Be Yourself, Love Will Appear

Hi Admin.

Aku nak story pasal something yang aku tak pernah cerita in detail to anyone. My previous love life. Haha. Know me as Rosy, 27 of age, a mother and a wife to my husband now. Suami aku sekarang ni bukan my first love and of course, aku tak pernah cerita pun pasal first love aku dekat suami aku sekarang. Gila apa. Cuma dia tahu lah dia bukan yang pertama, tapi in shaa Allah yang terakhir. :)

Aku dulu belajar dekat area KL. Dan sepanjang bergelar student ni aku memang bukan jenis yang ramai kawan. Kawan rapat aku dulu ada lah dua tiga kerat. Aku memang seorang yang tak attractive dan memang sekali pandang orang ingat aku sombong sebab aku ada RBF syndrome. RBF means resting bitch face. Aku rasa muka aku tenang tak ada masalah tapi orang ingat aku selalu tak puas hati dengan semua benda just because muka aku camni.

Okay long story short, hujung semester waktu final year, aku ada kenal dengan seorang mamat ni. Dia ni intake aku juga cuma berbeza course dan macam tak keperluan apa pun nak berkawan dengan dia. Aku start kawan dengan dia pun sebab bestfriend dia tu memang kawan aku. So waktu tu just kawan je takda apa. Mamat ni orangnya nak kata segak tak tahu lah. Tapi good looking lah kot. Badan sedang elok sebab dia triathlete. He can run, cycle and swim. So boleh agak kot physical dia camna. Dia ni macam mulut manis sikit sebab dia mudah untuk tersenyum dan menghiburkan hati seorang perempuan. Disebabkan sifat dia yang camtu, aku set in mind yang aku takkan nak perasan sorang kalau mamat ni mesra-mesra dengan aku. Gituww..

Lagi nak habis belajar, kami jadi makin rapat. Aku pun berapa kali dok pesan kat diri “Jangan syok kat dia woi. Dia dah lah mulut manis, entah-entah kau ni pun mangsa je. Kau dah lah tak cantik pun kalau nak ada feeling kat dia”. Haha. Tapi ye lah siapalah aku ni nak menidakkan apa yang aku rasa kan.

Things started waktu tu dah nak konvo lebih kurang, si mamat tu confess pada aku yang dia nak up kan lagi level friendship kitorang ni. Aku pun macam “Alamak, what to do?” Sebab we both rapat, selalu whatsapp, messaging malam malam. Ber-good night, see you tomorrow bagai. Dan kami pun berkawan ramai yang tahu dan ramai yang bertanya takkan tak ada apa apa. Gituw punya busy body kan. So waktu dia confess tu aku jadi gelabah la. Nak respon apa ni woi. Aku tanya kawan kawan semua camna ni semua. Dorang suggest why not, accept. Seems kami nampak serasi bersama kan. Macam lagu pulak. Ok mengambil kira pendapat kawan-kawan, dan aku pun dah lama tak mengisi kekosongan hati maka aku pun accept.

Specialnya si mamat tu ialah dia memang moral aku waktu tu. Kami time tu memang sama-sama nak berubah jadi better lah ceritanya. So dia selalu encouraged aku to dress better, wear proper tudung dan belajar lebih lagi ilmu ilmu agama ni. Aku pun rasa time tu “Okay, why not aku pun belajar sikit-sikit. Sebab dah ada orang bagi semangat dan berkongsi ilmu.” Sungguh, waktu tu aku betul betul rasa terbimbing sebab ada yang sentiasa mengingatkan aku tentang kebaikan. And we both did the same thing towards each other.

Semuanya berjalan lancar, hati makin sayang. Dalam doa tak putus-putus mohon kesudahan yang baik buat kami berdua. Sampailah saat kami melapor ke tempat kerja setelah tamat belajar. Kebetulan kami dapat tempat kerja yang sama area. Waktu tu aku bersyukur gila sebab merasakan, mungkin ini adalah jodoh. Hahaha. Kami masih berhubung walaupun masing-masing sibuk. Dia pun tak menunjukkan sebarang perubahan. Bila boss dia tanya yang dia dah berpunya ke belum, dengan yakinnya dia sebut nama aku dan dia kata aku calon isteri. Aku pun time tu rasa, okay maknanya dia serius lah. So aku pun decide untuk bentuk diri aku jadi better konon persiapan if ada jodoh aku jadi isteri dia.

One day, aku dengan dia kena berkursus. Dia dapat kursus kat tempat A, aku dekat tempat B. Kursus aku ni dekat tempat terperuk dan susah nak dapat connection line. Jadi masing-masing sibuk dengan kursus. Kadang-kadang aku try contact dia, tapi aku dah dapat trace something tak kena. Haaa.. sampailah aku habis kursus. Aku ajak dia berjumpa sebab dah lama tak jumpa, hati ini rindu gituw. Tapi he was acting cold, berdolak dalih dan cakap tak boleh nak jumpa. Aku dah rasa tak sedap hati.

Dia mula jarang contact. Dah tak ada wish salam, good morning anymore. Aku rasa macam kena dump time tu. Aku rasa lost. Aku solat, aku doa minta petunjuk, minta kekuatan. Aku betul betul terkesan dengan tingkah laku dia. Aku tanya kenapa buat camni, dia jawab tak ada apa. Then one day, dia decide untuk tinggalkan aku. Dia kata dia tak layak untuk aku. (Phuii) Aku tanya kenapa aku ada buat salah ke apa, dia tak jawab. So sampai sudah aku tak tahu kenapa dia tinggalkan aku selepas harapan menggunung diberi.

Since that day, aku menyampah dengan dia. Sebut nama dia pun aku tak nak. Tapi dia buatkan aku terfikir, aku kenal dia, aku berubah. Pakai tudung labuh, post benda-benda Islamik dekat FB, aku jaga diri bagai. Tapi bila Allah tarik dia dari aku, aku terus down gila. Aku jadi sedih sangat sampai pemakaian aku pun tah ke laut. Attitude aku berubah jadi keras. Then aku realize, aku berubah nawaitu aku bukan sebab Allah, tapi sebab dia. Kot. Tu pasal bila Allah tarik dia dari aku, aku susah nak maintain perkara-perkara baik yang aku dok buat waktu aku bersama dia. Maknanya aku berubah ni tak ikhlas maybe.

Lepas kena tinggal, aku banyak buat hal sendiri. Honestly aku dah tak maintain dengan pemakaian lama aku, aku decide untuk jadi diri sendiri sahaja. Masih bertudung dan menutup tapi biasa-biasa sahaja. Aku mula luaskan lagi friend circle aku. Aku dah beli kereta so aku decide untuk join club kereta. Dekat sini aku mula berkawan dengan ramai orang. Niat nak kawan, bukan cari calon suami. Sebab hati aku masih sakit kena tinggal bodoh camtu je dengan lelaki yang aku betul betul ikhlas nak sehidup semati, gituwww….

Betullah, Allah adalah sebaik baik perancang. Aku tak tahu pula bila join club kereta ni tiba tiba ada jodoh yang tersorok disebalik empunya kereta tu. Hahaha. Okay lah, dekat sini lah aku mula berkawan dengan seorang lelaki. Muda setahun dari aku. Orangnya biasa-biasa je. Suka main kereta. Tak ada nak alim-alim mana. Aku kenal dia aku tak ada feeling apa -apa waktu mula kawan. Tapi dia ni macam berkawan dengan aku tapi ada niat ke atas aku. Haha..

Dia mula tunjuk effort dekat aku. Nak tackle lah ceritanya. Aku time tu mula mula rasa tak nak accept, tapi sampai bila aku nak merajuk dengan perasaan ni kan? Orang dah tinggalkan takkan nak kenang-kenang. So aku cakap kat lelaki ni, “Nak kawan boleh, tapi taknak separuh jalan.” So aku accept dan ya, kawan dengan dia setahun, lepas tu pihak family dia hantar cincin buat tanda. Lepas tu aku kursus jauh di utara, 6 bulan kami tak jumpa. Time ni memang dugaan tapi dia sabar dan terus tunggu aku. Alhamdulillah, 2 bulan lepas habis kursus kami selamat bernikah.

Then aku terfikir lagi (banyak betul terfikir ea) kalau dah jodoh tu, mudah je urusan dia. Allah tunjuk jalan. Kita tak perlu nak berubah semata-mata nak jaga diri untuk seseorang yang belum tentu lagi milik kita. Dan kalau nak berubah tu niat kena betul. Aku niat salah sebab tu separuh jalan je berubah. Sekarang ni, kami suami isteri hidup macam pasangan suami isteri yang lain. Ada ups and downs tu normal, dan kami pun dah jadi ibu dan ayah untuk baby boy gedebombom kami. Alhamdulillah rezeki Allah itu luas. Dia temukan kita dengan orang yang salah supaya kita belajar untuk letak pengharapan pada Dia, dan bukan pada orang. Sebabkan yang lama tu dump aku, aku belajar untuk redha je dengan siapa siapa yang ikhlas terima aku tanpa perlu mengubah diri aku yang sebenar dan akhirnya muncullah lelaki biasa-biasa ini yang berjaya mencuri hati ini kembali. Ewah ayat..

Semoga pembaca yang masih mencari peneman sentiasa cool dan tenang je dalam perjalanan hidup sebelum ditemukan dengan jodoh. In shaa Allah semoga dimudahkan urusan kita semua.

– Rosy Chin Chin

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit