Assalamualaikum dan Hai.
Terima kasih sebab approve confession saya yang tak seberapa ni.
Saya seorang remaja berumur 17 tahun, lepasan spm. Saya seorang yang sangat kuat mengelamun dan boleh kata otak saya ni ada saja benda yang dia nak ajak saya berbual. Selain cerita fantasy yang entah berapa banyak otak saya reka, otak saya selalu utarakan kepada saya tentang banyak persoalan. Antara topik kegemaran kami ialah berbincang mengenai quotes yang popular yang masyarakat sentiasa guna. Kami pernah berpendapat quote yang berbunyi ‘Don’t judge the book by its cover’ adalah kurang tepat. Sebabnya, anda semua fikirlah sendiri sebab kalau nak cerita banyak, dah lari pula tajuk. hehehe.
Benda ni dah lama bermain di fikiran saya dan saya rasa apa salahnya saya berkongsi dengan anda semua. Ini hanyalah pandangan saya dan jika anda berpandangan berbeza, saya tak kisah anda suarakannya. Subjektif ~
Saya seorang pelajar yang agak cemerlang dalam akademik di sekolah. Dari kecil hingga besar, saya selalunya duduk di kelas depan. Tapi saya tak anggap saya sangat pandai. Saya hanya pandai tahap biasa biasa sahaja.
Bila saya tingkatan 4, saya merupakan pelajar di dalam kelas kedua terpandai.
Ianya bermula disaat itu.
Pergi mana mana,
satu ayat ini sahaja keluar. Dari pengetua, cikgu, kaunselor, motivator dan orang sekeliking. Mereka tekankan ‘Straight A+’ kepada saya. Sejujurnya, keadaan berjaya buat saya tertekan dan juga tertanya. Penting sangatkah benda tu. Saya tahu saya pandai tapi saya tahu saya tak cukup pandai untuk mendapat result sebegitu. Sebab saya tahu kemampuan dan had diri saya berdasarkan keputusan peperiksaan yang lepas. Saya selalu pegang kata kata ‘Dream big but know your limit’ dan selalu sampaikan benda ni kepada sepupu sepupu lebih muda dari saya. Sebabnya adalah, bagi saya belajar dalam keadaan terpaksa tak seronok. Saya nak adik adik dan generasi akan datang belajar tanpa pikul bebanan masyarakat yang mahukan mereka mencapai kejayaan yang melangkaui kemampuan mereka. Apa kata kita terima apa sahaja keputusan yang kita dapat. Kalau kita dah usaha, tak salah kita puji diri sendiri.
Di dalam kelas, saya selalu rasa tak seronok bila kebanyakan kawan kawan saya, mereka sangat obses dengan ‘Straight A+’. Kenapa saya rasa tak seronok. Sebab pelajar kelas saya, nak dapat 3A pun sangat susah. Saya sendiri antara pelajar top pun tak target tinggi tinggi. Saya selalu fikir kenapa mereka target benda yang terlalu tinggi untuk mereka gapai. Bukankah lebih baik mereka target sesuatu yang mudah digapai dan tinggikan target mereka setiapkali mereka capai target tersebut. Adakah mereka target ‘straight A+’ sebab mereka mahukannya atau kerana ‘masyarakat’ mahukannya. Adakah mereka mahukan pengiktirafan ‘masyarakat’. Saya selalu tertanya. Saya masih ingat, tiap kali nak masuk dewan peperiksaan ketika SPM, ayat ‘straight A+’ sentiasa mendorongi saya dan pelajar lain (mengeluh). Mereka yang tak berapa pandai selalu rasa tersisih bagi pandangan saya.
Saya selalu fikir kenapa kita hidup dalam masyarakat yang terlalu agungkan keputusan yang cemerlang dalam bidang akademik. Kenapa mereka yang tak ‘berbakat’ dalam akademik dipandang rendah seolah olah mereka adalah kegagalan. Kenapa kita tanam dalam diri mereka sejak mereka masih kanak kanak bahawa mereka ‘tak pandai’ dan tidak mempunyai masa depan cerah. Bila mereka masuk usia remaja dan di sekolah menengah, mereka dikenali sebagai budak bermasalah dan malas belajar sedangkan tanpa kita sedari kita antara penyebab mereka jadi begitu.
” Tak guna aku belajar rajin rajin, aku kan budak kelas last. Bukan pandai pun ”
Berdasarkan pengalaman saya, bila budak pandai cakap, semua angguk kepala. Sokong. Sedangkan apa yang dikata merepek. Ramai pengikut walaupun perangai macam (ehemehem). Bukan semua ya.
Saya ada banyak kawan dari pelbagai kelas. Antara saya paling ingat ialah seorang pelajar kelas last di sekolah rendah yang selalu akan tegur saya tiap kali berjumpa. Bukan setakat tegur, dia selalu senyum lebar kepada saya. Saya kenal dia sebab kita atlet sekolah dalam olahraga sejak darjah empat. Tak pernah jumpa orang segembira dia. Lepas tamat sekolah rendah, saya dah tak jumpa dia tapi saya harap dia akan kekal sebegitu selamanya.
Ingatlah,
Tak semua orang dilahirkan untuk dapat ‘Straight A+’ mahupun ‘Straight A’.
Tak semua orang dilahirkan untuk jadi doktor atau peguam.
Tak semua orang dilahirkan jadi pandai dan masuk kelas depan.
Apa yang penting bagi seseorang manusia ialah hatinya. Bukan sebab darjat, kekayaan atau kebijaksanaanya. Hakikat kehidupan yang kita semua terlepas pandang.
Biarlah jadi si gagal dalam akademik, janji kita ‘straight A+’ pada tingkah laku dan budi pekerti. Pandai tapi tak pandai guna otak, tak guna juga.
Yang Ikhlas
– Otak Berserabut –
– Otak Berserabut
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit