Terlalu Berdikari

Hi readers. Aku seorang perempuan berumur pertengahan 20-an. Just nak share kisah aku untuk minta mendapat or pandangan dari pembaca budiman sekalian. Nak kecam pon ikot korang la kalau dah habitnya gitu haha.

Aku rasa aku belajar berdikari sejak tadika. Masa tu, ayah aku akan bagi duit kat aku untuk bayar yuran bulanan. Time umur camtu budak lain masuk kelas, parents still bawakkan beg tapi aku dah diajar untuk amanah dan berdikari seawal itu. Then, masuk sekolah rendah, aku belajar untuk guna duit sendiri bayar yuran untuk kelas komputer. Zaman itu, siapa ada komputer or pandai komputer kira power la. Walaupon aku duduk kampung, aku pon taknak ketinggalan jugak untuk belajar. Tapi ayah aku bagi syarat, untuk bayar guna duit sendiri semampu mana yang boleh. Kalau tak cukup baru dia tambah. So kat situ memang aku belajar menabung bersungguh2 la. Kecik2 dah ada komitmen haha.

Bila masuk sekolah menengah, lagi la kena berdikari sebab masuk asrama. Mula2 masuk asrama memang la rasa menderita sebab semua benda kena buat sendiri dengan jadual yang padat tak masuk akal tapi itu lah memori terindah zaman sekolah. Time ni yang aku ingat, graduasi form 5 kitaorang buat kat hotel. Pada umur 17 tahun, aku dah bookingkan seat untuk parents aku guna duit sendiri untuk attend graduasi tu. Mana dapat duit? Alhamdulillah aku dapat biasiswa sikit waktu sekolah menengah. Even aku dapat biasiswa, ayah aku tak pernah missed bagi duit belanja bulanan. So aku menabung la dari situ.

Masa uni, mostly semua orang memang dah pandai berdikari la kan. Tapi tak semua. Dan kekurangan aku adalah kurang memahami perangai orang yang tak berdikari dan parents yang sangat rasa insecure dengan anak masing2. Contohnya, masalah student takde duit. That one seriously aku tak faham dan untuk student yang guna duit PTPTN or biasiswa untuk tampung keluarga sampai dia sendiri tak cukup duit, bagi aku sangatlah tak betul. Aku pernah nak beli laptop tapi takde duit. So aku apply any financial assistance yang ada kat uni. Memang leceh tapi kena rajin usaha untuk cakna apa pihak uni sediakan.
Lagi satu yang aku kurang faham, untuk seorang remaja atau dewasa yang ada sekatan untuk melakukan apa2 aktiviti yang masih dalam batas syariat dengan alasan “mak/ayah tak bagi”.

After habis belajar, lagi la aku kena uruskan semua benda sendiri. Mana nak cari kerja, rumah sewa, kereta. Kereta pon aku beli online je sebab malas nak hadap orang yang sibuk cucuk2 suruh beli kereta yang lebih power. Tahu2 parents aku terkejut depan rumah ada kereta baru haha. So far, aku travel a few countries pon memang fully dengan duit sendiri (sebab ramai yang kata ada orang selalu bercuti tapi hutang tak bayar!)

Tapi aku sedar je, nak compare hidup aku dengan orang lain, ramai lagi yang lebih struggle dan berdikari dalam hidup masing2. Jalan cerita orang lain2. Tapi aku sangat tak boleh tolerate dengan manusia yang manja tak bertempat. Semua benda tak tahu, semua nak kena suap. Lagi2 bila dah masuk dunia pekerjaan. Aku pernah hadap 5 orang fresh grads baru masuk kerja kat ofis aku, aku kira orang ditugaskan untuk guide diaorang la. Only 2 of them je yang boleh dianggap berperangai normal, yang lain malas nak cerita. Memang tak sambung kontrak la dik ceritanya. Walhal most of them, umur lagi tua dari aku. Lagi la aku cannot brain.

Alhamdulillah sepanjang aku hidup, aku boleh buat semua keputusan sendiri without any interference. Tapi aku takut jugak kalau one day kena obey dengan someone, contohnya after kahwin. Am I able to cope with that?

– Khadijah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit