Budaya Free dan Sponsor

Salam admin. Thanks kalau approve konfesi aku! Aku nak konfes pasal benda yang makin menjadi-jadi dalam kalangan orang yang sukakan benda free dan sponsor. Aku tekankan di sini khas untuk ORANG BERDUIT tapi masih menadah tangan inginkan benda yang percuma sahaja atau mahukan DISKAUN kaw-kaw punya!

Budaya free dan sponsor banyak terjadi dalam kalangan businessman, orang popular (ada yang perasan popular) dan orang yang ingin mengambil kesempatan. Benda ni paling banyak sekali berkait dengan perniagaan servis : melukis, menulis (copywriting / etc), fotografi dan graphic design. Mereka anggap benda ni boleh dibuat menggunakan air liur sahaja tanpa mengetahui disebalik benda terhasil banyak titik peluh, masa dan wang ringgit yang dah terbuang. Tenaga, masa dan idea tu benda yang sangat berharga! Nak mengharapkan mereka sendiri kerahkan otak untuk berfikir idea mungkin hingga kiamat mereka masih hasilkan idea yang sia-sia, kosong dan tak berharga!

UNTUK PENIAGA / BUSINESSMAN. Ada peniaga yang sudah memiliki follower berbelas atau berpuluh ribu, mereka cuba mengambil kesempatan dengan peniaga yang menawarkan servis lain melalui kata-kata, “Ingin berkolaborasi dan akan mention servis perniagaan mereka setiap kali post di media sosial”. Kebiasaannya peniaga yang inginkan sesi photoshoot percuma untuk tingkatkan sales, hasil design banner majlis atau mereka inginkan apa-apa sponsor untuk meraikan majlis mereka! Ada juga yang meminta diskaun dengan menjanjikan konsep saling mempromosi antara satu sama lain tapi pengakhirannya? Mereka sekadar mempergunakan peniaga lain. Bagi aku PENIAGA BERSIKAP sebegini, mohon jauhkan diri. Sah-sah mereka bukan peniaga yang berjaya. Peniaga yang BERJAYA DAN KAYA, peniaga yang tidak kisah berapa wang yang perlu dilabur untuk dapatkan hasil / sale terbaik. Sebagai peniaga, mohon tonjolkan diri, saling hormat / tolong peniaga lain, bayar mereka dan bukan merintih mahu diskaun atau percuma. KECUALI peniaga lain yang menawarkan diri untuk menaja korang. #mohonsentapdanmalu

UNTUK RETIS ATAU ORANG POPULAR. Budaya sponsor dah TERBIASA dalam kalangan mereka. Hinggakan mereka tak segan silu mencari sponsor (BENDA FREE) dan minta diskaun. Come on beb, tak lama lagi masuk tahun 2018! Budaya ni patut menjadi budaya yang MEMALUKAN. Asyik tunjuk hidup mewah tapi harapkan benda free atau mintak diskaun 80% tu tak patut dibanggakan langsung.

UNTUK ORANG YANG MENGAMBIL KESEMPATAN. Yang ni biasanya orang terdekat : kawan, keluarga, kenalan. Aku nak nasihatkan sikit je, walaupun mintak sponsor atau benda free korang anggap benda tu biasa-biasa je, tapi..korang ingat benda tu HALAL ke? Kalau orang tu tak halalkan macam mana? Ingat ye, benda biasa-biasa pun waktu akhirat nanti merangkak jugak dengan dosa tu. Contoh orang yang ambil kesempatan : kawan mintak design baju, etc lepas tu mintak nak tambah design itu ini akhirnya tak guna pun design tu! Atau member mintak buat mural painting tapi nak free taknak bayar, dia anggap benda tu lukis “je”? Orang macam ni suka ambil kesempatan terhadap orang lain. Kalau member pun, hulurkan duit dan bukan tak segan silu contact, “Tolong buatkan aku…”. Ada jenis member tak rapat tapi bila nak mintak tolong baru mengaku kawan!

Aku salah seorang yang berpengalaman menjadi mangsa beri SPONSOR DAN KOLABORASI. Aku tak kisah benda yang dah terjadi, aku anggap benda ni sebagai pengajaran buat diri aku dan juga korang. Kita yang kurang berduit boleh pulak sponsor ORANG BERDUIT, aku rasa benda tu sangatlah TAK PATUT dan MEMALUKAN. Aku cuma nak buka mata orang sekeliling, buka minda tu sikit..jangan mudah sangat bagi sponsor. Kalau nak kolaborasi atau sponsor sekalipun korang kena sediakan PERJANJIAN terlebih dahulu. Biar sama-sama dapat kelebihan dan bukan kau sekadar buang duit bagi benda free. Kalau nak bagi pun aku rasanyta lebih baik bagi pada orang yang lebih memerlukan. Apa guna bagi benda free pada orang YANG DAH KAYA kan?

Oh lagi satu, ini sekadar nota kaki.
Kesian geng-geng yang bekerja dalam dunia seni terutamanya pelukis, pereka dan fotografer. Ramai anggap benda tu remeh.
Ye la, lukis atau reka grafik je kan? Padahal banyak masa terbuang, habis tenaga berfikir dan idea tu mahal weh.. bukan macam sesetengah orang tak kreatif langsung tapi harap nak free.
Fotografer tu tangkap gambar je? Kamera, lens & lighting tu beli la..modal nak pusing balik. Bukan setakat beli, kena jaga lagi.. Lepas tu kena belajar pasal tangkap gambar. Mengedit pulak bukan macam guna apps, ni anggap edit tu senang..aku pernah suruh orang guna photoshop / lightroom, hasil dia aku mampu gelak je. Orang lebih professional ada editing dan cara tangkap gambar tersendiri sebab tu servis mahal.

Sebelum terlupa, lagi satu..
Apa-apa hasil karya yang korang curi tu..jangan lupa kredit si pembuat dan JANGAN CROP watermark pada gambar. Jangan fikir nak benda free, paling kurang pun bagi la kredit pada gambar!

– Manusia biasa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit