Kita semua tau sebagai anak, kau kena jaga hati ibu bapa kau. Sebab tu syurga kau. Tak cium bau syurga kalau parents kau tak redha dengan kau.
Tapi aku kat sini nak remind parents kat luar sana bahawasanya anak2 tu pun ada hati, ada air muka untuk dijaga.
Dari kecik, apa aku buat semua tak kena dekat mata parents aku. Aku pun tak pasti sama ada tu cara dorang tunjuk kasih sayang kat aku ke cemana. Aku yakin dorang sayang aku, cuma bila aku makin besar, aku tak rasa cara dorang tu betul kalau tu cara dorang nak tunjuk sayang pada aku.
Ayah aku, kalau aku tertumpah kan air pun dia marah aku. Like seriously ayah? Macam aku sengaja nak tumpahkan air tu. Tapi kalau dia tumpahkan air, dia lap pun tidak. Kalau aku ada, aku jugak lah kena lap.
Mama aku pulak seorang yang agak kuat membebel. Aku pahan tu norma seorang perempuan, seorang ibu. Tapi tahap bebelan dia tu kadang2 melampau. Aku tengah buat kerja dapur pun dia membebel suruh buat something. Okay aku pegi buat. Aku tengah buat benda tu, dia bebel pulak kenapa kerja first aku tu tak siapkan? Kau paham tak apa aku rasa? Kalau aku continue kerja first tadi, dia akan bebel dan marah pulak aku tak buat apa yang dia suruh. Aku selalu cuba nak ikhlaskan hati buat kerja rumah tu, tapi bila kau buat kerja pun asyik kena marah kena bebel itu ini tak kena, lama2 kau sakit hati jugak. Walaupun kau tau itu mak bapak kau.
Kadang2 aku tengah makan pun ada je dia nak bebelkan. Sampai aku akan hilang selera, hilang mood nak makan. Pasal makanan berminyak lah, masak banyak itu banyak ini. Padahal sebelum masak, aku tanya dia nak makan apa. Dia akan jawab, “sukati lah. Masak je apa2”. Tapi bila dah masak, ada je yang tak kena.
Aku tau akan ada yang cakap, “ni lah anak tak tau bersyukur. Ada mak bapak pun komplen. Orang lain takda mak bapak semua rindu nak dengar dorang berleter”. Aku syukur aku masih ada mak bapak. Syurga aku masih ada dekat dengan aku. In shaa Allah aku masih dapat doa dan redha orang tua aku.
Tapi sebab tu aku luahkan kat sini. Untuk jaga hati dorang. Aku usaha taknak sampai terderhaka. Dengan cara diam. Simpan dalam hati. Sampai kadang2 punya aku tahan tu, sampai rasa sesak dada ni. Aku cuba tak menjawab apa2. Sebab aku takut jawapan aku terkasar. Takut tertinggi suara. Dorang mungkin kecik hati. Tapi dalam masa yang sama, aku harap takda anak2 yang akan tertekan macam aku. Sampai aku fikir nak lari dari rumah. Aku nak duduk jauh supaya aku tak tertekan dengar bebelan dorang atas benda yang aku pun tak pasti mana salahnya. Kadang2 siap fefeeling macam drama, “aku ni anak angkat ke? Aku ni bukan lahir atas kehendak dorang ke?” Sebab adik-beradik aku yang lain takda pun kena hadapi macam apa yang aku kena.
So untuk parents kat luar sana. Cuba untuk tak banyak membebel pada anak2 ye. Bukan tak boleh tegur, tak boleh nasihat, tak boleh berleter. Seminggu sekali pun okay lah. Tapi tolong jangan setiap masa. Kalau rasa nak mula membebel tu, tolong tolong dan tolong lah berhenti kejap dan fikirkan kalau kau ada kat tempat anak2. Suka ke kau kena bebel, kena marah depan adik-beradik kau yang lain? Jangan sesekali buat macam tu walaupun anak kau masih kecik. Apetah lagi kalau dah besar panjang. Cakap sikit2 dah lah.
Lega sikit weh dada ni meskipun setakat luah kat sini. Aku takut sangat kalau aku sampai tak dapat control rasa hati ni. Aku takut sangat kalau mak ayah aku kecik hati dengan aku, tak redhakan aku. Jadi ni je caranya nak biar rasa yang aku pendam ni kurang. Thanks iium.
– Anak yang terluka
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit