Hello semua. Nama saya Anne. Seorang surirumah fulltime dengan ada anak perempuan umur setahun. Usia perkahwinan saya masuk 2 tahun dah. Tapi boleh kata dekat 10 tahun saya kenal suami saya. Dari zaman lepas matrikulasi lagi dah couple. Haha. Suami sambung belajar di Johor and saya sambung di KL. Cinta jarak jauh boleh dikatakan. Tapi sometimes suami akan datang ke tempat saya naik bus. Kami bercouple dalam 5 tahun sebelum pada 2 tahun lepas dia masuk meminang. Ok habis dah intro. Di sini saya cuma nak huraikan about apa itu perkahwinan yang bahagia. Isu ini timbul sebab saya ada terbaca tips dari saudara Amir Syahir tentang gembirakan hati isteri.
Point pertama beliau adalah hargai isteri. Alhamdulillah saya dikurniakan suami yang baik dan tidak pernah tinggalkan perkara wajib. Segala kelengkapan dan nafkah dicukupi. Dulu time couple suami seorang yang kurang romantik. Nk bermadah pujangga ni jangan harap. Selalu saya yang kena kol text dia. Dan saya juga yang selalu ajak jumpa. Kadang-kadang ada lagu di radio yang kita rasa nak tujukan pada si dia kan? Tapi suami saya tak pernah ada perasaan macam tu. Haha. Die memang jenis lurus. Sangat beza dengan saya. Saya yang banyak bagi hadiah pada dia masa bercinta. Selalu ingatkan dia. Tapi pon begitu, setiap harijadi, tarikh mula couple, tarikh bertunang anniversary semua die akan ingatkan saya. Which is pada saya dah cukup sweet. Hihi. Kalau korang dapat suami romantic then bersyukurlah. Tapi kalau dapat suami macam suami saya, always bertolak ansur and just said what is in your heart. Say it out loud to him. Coz he wont know. He’s clueless. Bagusnya this type of person, they are loyal. Sangat loyal. 5 tahun ups and down until now but never once dia ada orang lain. Alhamdulillah. Even korang suami atau bakal-bakal suami ini tidak sweet seperti suami saya, it’s okay. As long as korang remember tarikh-tarikh penting dalam hidup korang berdua dah cukup sweet pada orang perempuan ini. Tolong urutkan isteri korang sesekali. Even korang cakap terima kasih untuk lauk dia masakkan pon dah cukup sweet. Hihi.
Point kedua brader ini adalah puji isteri setiap hari. Point ini tak boleh apply langsung dalam hidup kami berdua. Sebab suami saya memang perangai jujur dan lurus. Kalau hodoh, dia cakap jujur terus. Takde nak cover. Contohnya tudung saya pakai tak kena dengan baju. Nanti dia komen lah tak kena,takut tengok, macam nak pergi pasar. Haha. Korang para isteri kena banyak bersabar kalau suami tak pandai puji. Sebab mereka lagi tahu apa yang paling sesuai dengan korang. They love you for your true beauty. Kadang-kadang suami tegur kenapa mekap banyak sangat. Dia sendiri cakap tak cantik. Tak mekap lagi cantik(sweet di situ). Hihi. Memang sometimes saya rasa down bila dikritik suami. Yelah kita nak rasa dihargai. Tapi bila saya fikir saya nak dapatkan pahala dengan ikot cakap suami, so saya follow aja la. Kalau suami puji tapi tak ikhlas, saya lagi tak suka.
Point ketiga adalah belikan hadiah sesekali. Dari zaman couple sehingga sekarang, memang saya yang banyak bagi hadiah pada suami. Boleh dikira pakai jari hadiah dari suami. Dan selalunya suami akan tanya pada saya apa hadiah yang saya nak. Haha. Rasa macam tak dihargai. Memang. Tapi bila fikir suami sanggup belikan hadiah untuk saya sedangkan dia seorang sahaja yang bekerja, terus saya bersyukur. Kadang-kadang bila bangun pagi ada sarapan tersedia. It’s also kind of a gift from him. Jadi korang janganlah selalu berharap suami akan bagi hadiah. Korang pon cubalah bagi hadiah pada sang suami. To thank him for his hardwork raising the family. Even though suami macam tak berapa nak hadiah-hadiah ini, tapi percayalah bila korang bagi hadiah sesekali, kasih sayang dia lagi bertambah pada korang.
Perempuan fitrah dia memang sangat perlukan perhatian. Jarang sangat nak jumpa perempuan yang banyak kunci mulut dia. Even tak nampak dia berbual, mungkin bila dia dengan orang tersayang jadi talkative. Macam saya, hanya boleh berbual dengan anak bila suami bekerja. Walaupun anak tak faham, tapi saya bual aja dengan dia. Tapi bila suami balik dari kerja, dia jadi pedengar setia. Saya akan cerita apa anak saya buat hari ini dan saya akan cerita mengenai cerita di tv atau saya akan bertanya mengenai kerja suami. Ataupun saya akan membebel mengenai masakan saya. Pernah juga saya marah dengan suami kerana sibuk dengan telefon ketika saya bercakap dengan dia. Banyak kali juga jadi begitu. Then sampai satu tahap saya sound dia,”Da sakit nanti telefon itukah yang akan teman awak, tolong awak?” and sekarang suami letak telefon apabila berbual dengan saya. Hihi. Buat para suami, jangan terlalu taksub dengan telefon hingga mengabaikan isteri dan anak. Apa anda akan rasa jika sang isteri berbuat sama? Mengabaikan anak anda yang belum makan, belum terurus? Renungkanlah.
Dan point terakhir adalah tolong bantu isteri. Ini sangat betul. Kerana wanita keringat dia taklah sekuat lelaki. Wanita itu yang telah melahirkan anak, menjaga dan mengurus anak, jadi ringankanlah tangan menolong dia. Even suami saya bekerja di siang hari, tapi lepas makan malam dia akan mencuci pinggan dan mengemas dapur. Satu kerja yang saya tak perlu minta tolong. Dia sendiri akan membasuh dan kemas semua. Dan pada waktu malam dia juga akan tolong urus anak, tukar pakaian pampers dia. Kadang-kadang sebelum ke kerja dia akan membasuh dan menyidai baju. Hujung minggu suami akan kemas rumah bersama-sama saya. Untungnya saya dapat suami yang lurus tapi rajin dan jarang melepak luar bersama kawan. Hidup berdua ini sangat perlukan kerjasama.
Apabila suami mementingkan isteri dan anak sebelum perkara lain, itu adalah kunci untuk perkahwinan yang bahagia. Selain bertolak ansur dan saling membantu. A happy house is a happy wife. Because a wife is a house. Sambil tidak lupa untuk solat berjemaah bersama, membaca Al-quran bersama dan sentiasa ingatkan antara satu sama lain tentang mengagungkan Yang Maha Esa. Sekian sudah bebelan saya. Walaupun usia perkahwinan muda lagi, tapi ini sekadar perkongsian. Saya pun tidak menjangka apa akan datang pada masa hadapan, tapi jika kita ada sebuah perkahwinan yang bahagia insya Allah takkan ada ruang untuk perkara buruk. Mohon maaf jika ada yang tersalah cakap dari saya. Tq
– Anne
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit