Assalamualaikum Semua
Terlebih dahulu saya ingin berterima kasih kepada admin kerana menyiarkan confession saya ini .
Saya seorang insan yang dilahirkan di bumi Tanta Mesir dan dibesarkan di bumi kelantan . Ketika saya usia 14 tahun Allah telah hadirkan ujian yang berat buat saya sekeluarga apabila abi dan Ummi kami meninggal dunya akibat terlibat dalam kemalangan jalan raya selepas menghantar kakakku di universiti .
Selepas kematian abi dan ummi konsentrasi saya sentiasa terganggu. Malah sering merasa sayu dan akan berlaku ketirisan air mata tatkala mengingati mereka. Ini salah satu cabaran yang getir untuk saya fokus dalam study .
Saya dulu bukan seorang budak yang cerdik pandai tapi saya mempunyai keazaman yang tinggi . Setiap kali saya jatuh dalam perjuangan . Saya tidak meletakkan kejatuhan itu sebagai satu kegagalan dalam hidup saya . Namun saya menganggap ia sebagai batu loncatan untuk saya bangkit sebelum menerpa kejayaan.
Mana mungkin kejayaan itu datang tanpa ada kesusahan . UPSR saya dulu biasa sahaja 1a , 1b , 2c , 1d . PMR pula pun sama 2a , 3b , 2c , 1d. Ketika SPM saya tingkatkan usaha dan alhamdulillah result makin meningkat dengan mendapat 4a , 3b , 2c , 1d .
Ketika saya buat matrik saya jadikan segala keperitan dan kesusahan dibangku sekolah sebagai pembakar semangat untuk saya bangkit. Saya jadikan ia perkara yang mendewasakan saya dan Alhamdulillah saya grad matrik dengan CGPA 4.00 .
Selepas buat matrik usaha saya berterusan sampai buat degree . Alhamdulillah berjaya menamatkan pengajian degree first class in mechanical engineering .
Ketika saya grad kebetulan malaysia mengalami ketirisan ekonomi. Ketika itu untuk dapatkan kerja yang setaraf memang susah . Dengan ilmu yang ada saya pun menjalani kehidupan secara survival .
Hari pertama masuk bekerja dekat restoran sebagai pembancuh air minuman bukan seorang engineer. Lepas dari itu saya beralih bekerja dekat estet koko sebagai pemetik buah koko.
Dalam waktu yang sama , saya sentiasa apply kerja melalui jobstreet , hantar cv dekat guard company dan mencari iklan kerjaya dalam akhbar . Alhamdulillah selepas bekerja dekat estet koko selama 7 bulan saya pun dapat panggilan dari sebuah syarikat untuk hadiri temuduga . Lepas itu terus saya diserap sebagai helper dekat shipyard .
Walaupun saya terpaksa mengharungi pekerjaan yang sebegitu rupa dengan kelayakan degree tapi saya banyak memperolehi ilmu2 dan kemahiran baru. Malah bukan itu saja , saya juga dapat jaringan pekerjaan ( lubang kerja ) dari individu atau syarikat lain .
Dekat shipyard saya naik step by step dari posisi non skill – semi skill – skill – non executive – executive.
Selepas saya bekerja dekat shipyard saya pun beralih bekerja dlm industri Oil and gas . Selepas bekerja setahun dalam industri oil and gas saya diantara yang menjadi mangsa2 ketirisan ekonomi akibatnya dibuang kerja.
Selepas saya dibuang kerja , saya pun berusaha mencari pekerjaan lain . Alhamdulillah dari usaha itu saya dapat jadi cikgu tuisyen untuk subject add math dan juga physic .
Selepas bekerja sebagai cikgu tuisyen selama 6 bulan . Saya pun dapat tawaran bekerja dalam industri oil and gas dekat brunei selama 3 tahun .
Selepas tempoh 3 tahun saya kembali ke kampung sekadar pelihara lembu dan mengusahakan penanaman sayur sayuran secara hidroponik di belakang rumah sementara menunggu untuk sambung master tahun depan. Dari usaha itu juga saya dapat jana pendapatan sampingan .
Bak kata abang celoreng ” bukan senang nak senang ” .
Sesiapa yang hidup dengan title pasti akan kecundang kerana langit tidak selalu cerah dan laut tidak selalu tenang . Tapi sesiapa yang hidup dengan ilmu pasti tidak akan mengecewakan.
Apa yang ada pada Degree ?
Pada kulitnya ada title tapi pada isinya ada ilmu.
Kita hidup selepas grad bukan dengan title degree tapi dengan ilmu yang ada pada degree.
Jika setiap graduan memahaminya InshaAllah terhindar dari dibelenggu pengangguran.
Wahai teman seperjuangan , Saat badai datang tanpa diundang hadapilah ia dengan tenang . Mana mungkin kejayaan itu datang tanpa ada kesusahan.
Sebelum nak merasai manisnya madu . Kadangkala kenalah rasai sakitnya disengat lebah dahulu.
Ketika dalam perjuangan , jika berasa penat belajarlah untuk berehat bukan berputus asa.
Hindari diri daripada perkara maksiat . Contohnya jaga solat 5 waktu , jaga batasan aurat dan jaga batas pergaulan kerana maksiat ini mampu menjadikan rezeki kita terhijab.
Bersabar diatas dugaan dan ujian di dunya ini pasti ada hikmah dariNYA.
Allah yuftah alaikum
– Hafiz Aiman
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit