Sebelum Meninggal

Aku tulis ni atas rasa kasih sayang aku untuk semua saudara satu agama aku. Susah untuk aku keluarkan apa yang terbuku di hati, apatah lagi semuanya kisah benar, tetapi Oleh kerana sayangnya aku kepada korang macam aku sayang diri aku sendiri, jadi aku mohon, bacalah penulisan aku ni di dalam keadaan sunyi dan bersendirian. Moga2 masuk ke lubuk terpaling dalam mengundang hidayah dari Allah.

Aku tahu Kita semua ni terlalu penat dengan hidup atas dunia ni. Terlalu letih dengan keadaan Kita sehari hari, yang sama, berputar dari subuh ke malam, malam yang entah kan nyenyak atau masih berjaga berfikir tiada henti, tentang hidup tentang kecukupan Dan Masa depan, jua siang yang bilakan ada sebenarnya istilah REHAT. Kita semua Penat. Aku sangat faham.

Aku faham, bila dengan Mata kepala aku sendiri menyaksikan si ayah leka dengan skrin handphone di tangan, dan anak yang cuba bertindak ‘nakal’ untuk satu perhatian. Lalu di herdik kerana menggangu sedangkan anak itu RINDUKAN KEWUJUDAN AYAHNYA. Ya, bukan kewujudan jasad, tetapi RUH. Anak di depan ku itu ingin kan Ruh si Ayah. Kerana apa? Kerana bila si Ayah sudah meninggal dunia, tiada lagi ruh untuk anak itu tagihkan. Ayah itu akan sepi. Sendiri dalam kubur. Gelap sunyi. Aku amat takut dan risau, jika si ayah itu bermaksiat atas talian, kerana depan Allah nanti, mulut Kita tertutup. Hanya anggota lain termasuk lah KEMALUAN Kita akan cakap apa yang Kita telah buat. Waktu tu, dah tak guna lagi bila depan Mata kepala Kita sendiri, Allah perlihatkan Kita neraka. Mungkin kah Kita akan di siksa badan Kita mulut Kita KEMALUAN kita berulang Kali, di bakar sehingga isi badan cair melebur, lalu Allah sempurna Kan balik, lalu di bakar sampai lebur hancur lagi? Selamanya takkan Ada ending? Semoga tidak. Semoga tidak selamanya.

Aku faham bilamana aku berjalan di tepi seorang wanita beragama Islam, berbau harum indahnya. Kuatnya haruman itu di bau oleh lelaki sekitar kami. Ya, harum di dunia takkan sama jika di ‘sana’. Aku faham dan aku mulai risau. Sayangnya aku pada perempuan itu, seperti kakak atau adik perempuan ku, juga seperti ibuku atau kawan baikku sendiri. Siapa yang nak orang yang Kita sayang terkapai di dalam neraka Allah yang gelap pekat warnanya, yang kalau setitis saja api dari neraka Allah tu di letakkan atas gunung, BERDERAI gunung itu. Apatah lagi atas badan manusia. Siapa yang mahu begitu???? Semoga tidak. Semoga tidak wahai perempuan perempuan yang baik, perempuan perempuan yang Allah sayangi.

Aku faham hati dan perasaan seorang anak, bila di tinggalkan untuk di jaga oleh bukan ibunya sendiri, seharian, entah kan apa yang di harungi oleh anak kecil itu sewaktu di jaga, tangisnya, sedihnya, kelirunya, rindunya, durjananya, hatta bau pun inginkan ibunya. Semua nya di rela untuk ibunya bekerja. Aku terlalu faham. Semoga si ibu timangi anakmu usai bekerja, semoga anakmu memahami urusanmu itu demi sesuap nasi. Bukan lah demi selain dari itu, apatah lagi yang mengundang dosa juga fitnah. Semoga tidak.

Apa saja perbuatan Kita di atas dunia ni, Ada malaikat kiri Dan Kanan yang mencatit. Semoga aku Dan semua pembaca lebih bertanggungjawab Dan menilai hidup atas dunia Tak lama sudah, inshaAllah Kita akan meninggal Tak lama lagi. Waktu tu, dah habis tempoh Kita nak bertaubat juga jadi baik. Maka, bertaubat lah sekarang, jadi baik lah sekarang. Sebelum Kita punya expiration date Kita tiba.

Allahua’lam.

– Siapakah aku?

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit