Mahalkan Diri Sebagai Perempuan

Assalamualaikum to all reader in IIUM Confession. Thanks to IIUM Confession sudi share citer saya ni. Saya tulis ni nak citer pasal bab perasaan jugak la tapi bukan jadi kat diri saya tapi jadi kat kawan saya. Bukan nak aibkan dia ke ape tapi ni sebagai sharing la untuk diambil pengajaran oleh semua gegirls ok.

Ok citer die macam ni. Kawan saya ni ada suka kat someone ni lelaki la kan. So dijadikan citer dia ni minta no phone lelaki tu kat kengkawan lain. Oh by the way time ni dia masih belajar lagi kat universiti dan dia dengan lelaki tu kat universiti yang sama. And saya pula kat universiti lain tak sama dengan dieorang tapi kawan saya ni memang selalu citer la semua pasal lelaki tu kat saya. Saya panggil lelaki tu sebagai A je la senang sket nak citer. So kawan saya ni lepas dia dapat je no phone A tu terus je dia mesej A. Memula tu dia citer la dia mesej A macam biasa je konon nak kenal and nak berkawan je and A ni pun layan dia. A balas semua mesej dia and A juga ada masanya akan memulakan conversation dieorang ni. Tapi yang sebenarnya kawan saya ni citer la kat saya yang dia sebenarnya suka kat A ni. Dia kata nak berkawan tu sume just helah dia je supaya dapat mesej dengan A ni setiap hari. Tapi cumanya A ni tak tau pun yang kawan saya ni suka kat dia. So hari berganti hari bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun dieorang ni still mesej setiap hari tapi A ni tak pernah pun cakap yang dia suka kat kawan saya tu. Kawan saya kata A ni caring dan sangat baik dengan dia. Susah nak jumpa lelaki macam dia kawan saya citer. Jadi bila dah caring dan baik macam tu kan of course la kawan saya ni pun makin la jatuh cinta kat A ni. Perasaan suka dia kat A semakin mendalam. Tapi kawan saya ni frust sebab dia asyik tunggu supaya A confess perasaan kat dia tapi sampai ke sudah langsung takde pun A ni confess perasaan kat dia.

Sampai la satu saat dia tak tahan dah dia yang mulakan langkah dulu. Kawan saya ni apa lagi dia confess la perasaan dia direct kat A ni. Yesss direct by mesej. So nak tau apa jawab si A ni ? A menolak. A cakap la dia cuma anggap sebagai kawan je tak lebih daripada tu and A ni cakap lagi semoga kawan saya ni bertemu dengan lelaki lain yang lebih baik daripada dia. Kawan saya ? Apa lagi frust menonggeng la. Sedih weh siap dia nangis-nangis lagi masa dia call saya citer pasal A reject dia. So saya pun tenangkan dia and bagi semangat. Actually sejak dari awal lagi saya dah nasihatkan dia supaya jangan terlalu berharap sebab orang lelaki ni boleh je dia rapat ngan kita tunjuk caring bagai tapi dia takde perasaan apa2 pun kat kita. Seriously and it’s really happened to my bestfriend. Tapi kawan saya ni tak nak dengar. Dia kata dia yakin A ni pun suka kat dia. But at the end dia frust menonggeng.

And saya juga pernah nasihat kat kawan saya ni saya kata kalau betul nak confess perasaan kat A better gunalah orang tengah. Sebab bagi saya seorang perempuan tu perlu mahalkan harga dirinya. Kena ada rasa malu sebagai seorang perempuan. Sebab dalam citer ni kawan saya tu yang start dulu mesej2 A bukan A yang mulakan dulu. Dan orang perempuan ni kena ada rasa malu sebenarnya. Sebab selepas kawan saya ni kena reject oleh si A so si A ni siap citer kat kengkawan dia pasal kawan saya ni confess perasaan kat dia. Lagi A ni siap malukan kawan saya tu depan kawan2 dia cakap yg kawan saya ni nampak sangat terhegeh-hegeh kat dia. Then after that ada sorang kawan A ni mesej sorang classmate kawan saya bagitau la yang kawan saya ni terhegeh-hegeh sangat kat si A. So memang malu habis la kawan saya ni bila dapat tau daripada classmate tu. Nasib baik la classmate dia tu boleh simpan rahsia.

Jadi the main point kat sini saya nak nasihatkan la girls please la jangan tunjuk yang korang terhegeh-hegeh sangat dekat lelaki. Sebab tu saya kata mahalkan harga diri kita. Bukan tak boleh suka kat lelaki. Boleh tak salah ada perasaan kan. Kan perasaan suka tu Allah yang datangkan tapi kena sesuai la dengan sifat malu dalam diri tu sebagai perempuan. Bagi saya apa salahnya minta tolong orang tengah untuk tolong sampaikan perasaan korang tu kat si dia. Sebab bila guna orang tengah ni korang tak perlu nak mesej2 pun lelaki yang korang suka tu. Biar orang tengah je buat kerja dia untuk tolong luahkan perasaan korang tu kat si dia. Jadi tak ada nampak terhegeh-hegeh kat situ. Saidatina Khadijah sendiri guna orang tengah untuk meminang Rasulullah kan. And it’s also practical to all women nowadays.

Lagipun orang perempuan kan dikenali dengan sifat malunya sebagai mahkota dan perisai diri. Jadi tak manis bila kita ni tanpa rasa segan dan malu terus luahkan perasaan direct kat lelaki lepas tu harap sangat lelaki tu terima kita. So lepas tu couple. Actually takde istilah couple dalam Islam kan. Yang ada cuma taaruf atau berkenalan dengan ditemani oleh orang tengah then kemudian barulah bertunang dan kahwin. Kalau betul nak juga mulakan langkah dulu macam saya cakap tadi gunalah orang tengah. Please please please mahalkan harga diri kita sebagai perempuan.

And benda ni saya selalu nasihat kat kawan saya tu tapi dia tak nak dengar nasihat saya. Dia tetap nak juga keep on messaging si A and confess perasaan kat A. Last2 jadi macam saya citer tadi tu la frust sedih nangis and malu sangat. Saya pun tak boleh nak kata apa dah sebab benda dah jadi. Malu tetap malu kan. Saya pun tak perfect sangat tapi saya harap saya tak terjerumus ke dalam situasi macam ni juga. And kalau la satu hari nanti saya pun tersuka kat seseorang lelaki harap saya boleh guna cara yang betul untuk sampaikan iaitu guna orang tengah.

So citer ni sebagai pengajaran dan nasihat la kat semua gegirls. Sekarang saya keep on bagi semangat and motivasi je la kat kawan saya tu. Dan doakan semoga kawan saya terus tabah dan kuat dan semoga dia bertemu dengan lelaki yang lebih baik nanti.

– Kawan Yang Memberi Nasihat

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit