Assalamualaikum gais? Apa khabar iman hari ni?
Hihi terima kasih admin kalau sudi publish perkongsian saya this time sebaaaaabbbb emm okey takde sebab special pun. Tapi saja je. Okey tak lawak. Sebab kali ni topik saya mungkin lain sikit kot. HOTSTUFF PENCEN.
Dah kenape tajuk macam tu? Pebende tuuuu?
Hahahaha. Entah la, saya pun tak tahu tapi terpanggil la nak share pengalaman diri sendiri.
HOTSTUFF? uwww. Tapi dah pencen la. Haa camtu la definisi ringkas untuk tajuk yang saya pilih ni.
Hotstuff pencen tu saya la bahahaha.
Eii perasannya dia ni? Hahahaha hampa kata la nak kata apa pun, yang pastinya benda tu dah lepas. Dah tersimpan kemas dalam memori saya sampai la ke hari ni bila saya decide untuk kongsi. Ceyh!
Saya kalau boleh nak jadikan setiap apa yang saya tulis ni sebagai satu bentuk kebaikan, so kalau boleh, even tak banyak pun, yang mana elok tu korang ambik la jadikan pengajaran tau tau, kalau tak baik tu korang jadikan la sempadan haa gitu.
Kisah saya sebagai hotstuff bermula setelah saya dah pandai berjinak-jinak dengan social media sejak 5 tahun lepas. Saya bermula dengan Facebook. Facebook time tu tengah top la. Boleh kata siapa takde Facebook ni kira dia agak terkebelakang sikit la. Saya la antara yang terkebelakang tu. Saya ni jenis tak layan sangat social media at the first place tapi biasa la bila terpengaruh dengan teknologi dan persekitaran, saya pun terjebak sama. Bila dah terjebak tu, ehhh melebih-lebih pulak saya? Makin hari makin syok. Makin lagha dok ngadap fon ke kerja. Saya dah tak peduli sangat waktu solat. Waktu maghrib saya masih dengan fon di tangan untuk ucap salam maghrib. Kononnya. Acah-acah islamik tapi solat tunggang-langgang. Hujung-hujung nak habis waktu baru kelam-kabut. Bangun je dari tidur, saya terus capai fon dan buka FB dulu pastu baru saya pergi solat subuh hmmmm.
Tapi saya macam tak rasa bersalah langsung. Saya tetap dengan perangai saya sebab saya dah makin seronok. Mula-mula add friend je, kawan dekat-dekat, kawan rapat-rapat, kawan-kawan kelas.
Pastu dia dah start nak cuba-cuba update status pulak. Mula-mula rasa macam hambarnya. 1 je like? Tu pun kawan baik kita yang memang support member betul la gaya dia. Thanks korang! Hahahaha. Tapi tak kisah pun. Kita share je orang taknak baca, itu hak masing-masing kan. Takpe la. Mungkin sebab kawan belum ramai kot. Tapi tak putus asa. Update lagi. Macam-macam cara la buat nak naikkan engagement ni. Pastu dah pandai dah dia upload gambar. Haaaa upload gambar ni boleh buat engagement naik gais. Hahahaha. Okey sebelum tu nak cakap yang saya ni takde la secantik bidadari tu cuma alaa macam perempuan lain la manis dia tu ada laaa lagipun beauty lies on the eyes of beholder kan. Apa kaitannye? Buat-buat faham je la k? hahaha.
Yang lagi best kan bila kawan-kawan saya yang dah memang hotsuff upload gambar ada kita pastu dia tag kita sekali, Perghhhh since pada tu kan ramai kot send friend request. Beribu-ribu serious sumpah tak tipu. Kita yang tengah excited and culture shock ni main approve je la. Takde nak tengok background orang tu dah. Main approve je. Bhaiya bangla ke, abam tokseh Pakistan ke, cowok Indon ke, kita approve semua sampai habis kuota friends gais! Pastu followers makin meningkat. Tapi kebanyakannya memang lelaki la yang add. Biasa la perempuan punya account kan, lelaki suka la add. Hahahaha jangan marah guys. Haaa masa ni bermulanya bibit-bibit perasaan timbul rasa syok jadi hotstuff ni.
Sebab lepas daripada tu, aktiviti saya di media social lebih aktif. Apa saya buat mesti dapat perhatian. Seronok kot! Saya pun apa lagi. Mula la mengada-ngada. Menggedik-gedik.
“Laparnya rasa perut ni >.<”
Tak sampai 20 minit pun, beratus-ratus likes dan comments nak habaq mai. Semua concern macam saya sakit kronik pulak. Padahal saya duduk di sebalik skrin tu elok je taip balas komen sambil makan nasi hahhahaah.
Gedik saya menjadi-jadi. Sifat seeking attention semakin mengganas! Hahahaha.
Dah mula invest duit untuk beli baju-baju cantik. Yela, hotstuff mana boleh pakai baju sama. Nanti orang cam!
Upload gambar selfie sendiri dengan caption yang langsung takde kaitan! Dah kenape?
Hmmmmmm ye saya pernah buat gais. Ni sekarang bila dah pencen ni rasa malu la ni dengan diri sendiri.
Lagi rasa perasan bila lelaki asyik dok komen.
“Subhanallah cantiknya bidadari dunia”.
Allaaaaah saya sendiri baca pun nak muntah aih rasa. Dia tak tahu ke yang kita edit segala benda nak bagi nampak flawless apa semua siap dengan tona kulit yang 3 kali lebih cerah hahahaha. Likes tak payah nak kata la hampir beribu-ribu. Less than a year saya dah mula dikenali ramai. Untuk apa contribution yang saya buat pun saya tak tahu.
Alaaa tapi takde pedulinya, saya makin triggered grrrr. Saya masih fikir saya dah buat satu great achievement! Saya tengah hanyut dalam dunia maya ni. Tengah rasa macam di awan-awangan.
Tambah pulak ramai jejaka-jejaka Malaya yang pm saya personally menyatakan hasrat untuk jadikan saya isteri. Ada tu siap cakap raut wajah awak ada terpancar sifat keibuan. Alahai… Kalau la awak tahu saya masa tu bapak lah pemalasnyaaaaaa. Mak saya suku tersemban buat kerja rumah sorang-sorang tapi saya relax je buat tak nampak. Saya langsung tak pegang sudip nak tolong mak masak kat dapur dan tak mampu nak suap makan dekat anak tekak sendiri pun. Macam mana saya nak suap anak-anak awak nanti? Hahahaha. Saya cuma tahu selfie je pastu upload gambar dengan ayat islamik dan quotes romantic yang saya google.
Tapi kalau pujian kalian untuk saya tu betul-betul kan, saya hargai sangat. Tapi kalau saya dapat tahu awak bagitau benda yang sama dekat semua perempuan, saya just nak cakap padan muka dekat saya sendiri sebab sape suruh perasan sangat??
Macam tu la hidup seorang hotstuff macam saya di alam maya. Gejala hotstuff tu terbawa-bawa sampai ke alam realiti. Tapi saya tak berapa selesa sebab saya ni pemalu. Saya tak pandai sangat bersosial di alam realiti. Ni salah satu kelemahan saya time tu. Saya cuma rancak di alam maya je sebab saya sebenarnya nak pandang mata orang pun saya malu juga la kalau orang tak kenal. Kalau kenal lain la kan. Tapi serious tak selesa bila pergi mana-mana ada je orang pm cakap,
“Tadi ternampak awak dekat tempat sekian sekian pakai tudung warna sekian sekian kan? Saya nak tegur tapi tak berani.”
Aduhhh macam ni ke jadinya bila orang kenal ni? Tak bestnya. Kita takde privasi. Padahal kita bukan retis pun. Kita tak harapkan orang selalu ikut mana-mana kita pergi pun. Kita just a commoner yang suka bersosial tapi di alam maya je.
Okey ada part lagi tak best. Tak best bila ada orang sekeliling yang mula tak puas hati dengan saya. Saya tak tahu apa sebabnya. Rasanya takde buat apa salah pun huhu. Atau mungkin dia ternampak crush dia komen di gambar saya kot? Hahaha. Entaaahhhhh. Tapi ada macam tu. Ada orang terdekat mula jauh dengan kita sebab rasa kita ni macam mudah sangat layan orang sana sini yang tak kenal? Hmmmm but I admit it, it was my bad. Saya tak salahkan orang pun kalau nak fikir negatif pasal saya sebab memang saya yang buat. Huhu. Tapi masa tu saya tak kisah pun sebab bagi saya kalau setakat dua tiga orang nak jauhkan diri daripada saya kenapa saya nak susah hati? Ramai lagi nak kawan ngan saya. Kejap lagi kalau saya mengadu dekat FB, mesti ramai punya la yang nak pujuk. Confirm! So kenapa nak susah hati? Chill jeeee.
Lama-lama saya jadi clueless. Saya tak faham sebenarnya saya tengah buat apa. Sebab tiap kali update status and shared post saya dah mula rasa tujuan saya lain. Saya bukan lagi nak kongsi. Tapi saya lebih kepada mengharapkan likes dan comments. Lepas update, saya akan refresh banyak kali untuk tengok dah banyak mana likes. Banyak mana comments. Kalau untuk post tu takde orang respons, saya sanggup delete post tu walaupun perkongsian tu bagus. So saya mula fikir, saya ni ikhlas nak berkongsi ke sebab nak perhatian? Kalau tengok daripada perlakuan saya, memang lebih kepada mahukan perhatian kan? Saya dah pandai rasa kecewa bila takde orang komen saya cantik. Saya dah mula rasa down dan sunyi bila takde yang pm saya untuk tanya khabar saya.
Ye, saya rasa semua tu. Tapi kemuncak kepada segalanya bila saya dah mula sedar apa saya buat ni salah. Sekali lagi, macam yang saya cakap, Allah akan sentiasa ada cara untuk sedarkan saya. Satu persatu Allah tunjukkan dekat saya. Saya rasa tak tenang. Saya hidup pun dalam ketakutan bila pernah beberapa kali diganggu lelaki psiko yang ugut saya macam-macam sedangkan saya tak kenal. Sebab katanya saya sombong taknak terima cinta dia. Saya hidup rasa bersalah sebab suami orang ke bujang ke semua saya layan hatta untuk mesej sekalipun sahaja. Tak pernah jumpa walaupun beberapa kali diajak keluar minum. Sebab saya malu dan tak berani. Tapi saya rasa bersalah dan saya mula sedar apa saya buat sebenarnya bukan apa yang saya nak pun pada asalnya. Saya mula fikir macam mana nanti kalau suami saya mesej perempuan lain? Macam mana nanti kalau perempuan tu layan? Macam mana kalau Allah Tarik nikmat saya? Taknakkkkkkk. Ya Allah saya tak terbayang. Saya mula slow down. Saya start deactivate social media saya.
Saya mula betulkan solat saya yang selama ni saya biar je terumbang-ambing. Betul gais, kalau nak tengok macam mana keadaan life kita, tengok macam mana keadaan solat kita. Huhu. Saya pernah rasa. Memang life saya terumbang-ambing sebagaimana terumbang-ambingnya solat saya time tu. Saya lebih aktif di luar. Saya focus dengan life saya di alam realiti. Saya mula spend lot of time with my family members. Surprisingly, saya dah pandai masak dah sikit-sikit hihi. Saya mula rapatkan ukhuwah dengan kawan-kawan. Selalu bersua muka dan bukan lagi di muka buku semata-mata.
Bila saya activate balik account, saya delete semua selfie yang saya upload. Saya tengok satu-satu saya rasa malu sendiri. Still ada yang pm cari saya. Tapi saya dah mula tekad untuk tak layan kalau tak perlu. Saya dah tekad taknak patah balik. Sebab saya rasa lebih bahagia. Lebih aman. Lebih disayangi. Lebih dihormati. Saya masih share post di status saya tapi kali ni even tiada likes, saya dah tak sedih. Saya rasa lapang dada sebab kalau benda tu elok, saya boleh jadikan sebagai self reminder sahaja hehe.
Makin lama, saya dah kurang dikenali. Saya dah tak upload selfie saya lagi. Jarang-jarang sekali ada yang pm. Yang komen pun Cuma kawan-kawan yang kenali saya di dunia luar. Yang peliknya, saya rasakan keadaan ni lebih bahagiakan saya. Kenapa ye? Mungkin Allah dah mula meredhai kehidupan saya huhu. Alhamdulillah terima kasih Allah.
Macam tu la secara ringkas cerita hotstuff saya yang tak berapa nak hotstuff pun. Mungkin cerita kita tak sama. Cerita yang saya kongsikan cuma pengalaman saya sahaja. Mungkin ada dalam kalangan kita yang manfaatkan ke-hotstuff-an dia untuk dia guna ke jalan dakwah sebab ramai kenali dia kan. Kita tak tahu. Tapi untuk saya sendiri yang mudah terpengaruh dan lalai ni, saya rasa saya tak payah la jadi hotstuff sebab saya ni tak kuat dengan godaan duniaaaaaa hahahahah. Bila saya terlalu kejar dunia, saya lupa yang sebenarnya saya menuju ke akhirat. Nanti nak pergi jumpa Allah nak bawa apa? Boleh ke saya nak bawa likes, comments and followers saya? Allah pandang ke? Allahuakbar. Nak menangis kalau fikir.
Sekarang kalau saya dengar orang cakap bestnya jadi hotstuff. Saya Cuma senyum je. Tapi saya Cuma nak cakap, dia akan jadi seronok dan best bila dunia sebenarnya yang kita kejar. Dan ketahuilah bahawa semua yang berkaitan dunia, seronok dia cuma sementara. Dalam masa kita rasa seronok, sebenarnya jauh dalam sudut hati kita, kita rasa kosong. Kosong. Macam tu la bila dunia kita simpan dalam hati. Tapi Allah kita letak dekat tangan. Bila-bila masa kita lepas.
Jadi, best ke jadi hotstuff? Persoalan ni saya biar untuk kalian nilai sendiri boleh?
Sampai sini dulu okey gais. Yang mana buruk of course dari saya yang lemah dan segala yang baik serta puji-pujian hanya untuk Allah Yang Maha Penyayang. Take care!
– Fey, Si Pendosa Tanpa Noktah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit