Assalamualaikum.. Saya seorang gadis yang menghampiri usia 30 tahun. Seorang yang simple dan suka kesederhanaan. Sepanjang hidup saya, saya tidak pernah bercinta. Berkawan dengan lelaki pun rasanya tak smpai 3 org (boleh dianggap kawan ke) sebab saya pemalu. Apatah lagi untuk berbual dgn golongan ini. Umur yang meningkat menjadikan orang sekeliling bertanya tentang jodoh.
Sebenarnya saya masih belajar. Disebabkan komitmen saya terhadap pelajaran, saya tidak memikirkan sangat akan hal ini. Tetapi bila orang sekeliling saya bertanya itu ini saya jadi risau. Jujur saya katakan saya takut to build relationship with a man. Sampaikan saya tak berkawan dengan golongan ini kerana saya risau ada melibatkan perasaan hati (yang mungkin saya tidak dapat terima). Saya ok untuk berkawan tapi bila saya memikirkan kebarangkalian untuk menyukai dalam hubungan saya jadi takut. Jadi saya putuskan jangan mendekati atau berkawan dengan golongan ini.
Ditambah lagi pelbagai cerita yang sampai ke telinga saya tentang masalah selepas berumah tangga. Suami berubah hati. Suami panas baran, kaki pukul. Saya fikir kenapa boleh jadi macam tu. Bukankah mereka pernah menyukai satu sama lain sebelum termeterainya lafaz akad? Adakah semudah itu boleh terjadi. Apakah si isteri masih belum kenal suaminya dahulu sebelum berumah tangga? Semuanya berlegar di kepala saya. Saya takut. Saya memang tidak gemar melihat drama-drama melayu romantik berkisarkan perkahwinan. Kerana saya fikir itu hanyalah fantasi. Tetapi saya tak menafikan ada dalam kalangan teman-teman saya yang bahagia hidupnya selepas berumahtangga. Bukan semua yang mengalami masalah. Cuma saya takut saya tidak bernasib baik seperti kawan-kawan tersebut.
Ada sebahagian mengatakan sebab saya terlalu cerewet. Allah.. Tidak sama sekali. Syarat utama saya cukup lelaki itu boleh terima saya seadanya dan boleh terima keluarga saya. Yes, my family. Kerana family adalah the most important person dalam hidup saya. Bila ada kawan-kawan yang nak bagi nombor saya untuk berkenalan, banyak benda yang terlintas. Macamana nak tahu dia tu betul-betul jujur? Macamana kalau dia pura-pura baik? Macamana kalau nanti dia tak boleh terima kehidupan my family? Sebelum apa-apa saya dah fikir macam-macam. At last memang saya tak jadi untuk terima matchmaking daripada kawan saya. Saya tahu saya ibaratnya mahukan kesempurnaan dalam sebuah relationship. Walhal kesempurnaan itu tidak mungkin tercapai. Orang lain tak akan faham perasaan saya. Saya tergolong dalam orang yang ada perasaan macam ni.
Oleh itu saya anggap saja buat sementara ini saatnya belum tiba. Masa untuk saya Allah belum hadirkan lagi disebabkan itu saya masih punya rasa macam ini. Allah masih belum buka hati saya lagi. Saya cuba positifkan diri. Tatkala melihat gambar-gambar teman-teman bersama suami dan anak masing-masing saya sering mengalirkan air mata. Bukan kerana saya cemburu atau sedih sebab saya masih single. Tapi air mata gembira buat teman yang berjaya membina keluarga dalam rahmatNya. Ya, saya gembira.
Saya tahu ada ramai orang yang seperti saya. Takut itut sentiasa ada. Tetapi saya harap ini hanyalah perasaan sementara sahaja. Saya ingin bekeluarga, punya anak, keluarga yang diredhaiNya, mengikut sunnah baginda s.a.w. Buat kawan-kawan yang dah jumpa pasangan, jagalah pasangan anda masing-masing. Itu amanah dan anugerah yang terindah dalam hidup anda. Doakan saya semoga berjumpa dengan orang yang boleh terima saya seadanya dan membawa saya kepada rahmatNya. Jika ada nasihat untuk saya atasi rasa ini, amatlah saya alu-alukan dan dahulukan ucapan terima kasih.
-philophobia
– Nor
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit