Aku dilahirkan dalan keluarga yang berpendidikan tinggi. Keluarga babah (mostly cikgu & doctor) dan mama (mostly lecturer & engineer). Bagi keluarga kecik aku pulak, along (engineer) angah (cikgu) alang (bakal lawyer) achik (bakal architect) dan adik iaitu aku. Okay straight to the point. Disebabkan background family aku semua educational, aku dari kecik dah ditrain utk belajar. Aku tak nafikan belajar tu bagus tapi sometime aku nak juga merasa hidup bebas bermain walaupun cuma sekejap.
Boleh dikatakan aku ibarat katak di bawah tempurung. Nak keluar rumah pun tak boleh sebab babah kata dia takut aku terjebak dengan budak2 sosial yang lain. Aku cakap aku pandai jaga diri. Tapi babah tetap tak bagi. Bila mama pulak pulang dari kerja, kami semua ditrain untuk buat latihan dan baca segala mak nenek punya buku yang tebal2. Aku tengok adik beradik aku yang lain okay je tapi macam tak ada feel. Terfikir jugak aku dia orang ni tak reti nak memberontak ke? Tapi aku simpan rasa tu sampailah aku umur 18.
Habis je spm. Aku dah rasa besar sangat. Aku rasa bebas gila. Mana taknya, mama dan babah tekan aku habis2 sebab nak spm straight A. Lagi satu, hidup aku dikongkong dan diatur. Diaorang nak aku jadi doktor sedangkan minat aku ke arah designer product. Aku suka design2. Tapi mama dengan babaj tak bagi. Adik beradik aku pun tentang habis.
Nak tunjuk kepala punya pasal, aku lari balik kampung. Masa tu otak cetek, tak pikir kalau balik kg mesti diaorang dapat cari jugak. Aku ingat balik kampung boleh lega rupa2 nya lagi teruk kena hentam dengan makcik pakcik aku. Dorang akan drop anak masing2 kat kg bila menjelang cuti. Bermulalah penderitaan baru aku di kg.
Mama dgn babah tahu aku dekat kampung tapi dorg tak ambik aku. Aku nak balik tapi duit tak bawak lebih. Mintak dengan nenek, kesian pulak. Mintak dengan sepupu haram nak dibaginya. Satu malam kami cerita tentang masa depan. Dorg punya cita2 gah belaka tapi bila sebut tang mak bapak semua down. Katanya dorg pun terpaksa ikutkan suruhan mak pak ambil kos di U nanti. Aku ajar dorg lawan untuk tegakkan cita2 kami tapi diaorang refused. Tak baik katanya. Ok fine.
Bila result dah keluar, aku excited sebab nak mohon upu sendiri. Tapi sekali lagi impian musnah. Babah awal2 lagi dah call kawan dia dekat U** untuk memudahkan aku masuk sana. Mama juga contact kawan lecturer dia kat sana. Aku sekali lagi tahan perasaan geram dan rasa nak memberontak. Aku tanya mama dan babah kenapa tak bagi aku pilih keputusan sendiri. Tahu diaorang jawab apa ? Sebab tak nak makvik dan pakcik aku gelak tengok kerjaya aku nanti.
Bila dah belajar, aku mula memberontak. Aku tak study, result aku drop setiap sem. Bayangkan sem 1 aku 2.00 je. Ngam2. Orang pertama yang tahu result aku ialah along. Cuti sem 1, aku dipanggil balik oleh adik beradik aku. Babah dan mama tak ada masa tu. Pergi bercuti katanya. Aku baru je jejak kaki kat rumah, along dah siapkan 1 beg pakaian utk aku. Aku tanya nak buat apa. Along cakap pergi muhasabah diri. Kau ni dah teruk sangat. Belajar main2. Tak tahu ke mama dengan babah menggunung harapan dekat kau? Aku diam. Aku simpan je selagi mampu.
Start dari tu sampailah sem 5 aku belajar betul2 tapi result aku still down sebab aku bukannya minat sangat kos tu. Kalau bagi aku kos graphic design ke apa ke insyaAllah boleh score. Tapi ni kos medical. Nak kena hafal segala mak nenek punya organ, tulah nilah. Letih woi.
Habis belajar aku duduk rumah buat seketika sebab mama dengan babah tak bagi kerja lagi. Tunggu diaorang yg cari. Aku nak join kawan kerja dekat mall tapi diaorang larang keras. Aku ikutkan lagi. After a few months, aku dapat kerja dekat klinik kawan babah. Berbahagialah aku hidup sekejap sebab dapat bersosial jumpa orang, berkawan, bersembang, makan segala bagai. Maklumlah sebelum ni dikawal rapi.
Tapi bahagia tu tak lama. Hujung bulan 10 mama dan babah cakap nak kahwinkan aku dengan pilihan dorang. Tau siapa ? Sepupu aku sendiri. Aku tanya kenapa dia. Katanya sebab nanti akan hasilkan keturunan pandai2. Oh ya.. untuk pengetahuan korang semua afik beradik aku kahwin atur dengan family aku. Mama dengan babah pilihkan pasangan dari anak2 kawan mereka. Tapi aku pelik sikit dengan adik beradik aku. Diaorang macam paksa rela tapi tak memberontak langsung
Kali ni aku memberontak teruk. Aku lari. Sampai sekarang aku tak balik rumah. Aku travel sorang2 sambil kerja. Susah senang aku rasa. Aku rasa hidup berdikari.
Kawan2 aku di fb ada yang post pasal babah dan mama yang mencari aku (aku buat fake fb dan add friend kwn2). Aku rasa bersalah but at the same time aku rasa puas. Puas sebab dapat keluar dari dunia ‘keluarga berpendidikan’. Aku bosan. Kau orang rasa apa yg patut aku buat? Balik atau terus macam ni?
– Aku
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit