Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada yang membaca.
Mukadimahnya, terima kasih kepada admin kalau kisah ini disiarkan. Nak panggil confession pun tak juga, lebih kepada berkongsi dan semoga perkongsian aku ni membawa manfaat.
Tiga huruf je tajuk aku letak. Kepada yang pernah jumpa tiga huruf tu, atau pun pernah berjumpa dengan orang yang ada 3 huruf tu mesti excited nak baca cerita ni . ( eh ye ke, perasan je aku ni) – Maafkan juga bahasa yang caca marba dan kalau terlebih shortform.
SLE tu stands for Systemic lupus Erythematosus, nama glemer dia LUPUS. Bukan macam pelupusan sampah tu. SLE ni sejenis penyakit auto -immune yang semakin ramai orang dapat. penyakit ni dikenali juga sebagai penyakit seribu wajah. Tak taulah pula aku bila dorang start kira wajah penyakit ni. tau2 je dah seribu. Yg terkini didiagnos LUPUS ni Selena Gomez. Kira aku ni setaraf dengan Selena Gomez la, ataupun mungkin terer sikit sebab aku lagi senior dari dia,
Sejarah aku dengan SLE ni dah lama. Dari umur aku 15 tahun sampai sekarang umur aku 38 tahun. 23 tahun dah aku jatuh bangun jatuh bangun balik dengan penyakit ni. Jadi aku nak cerita sikit pengalaman aku yang tak seberapa ni sebagai pedoman mereka yang baru di diagnos dengan penyakit ni, ataupun yang mana ada sedara mara atau kawan-kawan yang ada penyakit ni…. agark panjang kot kisah ni sebab 23 tahun punya kisah kan, aku cuba ringkaskan.
Akhir tahun tingkatan 3, lepas exam PMR, aku dah tak berapa sihat. demam berterusan sampai sebulan. Mama aku decide untuk bawa aku ke hospital (sebelum tu pergi klinik je_, dan kemudian doktor buat test segala tok nenek, doktor kata ada protein dalam urin aku jadi aku pun dimasukkan ke ward. lepas 2 minggu dalam ward, aku disahkan ada SLE ni. Bila demam aku dah reda, doktor masa tu bagi bekalan ubat dan aku pun pulanglah ke rumah dengan buah tangan sebakul dan meneruskan hidup seperti biasa.
aku sambung tingkatan 4 di MRSM. MRSM ni asyik buat test je. belajar lepastu ujian lepastu ujian lagi. sesiapa yang pernah duduk MRSM dia taula rutin ni. Orang ada SLE ni pantang besar dia STRESS Jadi sebelum sempat aku ambik exam akhir tahun, aku dimasukkan sekali lagi ke hospital. Kali ni sebulan lebih. siap package hilang ingatan. masa tu SLE aku dikenali sebagai Celebral Lupus. Doktor kata attack otak. jd jangan tanya aku apa jadi sepanjang waktu tu sebab aku tak ingat apa-apa. macam duduk di alam alice in wonderland. Masalahnya, apa ada dalam alice aku tu pun aku tak ingat. Cuma bila aku dah ok sikit, mama dengan bapak aku dan orang-orang sekeliling aku akan cerita balik la apa aku buat time tu. Dorang kata aku gigit lidah sendiri lah, sawan la, menjerit-jerit, tak makan 14 hari, suap susu je dan apalagilah aku tak ingat dah. Tapi takde gaya manusia la, macam alien la kot. Jadi aku tidaklah belajar sampai habis tahun tingkatan 4 tu.
Dengan kuasa Allah, Januari tahun berikutnya tu aku rasa sihat dan macam boleh sekolah balik, jadi mama dan bapak aku pun hantarlah aku pergi MRSM tu balik. Pengetua tu tak bagi aku teruskan di tingkatan 5, jadi aku terpaksa ulang balik tingkatan 4. Masa tu aku redho jelah walaupun terpaksa join dengan junior balik. Zaman aku tu, senior dan junior tak berapa ngam. bila balik asrama lepas kelas aku happy sebab aku duduk dengan batch aku, tapi bila aku pergi kelas aku stress sebab budak kelas aku tak ngam ngan aku. Dan masa tu aku gemok macam badak air sebab makan steroid untuk SLE. so yes, zaman remaja aku tak best mana, yang aku tau, aku kena survive dan dalam masa yang sama aku kena handle perasaan aku sendiri. yelah budak-budak baru nak up kan. mesti ada suka orang pastu perasan orang suka kat aku tapi hakikatnya tak ada pun orang peduli aku. yang berbaik dengan aku pun sebab nak belajar sama dengan aku..diringkaskan cerita, aku berjaya survive sampai SPM dan aku manage untuk dapat top 5 student MRSM aku dengan 4A1,3A2,3C3. (zaman aku pakai A1 segala grading dia) Sakit tu tak menghalang untuk aku belajar so sesiapa yang ada sakit macam ni, dont give up just yet.
Ok tu cerita zaman sekolah. lepas tu aku masuk asasi UM. ok masa asasi ni aku dah sihat banyak dah, jadi terlalai kejap. Belajar pun main-main. Orang lain buat asasi 2 sem aku buat 3 sem. kawan-kawan aku yang baca cerita ni confirm tau sapa aku. korang diam sudah. kihkih. umur 20, masa aku dah masuk 1st year, ada tragedi berlaku. Mama aku meninggal dunia. Kanser pangkal rahim. hmm…memang gelap rasa dunia masa tu. Orang SLE tak boleh stress melampau kan? jadi, sekali lagi aku masuk hospital dan hilang ingatan segala. Kali ni lagi susah sebab ada bapak aku je yang boleh jaga aku, dengan bantuan mak tiri aku (bapak aku kahwin 2). tapi kejap je aku duduk dengan bapak aku, lepas aku dah elok sikit, aku sewa rumah kt Vista.
so bermula tahun 1 aku di uni, memang kerja aku keluar masuk hospital lah. asal nak exam je aku masuk ward. Tapi syukur alhamdulillah, aku berjaya juga habiskan degree sains aku dengan pointer 3 sharp. walaupun semester aku terlebih dari orang lain, dan aku grad 2 tahun lewat daripada kawan-kawan aku. dan lepas grad,Alhamdulillah, aku ada kerja dah sebagai RA. lepas tu aku volunteer di Petrosains dan akhirnya aku dapat KPLI. hehe ok aku cikgu sebenarnya. so sebab tu mintak maaf awal-awal bahasa caca marba.
masa jd cikgu, aku posting ke sarawak tapi tak lama sebab aku kan sakit, jd selepas setahun setengah aku balik la sebab tak larat nak berulang pergi hospital. dan semakin tua, aku dah boleh handle stress, jd kurang lah SLE ni relapse. cuma pada 2012 aku berpanas lama sangat, kenalah masuk ward lagi. oh org SLE ni takleh kena panas juga. dan dari situ juga aku didiagnos dengan lupus nephritis. maknanya sle tu dah kena buah pinggang. pada tahun 2015 aku kena buat rawatan cyclo atau nama lainnya chemo untuk kawal kegiatan SLE di buah pinggang tu. 6 bulan aku mengadap chemo tu. chemo tu macam mana? pergi rawatan day care kt hospital tu, duduk dari pagi sampai petang, masukkan dua botol drip air biasa, lepastu sebotol drip ubat chemoo tu lepastu sebotol drip lagi. sesi pertama sampai ketiga tu okay, tapi sampai ke 4 tu, urat aku dah kecut agaknya, mereput aku tunggu drip tu nak siap. dari 6 pagi sampai 6 petang aku mereput kat day care tu. oh aku drive sendiri pergi chemo then dah settle aku drive la balik. taknak menyusahkan orang. bapak aku pun tak berapa sihat dah masa tu. kesian la nak susahkan dia pula kan. aku chemo hari khamis, hari jumaat tu cuti dan hari Isnin aku dah bertugas macam biasa. sedaya boleh aku mintak kat doc supaya appointment aku tak kacau sangat masa sekolah tapi apakan daya, tahun 2015 tu aku takleh buat apa. buah pinggang aku under control sampai la ke saat aku menaip ni.
2017, tahun ni, bapak aku pula meninggal dunia. dan sekali lagi aku masuk ward. simptom yang sama, hilang ingatan tapi kali ni 9 hari saja, doc kata namanya neuropscyhatric SLE. pulak dah. nasib tak masukkan aku ke ward mental tu.
syukur lah tak lama di hospital sebab aku tak sanggup nak tinggalkan anak-anak murid aku lama-lama. bila dah sihat, aku cover la kelas sebanyak mana yang dapat. doakan result upsr dorang baik 23 ni Nov ye. kehilangan bapak tu sangat besar untuk aku sebab aku memang daddy’s girl. anak bapak. semua benda bapak. sekarang pun aku susah nak move on lagi, kadang-kadang pergi mana-mana teringat nak beli bapak suka tapi lepas tu baru sedar bapak dah tak ada. :(
selepas warded, aku kena ambik high dos steroid. jd aku gemuk balik. dalam 3 bulan naik 10kg. ada gak yang tak tau dan sedap je jadi mulut puaka sound aku dah gemuk dengan nada annoying. tolonglah jangan tegur berat badan orang, kita tak tahu apa masalah mereka.
Jadi itulah saja kisah hidup aku setakat ini. untuk orang yang baru didiagnos dengan SLE ataupun ada saudara mara SLE , harap bertabah dan kuat untuk melawan penyakit ini. orang yang ada SLE ni memang nampak sihat tapi deritanya orang tu je tahu. support kawan-kawan dan ahli keluarga memang sangat diperlukan. walaupun tuhan uji aku dengan penyakit ni, tetapi Dia hantar semua yang aku perlukan untuk hadap ujian ni, kawan-kawan sekolah aku faham, kalau aku tertidur kat bilik guru tu bukan sebab aku malas, tapi sebab aku memang tak boleh tahan mengantuk dan sangat letih walaupun di awal pagi. tapi so far aku tak pernah lagi tak masuk kelas. kalau rasa tak larat sangat, aku kawtim dengan kawan-kawan aku, dorang tolong gantikan dulu. nanti aku larat, aku ganti balik.
kematian memang terasa sangat dekat dari mula dapat penyakit ni lagi. along the way, i’ve lost so many friends. terbaru ni, bekas anak murid aku meninggal Jumaat lepas disebabkan SLE. aku tak tahu pun dia ada SLE. sepupu aku sendiri meninggal 3 or 4tahun lepas, penyakit yang sama. tapi, jangan jadikan kematian sebagai alasan taknak berjuang dalam hidup. kalau dah sampai ajal, tak ada sakit pun meninggal juga kan? in a way, aku bersyukur ada sakit ni sebab sentiasa mengingatkan aku dengan kematian.
jodoh? aku belum kahwin dan aku belum jumpa dengan orang yang aku rasa boleh terima aku seadanya. im happy the way i am now.
maaflah kalau kisah aku ni tak seberapa, terima kasih kerana membaca dan semoga mendapat manfaat. maaf juga kalau ada dimana-mana sudut penceritaan yang menimbulkan rasa tak senang.
al fatihah untuk mereka yang telah mendahului kita. semoga roh mereka ditempatkan dikalangan mereka yang beriman dan beramal soleh.
– CikMiss
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit