Mak Dulu vs Sekarang

Assalamualaikum. Thank you admin jika sudi siarkan post aku nie. Actually aku dah lama nak tulis tapi masa betul2 jealous kat aku. Haha. Aku terinspired nak buat confession nie lepas baca post “Parenting 101” . Post dah lama ni entah ada yang ingat lagi ke tak.

Basically aku nak bagitau, aku faham sangat apa confessor “Parenting 101” tu rasa. Masa aku remaja memang rasa macam didera, mental dan fizikal. Confessor tu kata dia dipukul sampai umur 12, aku ni sampai umur 17 masih kena pukul, belasah.

Sampai kan satu masa tu aku lari dari rumah, memang drama sangat. Sebab aku dah tak tahan gila- gila. Oh by the way, bukan aku je yang nak lari masa tu, gaduh sebab adik aku sebenarnya and aku defend adik aku la. Lepas defend mak aku tengking dari bawah cakap aku “anak tak guna” and dia suruh aku diam. Aku masuk bilik and pack baju2. Mak aku datang bilik, dia cakap “Kau keluar sekarang dan jangan jejak kaki dah kat rumah ni!” Kunci apa semua dia mintak balik and there I was, jalan sorang2 dari rumah ke jalan besar. Sebelum ni banyak tulis surat nak lari rumah panjang2 karangan aku tau. Haha. Tapi masa lari rumah tu aku tulis besar2 kat kertas A4, “TERIMA KASIH MAK” and put it on her dressing table before I left.

Mak abah aku bercerai masa aku umur 11/12 . So masa aku lari/ kena halau dari rumah tu, aku duduk rumah abah aku. Sampai la aku masuk matric. Masa ambik result SPM pun aku pergi la sekolah. Aku pergi dengan abah, and masa aku sampai2, mak aku dah ada sana. Dia dah tengok result aku dulu. Result aku teruk and mak was so disappointed. Yela macam mana la aku nak score sedangkan hari2 aku kena maki, kena pukul, masa trial SPM lambat bangun pun kepala kena hempuk kat dinding, sampai naik biul dah aku.

Satu je aku ingat pesanan cikgu tusyen aku, sebab dia nampak aku selalu murung and dia tanya kenapa. Aku cakap takda apa tapi dia tak percaya. Aku cakap “I’m smiling whatt” dia cakap, “that smile is a mask that you wear to hide your true feelings” terus berubah muka aku. Last2 aku cerita la sikit2. And dia cakap, “your mom have been through a lot, to raise 3 children alone is not easy. To divorce at a young age, is not easy. So be patient with her, you have no idea what she’s going through right now”

Sangat betul apa yang cikgu aku cakap, dengan anak2, kerja, duit, naik turun court tuntut itu ini, dengan abah aku buat hal (abah ada perempuan lain sebenarnya masa tu :( ) and macam2 lagi. Pernah kami balik rumah, rumah kosong sekosong2nya. Rupa2nya abah ambik balik semua barang2 perkakas rumah. Hanya tinggal katil dengan almari baju kat bilik mak. (Sebab tu mak yang beli) Mak ter duduk kat lantai masa tu and nangis, mak cakap “tengok kak, abah dah ambik semua barang2” luckily rumah tu, sharing half- half. Kalau tak, tak tau la apa jadi. Slow2 mak aku beli satu2 balik barang perabot semua.

So that’s why aku banyak diam, tak melawan bila kena pukul, kena belasah. Kena terajang, tumbuk kat muka. Kena maki, kena curse, dikatakan “anak derhaka” “Aku tak halal satu sen pun duit aku kat kau” “anak tak kenang budi” semua tu aku diam. Air mata je berlinangan.

Result SPM aku kan teruk. Time tu aku pun berusaha nak buat appeal letter bagai, and know what, tengok2 mak aku dah buat and dia suruh abah bawak aku pergi submit by hand. So abah pun bawak la aku pergi KL untuk submit surat tu. Submit sekali dengan interview dengan HOD tak silap aku. Tak ingat dah, it was 11 years ago.

So dengan berkat doa mak aku I believe, aku dapat masuk 2nd intake kat matriculation tu. Alhamdulillah. Masa tu punya happy, check result kat CC, aku sampai peluk screen tu kot. Budak2 dok main game suma tengok akak ni buang tebiat apa petang2 peluk monitor. Haha. Masa tu aku happy sangat, balik rumah jumpa mak aku for the first time dari lepas lari dari rumah. And she was happy too. Aku happy sangat mostly sebab finally, I’m away from the house, from her. I’m done being “tortured” I said to myself. Mak aku tak hantar aku pun which aku tak berapa kisah sangat, so abah yang hantar masa tu. But, sejak aku masuk matric tu la semuanya berubah. I mean, relationship aku dengan mak.

Mak datang visit aku 1 week after register, and sejak tu dia sebulan sekali dia akan datang melawat aku. And she came ALONE. Naik bus/ sometimes drive alone to see me. Masa first time dia visit aku, right before dia balik. She held my head and kissed my forehead. Air mata aku bergenang saat tu jugak. Aku dah ingat bila last mak peluk cium aku, mungkin last masa aku umur 7-8 tahun. So bila tiba2 mak buat macam tu, aku jadi terkedu. I never expected that she would do that.

Tapi aku masih ada rasa takut,fobia. Setiap kali cuti sem aku tak balik pun. Aku pergi balik kampung roommate2 aku haha. Aku finally balik rumah tu pun sebab Raya Puasa. Yela takkan aku nak balik rumah kawan pulak kan masa raya. Tu pun masa aku balik, aku pergi kerja part time kat mall. Hari Raya pun aku kerja hahha. Kalau boleh aku nak spend less time kat rumah. Sebab aku betul2 fobia walaupun mak aku dah tunjuk perubahan yang positive terhadap aku.

As years gone by, and aku pun dah graduate, dah kerja, dah kahwin and dah ada anak, its hard to believe that my mum now is my best friend. Masa aku nak kahwin dia la yang tolong almost everything, dia la yang beli kan ticket honey moon, hadiah bedroom set, peti ais, washing machine. Segala perkakas rumah aku tak beli walau sebijik pun. Semua mak hadiah kan. Ya, mak yang dulu pernah belasah aku, pukul aku sampai separuh nyawa tinggal, maki hamun aku, yang pernah cakap dia tak halalkan duit yg dia spend kat aku.

Masa aku nak bersalin pantang, mak ambik cuti sebulan untuk uruskan aku, anak aku. Walaupun mak tak berapa cekap (sebab dah lama tak ada anak, and this is her first experience nak ada cucu) She’s been there for me for countless times. Sekarang ni apa2 semua aku mintak mak aku doakan, sebab mak aku ni hari2 dia bangun Tahajjud. And nak tau tak, everything yang aku mintak mak aku doakan, aku mesti dapat. Cuma cepat atau lambat sahaja. Doa mak memang sangat powerful. Apa2 semua aku mintak pendapat mak aku sedangkan dulu masa my teenage years, nak bercakap apa pun dengan mak aku memang jangan harapla.

Memandangkan anak2 dia pun dah habis belajar, adik aku yang last tu pun dah masuk college, mak nampak happy sangat and more relaxed. Rumah pun dah habis bayar, kereta pun dah habis sebenarnya tapi dia beli kereta baru, so ada few more years. Dia pun dah nak pencen soon so I really hope she can come and stay with me one day. She’s the best mum, the strongest person I’ve ever met, the toughest person I’ve known, and I love her so much and so thankful for everything. What I am today, it’s all because of her.

Thank you mak.

– Maryam

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit