Assalamualaikum..
Tq sgt admin sbb sudi siarkan cerita aku ni..
Realiti Hidup Di Kampus Islamik?
Sudah pasti terbayang suasana yang mendamaikan, ikhtilat terjaga, majlis ilmu sentiasa ada, adab sopan – santun. Nak cerita semua benda-benda baik je yg ada kan? Benda jahat jarang2 jd, tapi jadi jugak. Aku asalnya bukanlah dari sekolah agama, sk, smk , lepastu ambik tingkatan 6. Dulu kan, memang budak smk ni pandang serong pada budak agama, entahlah lain org lain pemikiran kot. Tapi, aku tak macam diorang.Pi lantak la deme.. Dulu tudung aku asal tangkap muat je weh, asal lepas masuk pagar sekolah, xkena tahan dengan ustazah. Settle. Pada mata aku, aku respect budak sekolah agama, sejuk je kot tengok diorg, pakaian diorg. Jalan pun tunduk je. Banyak belajar ilmu agama, tak mcm bdk smk yg belajar basic je. Al-quran pun entah berapa helai sehari baca, solat kucar -kacir hasilnya hidup tak tenang. Huhuhuhu.. Bagi aku, diorang jahat ke couple ke ape, itu dosa masing2. Mungkin diorang pun tersilap, siapalah kita ni nk judge org. So, aku just pandang yg baik2 je, sebab rasa kerdil je kot dgn diorg. Time tu bdk form 6 sekolah agama datang sekolah aku, ada seminar. Memang semua budak baik2 la dtg, kawan2 ada yg senyum dan ada yg sinis. Hahaha.
Time tu jugak, aku mcm terdetik… Aku berdoa dalam hati. Ya Allah , hantarkan aku ke tempat yg boleh mengubahku menjadi lebih baik dari sekarang. Sape taknak jd lebih baik solat kau terjaga, aurat kau terjaga, mak ayah rasa selamat nk htr kau pergi belajar. Tambah lagi kau perempuan akak oi..Lepas form 6, upu gagal. Tak dapat. Sedih gila. Time tu aku rasa aku la manusia paling bengap dan malang sekali. Mmg kecewa tahap dewa time tu. Hahaha. Time tu aku buntu. Ak minat satu bidang ni jerrr iaitu bidang sumber manusia, aku tekad! Kalau aku dapat kos ni aku takkan tolak. Tak kesah ler tempat tu kt mne..Takkan tolak. Noktah!. Hahhahaha. Nak tahu tak ak dapat masuk mne? Jeng jeng jeng….. Aku dapat masuk kolej Islam dlm course Pengurusan Sumber Insan. Entah mcm mana, tak terdetik di hati ni nak tolak tawaran tu. Aku dah mula overthinking, kena pakai tudung ustazah yg bulat tu, berstokin, mulut kena jaga, semua benda lah kena jaga. Hahaha. Dengan muka redho dan pasrahnya mak ayah aku hantar aku ke sana. Hakikatnya, Aku bukan hipokrit. Aku bukan berlagak alim. Tapi, aku dah lama nak pakai macam ni. Maksudnya, pakai tudung labuh bidang 60. Kekuatan tu mcm luar biasa bg aku. Aku tak dapat pakai sebab aku takde peluang dan tiada yg menyokong. Labuh sikit org label kau hipokrit , berlakon, bajet ustazah dan bla bla bla . Ujian…Kalau tak kuat, serius down la. Dah dekat kolej tu, ape lagi… Aku cuba ambik peluang yg ada. Universiti ke kolej aku tak kisah sgt, asalkan aku selamat kat situ dan dapat didik aku jadi lebih baik.
Dekat rumah aku tak pernah pergi surau dengar kuliah ke apa, kadang-kadang ikut abang aku pergi terawih. Dapat dgr tazkirah sikit2 pun jadilah. Buat bekal. Bezanya, bila kat kolej rasa nak je g tazkirah. Sebab masjid dekat pun dekat. Tudung bulat yg ak xpernah pakai selama ni, dapat jugak aku pakai. Series, rasa selamat walaupun still jahil lagi. Cuma Allah tutup aib aku. Aku sanggup beli tudung bidang 60, bukan nak lagak alim ke apa. Itulah kan, mulut manusia. Apa boleh buat. Sabo jerlah.. Jgn cepat putus asa, Allah ada…
Start aku belajar kat situ, aku mula bergaul dengan budak2 dari sekolah agama. Kos tahfiz, dakwah, Al quran sunnah dan mcm2 lagi. Diorg baik kot. Bila solat ajak berjemaah, bila kita khilaf sikit dia tolong terangkan, ajak puasa sunat. Lagu nasyid je diorg pasang, pergi kelas pun positif. Rasa disayangi betul.. Hahaha Tapi kau kena la pandai bawak diri kat tempat org. Jgn ego. Tak tahu tanya.. Jenis aku suka tanya, kalau nampak buku roomate aku yg budak kos agama, aku tanya buku ni pasal apa. Nanti dia terangkan la. Nak cerita , ada je manusia baik, hati kita ni je tak berapa nak baik. Asyik prasangka..Busuk hati
Masuk tahun kedua aku ditawarkan jadi setiausaha untuk student degree. Why not kan aku cuba, hahaha. Start dari situ aku bergaul dengan org lain. Presiden aku pulak budak agama, memang tiap kali sbelum start meeting dia bg tazkirah dulu. Muka pun ok lah. Not bad, ala2 ustaz gitu. haha… Tapi, aku taklah tengok dia sangat. Dia pun mcm jaga pandangan. Haha. So, kita respectlah cara dia kan? Simple.. Budak kos agama first aku kenal dia lah, hampir 80% dia ajar aku pasal kerja setiausaha. Aku ni byk tanya. Risau je kalau kena tengking ke apa. Aku dh ckp kt dia awal2 yg aku zero bab setiausaha, so die janji die akan ajar aku. Kalau jumpa aku, dia sanggup menggelak. Aku baru nk tego, beli makanan ke?.. Hahaha. Bukanlah perasan, tp sebab aku dh kenal dia. Bagi aku tak salah. Mungkin dia xbiasa dgn perempuan kot. Paham jela. Dulu mse sekolah mnengah ingatkn tak wujud lagi org cmni. Rupanya ada lagi weh. Memang ak tabik spring… Tp tulah, kenal tahap tu jer. Lepas tu masuk tahun kedua dia nk ak jd setiausaha lagi, aku cakap taknak. Hahaha. Dia sentap. Tapi, aku jd setiausaha jugak sebab aku rasa aku still xde pgalaman yg ckup dlm berpersatuan. Tapi, presiden je bertukar. Dr situ aku kenal apa kelemahan, kelebihan dan kekuatan aku. Kadang2 dia bg motivasi kat aku, tak phm ssuatu psl agama , aku tanya kt dia. Tapi, had tu jer la. Tak berangkai pun.. Last2, dia pun nak yg mcam dia jugak. Itu jer. Humble punya statement. Dushhh!.. Haha. Bagi aku la, ada yg tak setuju. Ada aku kesah. Haha. Aku just mampu doakan dia berjaya ….. Itu jer yg aku mampu. #kenangan
Tahun ni tahun akhir aku, rasa bersyukur dpt masuk kolej tu. Tak kata tak dpt blaja tmpt islamik, kau bukan budak baik kau buda sosial.. Baik tu kita yg wujudkan. Kalau kau mmg budak yg baik, campak mana2 pun kau selamat. Jadi, kena pandai jaga diri, pilih kawan yg baik, kalau dpt kawan yg xbaik. Kau cuba la bimbing dia. In shaa Allah dia boleh berubah dgn izin Allah.. Kau jgn tggalkn dia plak. Support dan be a good listener to them. Mungkin time kita terdesak nanti, diorg yg tolong kita… Thats all, tq sudi baca. Moga bermanfaat…..hehehe
Malaysia
Love and Peace
– ~Kata Hati~
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit