yang saya paling tak expect dan tak jangka…yg pasti jadi manusia yang sedar diri.

Adik perempuan saya ( adik kandung saya dan anak tiri ayah tiri juga ) – cikgu.

Adik perempuan bongsu saya (adik kandung saya dan anak tiri ayah jug) – chemist jadi cikgu…now suri rumah sepenuh masa yang garang terhadap anak2 (ikut style mak) malah amat tegas.

Adik lelaki kandung saya (anak kandung pertama ayah tiri dgn mak saya) – pelajar tunggal lulusan Master Sains Patologi Haiwan Unisza dan kini buka business sendiri…adik saya ni Hafiz Al Quran.

Adik lelaki kandung ketiga bongsu (anak ayah tiri ke dua dengan mak saya) – doktor perubatan kini jadi MO di Hospital Besar Kuantan dan adik saya ni juga HafIz Al Quran dan pernah ada sekolah tahfiz sendiri di Mesir masa belajar dulu.

Adik lelaki kandung ke dua bongsu saya ( anak ayah tiri dengan mak saya) – Hafiz Al Quran juga, bekas Imam Masjid Kristal PuLau Duyong Kuala Terengganu, sekarang ni sambung study Ijazah Pengajian Islam Unisza…first Class Honors insya Allah.

Adik lelaki kandung bongsu saya (anak ayah tiri dengan mak saya) – yang ni masih tunggu tawaran ijazah dalam bidang berkaitan oil and gas…baru tamat study diploma di German Malaysia Institute Bangi…

Semua kami hasil didikan ‘garang’ ayah tiri…so jangan salahkan ayah sebab garang kerana kasih sayang dia kita tak tahu macam mama…pada mata mereka kita masih anak kecil yg patut dilindungi kerana kasih sayang mereka tiada tandingannya…sabar dan ikhlaskan hati…layan sebaiknya…

Saya sendiri mak saya sampai saya umur 37 ni masih tegas dgn saya bab solat dan bab perangai sbb mak tahu tahap keras pedal saya dan tahap degil saya dekat mana…kalau saya kerja mana2 , mak tahu apa kelemahan saya dan bebel laa kerja nya dgn nasihat berjela walaupun depan isteri syaa…kerana apa? kerana kasih sayang dan cinta ibubapa kepada kita sehingga ke liang lahat. Suami kita sendiri belum tentu setia dik oiii…(semoga suami kamu setialaa). Please jangan compare kasih sayang suami dan cara layanan suami dgn ayah kita…jauh sangat martabatnya…suami boleh curang cari lain dan abaikan kita tapi ayah…kita tetap permata yang tidak ternilai di hatinya walai sejahat manapun kita ni…

So jangan berasa malu dgn ibubapa yg suka bebel kita even depan org sebab apa yg mereka buat kerana masa nilaa kita nak merasainya…tahan je…insya Allah berkat…kenapa perlu malu dgn manusia kalau dengan mendengar dan layankan je nasihat dan teguran ibubapa selagi tak langgar syariah agama, kita bakal dikasihi Allah SWT…diberkati dan diredhai Allah SWT…itu lebih berharga dari harapkan penilaian manusia…

Terima kasih

– Abang Fir

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit