Salam. Terima kasih Admin siarkan confession aku ni.
Aku tertarik dengan confession Wanita Yang Pandai Menunggu.
Kerana aku juga menunggu. Bezanya, aku baru menunggu hampir dua tahun dan lelaki itu hampir setiap hari ada depan mata aku dan berkomunikasi dengan aku.
Cik confessor & sahabat yang melalui perkara yg sama, aku rasa apa yang kalian rasa.
Aku suka dia, suka pandang pertama. Ketika itu kami saling tak mengenali. Mungkin takdir, kami berada di jabatan yang sama. Tapi suka aku cuma setakat suka. Admiration. Kerana aku tidak bersedia untuk komitmen yang lebih jauh. Dan aku takutkan rejection atau penolakan.
Hampir dua tahun aku diamkan. Namun Tuhan sahaja yg tahu betapa terseksanya aku menyimpan perasaan. Kerana aku bukanlah sejenis bangsa yang menyimpan rasa. Aku lebih suka duduk dan berbincang.
Aku diamkan kerana beberapa faktor, antaranya faktor profesionalisme, kestabilan karier, dan persahabatan. Ya, kami berkawan rapat. Dan aku sayangkan hubungan kami sebagai sahabat.
Terlalu banyak benda baru yang aku belajar dari dia. Dari sekecil kecil perkara di pejabat, hingga ke pengembaraan alam. Food hunting, hiking, exploring nature, maintenance kereta, a good branding choice for a cloth, travel, share cerita and experience, forward lawak lawak bodoh dan loyar buruk kat whatsapp, dan terlalu banyak ‘how to’ yang aku tak tahu dia ajarkan. Terlalu banyak first time moment yg dia ajarkan. Atau istilah lebih tepat, guiding. Disebabkan kerajinan dia mengajak aku utk buat outdoor activities, aku sampai pernah rasa kecil hati bila dia tak beritahu aku mana dia nak pergi. Tapi kecil hati tu aku diamkan, dia pelik pula nanti.
Oleh kerana aku suka pandang pertama pada dia, bila kami bersahabat, suka itu bertambah tambah. Aku cuba ikut minat dia. Aku kenalpasti kelemahan dan kelebihan dia. Aku cuba jaga hati dia. Aku cuba ikut apa yg dia suka atau tak.
Tapi aku rasa ada sesuatu yg tak kena. Aku rasa aku fake.
Tak aku nafikan, aku cemburu bila dia menyakat dan mengusik kawan perempuan dia yg lain, tapi yelah bak kata confessor, itu hak dia. Aku cuba ignore walaupun dalam hati aku macam ribut taufan. Haha. Aku jugak cepat terasa hati dengan dia. Cepat merajuk walaupun dgn org lain aku tak macam tu. Padahalnya, aku tahu dia tak perlu jaga hati aku pun.
Saban hari aku berfikir, mana duduknya aku dalam hidup dia? Prioriti dia untuk aku, aku di tangga ke berapa? Kalau aku tak ada kepentingan, kenapa selalu ajak aku buat aktiviti luar, ajak pegi cari makan dan sebagainya? Bila dia tak ajak aku pergi somewhere, atau on weekend dia senyap tak Whatsapp pun aku, atau dia pergi mana mana tak roger aku, aku mulalah layan perasaan sedih sebab dia tak ajak. Padahal itu hak dia kan?
Hinggalah satu hari, kami berkrisis. Kat tempat kerja hanya berbual pasal kerja. Habis waktu kerja, dia buat hal dia, aku buat hal aku. Ego. Tapi bila balik rumah aku termenung. Aku tanya diri sendiri, sampai bila nak makan hati sebab jaga hati? Tak ke rasa aku ni fake? Is it because I am always available for him, then dia boleh buli buli aku ni?
Dia pun ada kelemahan, same goes to me. Tapi setakat serap semua kelemahan dia disebabkan aku SUKA dia dan nak dia rasa yang aku ni IKUT semua kehendak dia, for me it is not right. Contoh macam, kau dapat suami kaki dera dan kau diamkan je sebab kau sayang. Tak betul kan mcm tu? Ya, dia kind of dominance. Apa yang dia nak, kalau boleh nak jugak. Tidak boleh tidak. Kind of good leader example. Tapi kalau semua ikut kepala dia sampai aku terpaksa angguk untuk jaga hati, aku rasa aku sangat fake.
Buat apa depan dia angguk angguk, balik rumah menangis sebab rasa dia tak jaga hati kita kan? Nak tunjuk apa? Yang aku ni wife material sangat ke, ikut semua telunjuk dia? Padahal dia suka aku pun belum tentu. Entah entah aku ni tak penting. Ini yang aku soalkan pada diri aku sendiri.
Dan aku buat keputusan. Hari hari aku solat istikharah. Aku minta petunjuk pada Dia. Hanya satu benda aku minta; luahkan atau diamkan. Aku ingat lagi doa yang aku sungguh sungguh minta sampai berjurai jurai air mata ni; “Kalau diamkan itu lebih baik, maka Kau bantulah aku ya Allah. Permudahkanlah, dan jangan Kau susahkan.”
Habis doa. Amin. Berdiri. Buka telekung. Ada satu perasaan singgah.
Tenang.
Ya, tenang.
Aku minta jika diamkan itu lebih baik, maka aku minta Tuhan bantu aku. Dan aku tenang.
Ketenangan yang luar biasa hingga aku sendiri rasa lega, aman, bebas. Sebelum tidur, aku pejam mata dan berdoa lagi. Andai ketenangan ini hadir kerana diam itu lebih baik, aku harap esok dan hari hari mendatang ketenangan ini tak akan pergi.
Dan ya. Hingga hari ini tidak ada lagi perasaan libang-libu kerana terlalu memikirkan rasa hati. Hanya bersikap biasa biasa sahaja. Hinggalah satu hari, pengurus memberitahu yang aku dinaikkan pangkat. Allah! Bersyukur tidak terhingga aku.
Dalam sujud aku menangis. Aku bersyukur dengan setiap limpahan dan hikmahNya. Jika aku buat keputusan untuk luahkan, adakah aku masih bekerja dia tempat yang sama? Adakah aku masih mampu untuk menghadap mukanya? Aku tahu jawapannya tidak. Dan mungkin aku akan berhenti kerja kerana malu. Walhal kerja ini sangat penting bagi aku untuk establish career aku, untuk kestabilan diri dan keluarga aku. Kan membazir dan kebudak budakan kalau aku berhenti kerja disebabkan malu selepas aku luahkan perasaan aku? “Maka nikmat Tuhanmu yang mana yang kamu dustakan?”
Pengakhiran nanti macam mana?
Biarlah ia bergulir mengikut waktu. Andai ketetapanNya nanti kami bersama, inshaAllah. Jika tidak, ada yang lebih baik untuk kami.
Perasaan aku? Masih ada, cuma tidak terlalu obses seperti dahulu. Sebelum tidur dah tak ada layan layan perasaan, bila dia pergi mana mana aku dah tak ada rasa kecil hati, bila dia tak cari aku, aku tak cari dia. Dia MC ke, dia cuti kecemasan ke, aku hanya jawab ‘ok’. Dah tak ada berpesan pesan jangan lupa makan ubat bla bla bla. Dah tak ada risau tak tentu hala. Dah tak ada nak tunjuk sangat aku ni care pasal dia. Bersikap biasa biasa sahaja. Banyak benda aku buat, aku dah tak share cerita dengan dia, pergi mana mana aku dah jarang ajak dia.
Dia dah besar kan. Pandailah dia jaga diri. Haha.
Girls, kadang kadang sebab kita ni always available for him, dia ajak kita pergi mana mana kita on je memanjang, tak pernah cakap No, dia akan selalu jadikan kita last choice. Belajar untuk sekali sekala cakap tidak, tak free, or maybe next time. Aku ni perangai nak jaga hati dia je, always say Yes bila dia ajak somewhere, bila dia buat something yang menyakitkan hati aku tak pandai nak cakap ‘Kau apehal cari pasal doh?’, dia boleh buli buli aku macam tu je. Dia rasa aku ni Yes-man dia. Haah kan semua benda. Belajar untuk say No dan sekali sekala ignore pasal dia walaupun dia nak perhatian kita. Berpada pada dan bersederhana dalam memberi perhatian walau eager macam mana pun hati kau curious pasal dia.
Kesimpulannya?
Ya, aku masih menunggu. Cuma aku biarkan dia terbang bebas. Buatlah apa dia suka, aku hanya tunggu dan lihat. Jika dia mahu pulang, dia tahu arahnya.
-NA-
– NA
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit