Travel Bajet Rendah

2Jam lepas, admin post Bila nk cerita pasal travel. Kebetulan aku baru siap beli tiket ke Hong Kong untk tahun depan. Aku nak share sikit pengalaman travel dan melihat tempat orang.
Ok, aku kenalkan diri aku secara ringkas. Masih bujang, awal 30-an, bekerja dan belajar separuh masa.
Bekerja di syarikat GLC dah 9tahun.
Aku mula travel dari 2009. Masa ni status kontrak lagi. Dengan gaji permulaan RM1200. Buat OT sehabis mampu. Masa di ofis lebih banyak dari di rumah sewa. Mula-mula travel ke Sarawak dulu. Itu je destinasi yang mampu. Terus sediakan Diari Travel. Dalam buku tu tercatat semua kos, tarikh perjalanan, itineri dan partner travel. Sekecil-kecik kos pun aku masukkan. Tambang bas dari KL Sentral – KLIA2 pun masukkan.
Bermulalah membahagikan antara komitmen bulanan dengan simpanan untuk travel. Duit OT sepenuhnya masuk ke dalam bank simpanan yang memang khas untuk travel. Masa ni AA buat promo return RM95. Itineri masih berterabur. Di Sarawak, paling best masuk Sarawak Culture Village. Jarak waktu yang agak beza tu, agak terkejut sikit la. Sebab bangun Subuh kena awal dari biasa.
Tahun 2010 pergi Langkawi. Tiket return RM25. haha. sangat murah kan?
April 2012 baru lah berani nak pergi jauh sikit. USS Singapore. Permulaan ni pergi by group ofis. Tak berani lagi nak backpack. Hangus dalam RM 600. All in. Bermalam di JB.
Bermula la belajar tips2 cari tiket promo untuk destinasi yang jauh sikit. Pertama kali jejak kaki luar Malaysia. Oktober 2012 ke Bandung dan Jakarta . dapat return RM 125. Beli tiket 6 bulan sebelum.haha lama sangat kan. Dah tu je yang murah. Pakej 6H5M all in RM 450 seorang. Duit memang banyak habis pada shopping.
April 2013 ke Hatyai. Terus ke Krabi. Return tiket RM157. Pergi backpack 4orang perempuan.
Time ni memang tak cari hotel siap2 dari Malaysia. Sampai di Hatyai baru cari. Agak mencabar jugak cari hotel dengan rate yang kami mampu. Alhamdulillah, hotel ke 4 baru kami jumpa. Hatyai best!! Makanan best. Krabi tenang, tapi kena tahan iman . hihihi.
Julai 2013 ke Sabah pulak. Unplanned sebenarnya. Beli tiket 2minggu sebelum fly. Final call AA return RM185. Sabah memang banyak tempat menarik. 6H5M tak cukup nak cover semua tempat. dari satu tempat ke satu tempat agak jauh. Sempat ke Labuan dengan feri dari Jeti Menumbok.
Ingat kan nk stop travel sebab nak kumpul duit. tapi hati tak kuat.
Setiap kali promo AA, mesti gigih depan PC untuk dapatkan tiket termurah. Dapat lah ke Vietnam Mac 2014. Untuk kaki shopping, memang sesuai ke Vietnam. Peminat cotton boleh dapatkan kain cotton macam2 jenis dengan harga murah. Makanan pun senang cari. Lebih kurang dengan Malaysia.
Febuari 2015 ke Miri dengan AA. Balik KL saja rasa naik MAS. agak mahal harga tiket sehala dr Miri. RM300++. sejujurnya, di Miri tak banyak tempat menarik. Ke aku yang tak explore? hehe..tp makanan kat pasar Saberkas best2 belaka.
April 2015 ke Bukit Tinggi pulak. Return tiket RM202. Pakej All in 5H4M RM550 seorang. Adat Minang, Istana Pagaruyung,Jam Gadang antara tempat menarik kat sana. Mujur supir kami ramah. setiap tempat diterangkan sejarahnya.
Nafsu nak travel ni susah nak dibuang. Lagi2 bila korang join group backpackers di FB. meracun jiwa. Makanya, terbeli la tiket ke Korea . 27April – 6Mei 2016. Tiket return multicity. KL-Busan-Seoul- KL RM565. Total hangus hampir 2.5k. Di Korea, paling banyak pengalaman best. Ketepatan masa tren, bab kebersihan, disiplin memang padu. Tong sampah sangat susah nak jumpa kat sane. tapi sampah pun susah nak nampak. yang paling kagum, seat dalam tren yang khas untuk warga emas, ibu mengandung memang takkan diorang duduk walaupun kosong. Kami pulak yang termalu. Aku ditegur sorang uncle ni. hahahha. kat Malaysia, aku duduk je. Orang perempuan korea makeup tebal tau!. hahaha. setiap masa mereka makeup.
Oktober 2016 lagi sekali ke Bandung. Teman kawan yang teringin nak pergi tap takde geng. Return RM157. Pakej all in RM350. Lepas tu, November pulak ke Surabaya. Return tiket RM195. Surabaya aku ambil pakej termasuk ke Bromo. Untuk korang yang nak travel, dinasihatkan ambik la insurans. walau nak jimat macam mane pun, ambik la. sangat2 penting. Masa ke Surabaya, aku tak ambik insurans, konon2nya nak jimat. lagi pun dekat je. konfiden takde apa yang jadi. Malangnya, ada 1 peristiwa masa dalam perjalanan naik ke Bromo, brek jeep kami rosak. Masa tu memang ingat mati je. haha sapa suruh tak ambik insurans kan.
Sejak kejadian tu, aku beringat. mesti ambik insurans.
19-28Feb 2017 ke Jepun. Return tiket Kl-Tokyo-Osaka-KL RM897. total habis RM2200 all in. Makanan halal kat Jepun agak mahal. Aku bawak stok dari Malaysia. 3kali juga aku makan luar. Bawak stok makanan sangat menjimatkan. Jepun memang banyak tempat menarik. Pengalaman main salji, suhu cecah -2 di Takayama. G-shock & baby G harga sgt berbaloi. jangan sombong dengan pelancong2 dari Malaysia. memudahkan korang untk berkomunikasi. Setiap tempat boleh akses dengan tren/ bas. jangan risau. maklumat senang dapat di kaunter2 dekat semua stesen. Rakyat Jepun mudah tolong pelancong, walaupun diorang kurang faham berbahasa Inggeris. aku banyak guna bahasa isyarat, hahah mcm ayam dengan itik bercakap. Hormat cara orang sana. Terutama penggunaan tandas. Tandas kering & bersih sokmo.
Penutup 2017, aku ke Lombok bulan 4 haritu. Return RM153. Pakej 4H3M RM390 sorang. utk kaki shopping, Lombok tak sesuai ye. haha aku balik tanpa beli souvenir selain kerepek2. entah la, tak jumpa yang menarik. Jangan terpikat dengan pacar Lombok ye gadis2. tak balik Malaysia nanti. ke tu hanya mitos?
April 2018 aku akan ke Kashmir, India. Bulan Jun 2018 aku ke Hong Kong. Baru je setel beli tiket. Return dengan MAS rm454.38 sorang. Mudah2an takde halangan aku sampai ke sana. mana tau tiba2 ada orang ajak kawen. tiket dah beli ni. Hahaha..
Untuk anda yang suka travel, tak perlu bajet yang besar,ikut kemampuan. kalau mampu bermewah, Alhamdulillah. Rajin2 tunggu promo. Kena teliti buat research setiap tempat. Insurans jangan lupa tau.
Diari tu penting. bila2 ada masa lapang, aku suka baca balik diari & tengok gambar2. rancang bajet supaya tak tersasar. Mostly, aku terbang dengan harga tiket dalam bajet aku dan backpack.

– Gadis Travel Bajet Ciput

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit