Apabila Allah Sayang

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Hidayah tidak akan datang bergolek, tanpa kita berusaha untuk mencarinya. Namun, bila tiba masanya, ada situation yang mana Allah SWT beri hidayah tanpa kita duga.

YA ! itulah yang terjadi kepada diri aku sendiri(Minta maaf if nampak macam bahasa kasar) Tapi percayalah, istiqomah ke Jalan Allah perlukan pengorbanan yang sangat-2 tinggi kan?. Nampak macam ayat “cliche” kan? Sepanjang aku hidup hampir 21 tahun ini macam-macam benda yang buat aku hampir jatuh terduduk . Belum lagi masuk ke dunia pekerjaan. Tahniah buat kakak or abang yang berjaya fight yang dikatakan dengan ujian Duniya’ .

Kisah penghijrahan aku bermula bila berada di penghujung SEMESTER 3 diploma di sebuah uni tempatan. Seperti baru tersedar dengan lena yang panjang, “selama ni, aku hidup dalam dunia aku sendiri tanpa ambil tahu pasal tanggungjawab yang sepatutnya aku buat sebagai seorang khalifah”. Sebelum bertubung labuh, memang aku berubah dengan start pakai stoking sejak FORM 4 tapi pakai stoking dan tudung yang menutup syarat jela tapi ikhtilat tak terjaga pun. Bila start pakai memang kena gelak dengan kawan kawan laki sebab nampak macam budak “bajet baik” tapi aku kuatkan semangat bila mana kawan baik aku sendiri dah sempurna auratnya.Masakan aku mahu di takuk yang lama.

Bila masuk dunia Universiti, disini imanku diuji. Ya, walaupun mulanya aku kurang bersetuju dengan pilihan ibuku yang ingin masukkan anak dia masuk uni daripada matrik.Aku mula memberontak tapi bila aku buat solat istikarah. Aku teringat satu ayat “Redha Allah terletak pada Redha ibubapa kita”. Aku still ikut pilihan ibuku. Tapi,disini kisah aku bermula iaitu aku mula berubah tapi syukur stokin masih aku istiqomah pakai, solat pun masih terjaga cuma aku agak terikut-ikut dengan budaya fashionista. Aku hanyut dengan duniawi .Aku mula kenal seorang laki ini. Kuat agamanya, akhlak pun baik. Kira dah jadi macam crush la. Kami start contact tapi tak pernah pun bercakap dalam telefon selama 3 bulan kami kenal. hahaha macam lawak pulak. Orangnya ada rupa ,pandai bergaya, keluarganya baik-baik tapi itulah , Orang dah pesan jangan letak harapan tinggi sangat. Berharap pada manusia takkan dibalas, Berharaplah pada Allah yang sentiasa ada. Sedih bila teringat bilamana aku tewas dalam pujukan syaitan laktnatullah. Dan aku kira, bukanlah tujuan aku bercerita disini kerana ingin membuka keaiban sendiri, tidak terniat sama sekali. Cuma ambillah ibrah apa yang terjadi.

Tapi suatu hari , bangun dari tidur jiwa aku terasa kosong. kosong macam tiada isi apa-apa. Hampa pun rasa kan bila perasaan tu datang. Memang tak senang duduk aku dibuatnya. Mujur aku tergerak hati ws kawan yang aku kenali bila aku join group “IMAM”. Setelah bertanya khabar berita, aku bertanyakan suatu hal kepada dia , “ Awak, boleh tak saya nak beli tudung labuh sebab rasa macam nak pakai la “(dia promote tudung labuh yang dia jual sebelum ini tapi aku ignore ja). aku sendiri berasa pelik dengan perangai aku haritu. Adakah Allah sudi terima taubat saya?” Aku masih keliru . Bukan mudah untuk aku mulakan langkah untuk bermujahadah. Tambahan pula, aku mula dipulaukan oleh kawan kawan uni (jarang perempuan kos sport pakai tudung agak labuh time tu). Panjang ceritanya sepanjang tempoh ini berlaku tapi aku lebih prefer rahsiakan. Tapi Alhamdulillah Allah bukakkan jalan , aku dikelilingi orang yang baik-baik.
Cuma sekali lagi aku diuji, Roommate aku akan pergi jauh sebab dapat tawaran yang lebih baik. Yelah , antara orang yang banyak support aku selain Allah dan family. Sebelum pergi , dia hadiahkan aku satu beg besar untuk aku . Aku kira itu hadiah yang ternilai. Dapat teka tak kawan-2 ? Satu beg yang penuh tudung labuh, Cer bayangkan betapa terkejut dan happynya aku time tu. Aku beli dua tudung ja tapi banyak aku dapat. Rezeki dari Allah SWT. Alhamdulillah.

Aku tidak memaksa kamu untuk bertudung labuh. Pakailah pakaian apa pun, selama mana ia menutup aurat, tetapi bukannya sekadar membalut aurat kamu sehinggakan tetap seperti terdedah. Permintaan terbesar daripada aku, selamanya aku menagih doa daripada kalian agar aku tetap istiqamah. Amin Ya Rabb.Kisahku masih panjang tapi cukuplah setakat ini .Aku akan menulis lagi andai ada yang ingin membaca lagi cerita seterusnya. In syaa Allah. doakan yang baik-baik. Terima kasih sebab sudi membaca.

*BENDA BAIK KITA NAMPAK BAIK, BELUM TENTU BAIK UNTUK KITA, BENDA YANG BURUK , BELUM TENTU BURUK UNTUK KITA. BELAJARLAH MENGAMBIL HIKMAH- Pendosa tanpa noktah

– HAMBA ALLAH

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit