Org selalu tanye apa rahsia aku selalu dpt pointer 3.5 ke atas setiap sem sedangkan aku bukannye kuat study sgt pun. Tp setiap kali org tanye aku mesti diam. Sometimes aku rase nak jawab tp entah lah aku rase mcm aku x layak utk jwb. So biarlah aku jwb kat sini je.
1. JAGA HUBUNGAN DENGAN ALLAH
Aku perempuan. Aku tak alim. Aku x reti baca Al-Quran. Aku sgt jahil. Tudung pun biasa2 je. Tak labuh tp boleh lah setakat tutup dada. Aku jahil sbb takde sape yg bimbing aku. Aku nak berubah tp tak tau mcm mne. Dan aku malu. Malu dgn diri sendiri. Disebabkan aku x reti baca Al-Quran & aku sendiri malu utk mintak org ajar aku, jadi aku cuba sedaya upaya jaga ibadah asas aku. Iaitu solat. Solat & doa je lah yg aku mampu buat utk dekatkan diri aku dgn Allah. Ye ramai org yg solat. Tp aku tengok tak ramai yg solat awal waktu. Ramai yg melengah2kan solat. Ada yg suka solat hujung waktu then terus solat utk waktu seterusnya. Senang x payah amik wuduk byk kali katanya. Tp aku pndang benda ni serius. Tiap kali lepas dengar azan, aku mesti akan terus ambil wuduk & solat. Kalau aku tgh belajar, aku akan berhenti utk solat dulu. Kalau aku ngantuk, aku akan pastikan aku dah solat baru aku tido. Kalau aku x solat awal waktu hati aku automatik rase x tenang. So secara automatiknya aku jd biasa solat awal waktu. Dan jgn lupa byk berdoa dgn Allah. Maaf, mungkin aku x layak utk cakap pasal agama, tp mungkin ni salah satu sebab aku berjaya. Who knows right.
2.JAGA HUBUNGAN DENGAN IBU BAPA & KELUARGA
Yg ni pun aku sangat sangat lah ambik serius terutama hubungan dgn parents. Ada org dia rapat dengan parents, so dia fikir dia dah jaga hubungan dengan parents. Tp sebenarnya tak. Ada yg suka merajuk dengan parents dia, konon manja lah gitu tp dia x tau hati mak bapak ni kadang terkecik hati sbb kite merajuk. Bila mak suruh makan, dia x nk makan sbb merajuk. Dia x tau mak dia susah2 masak utk dia tp dia x nk makan. Kadang ade yg parents pulak lebih2 amik hati anak konon nak pujuk sbb anak yg tua bangka tgh merajuk. Eh kau anak kau lah patut jaga hati parents kau, bukan parents kau yg beria kena amik hati kau! Lagi satu, kalau parents suruh buat sesuatu, tlg lah buat dgn cepat & jgn sesekali malas. Kalau dlm family aku selalu tgk adik beradik pass keje sesama sendiri. Mak suruh akak buang sampah, tp akak suruh adik, adik pulak suruh baby dlm perut mak, last2 mak jugak yg buat sendiri. Kalau mak kau suruh kau, buat je lah jgn pass kat org lain or jgn lengah2kn permintaan mak tu. Kat situ kau dah buat mak kau kecik hati sebenarnya. Dan jgn lupa, sekali pun jgn penah tinggi suara dengan parents. Aku letak parents mmg no 1 dlm hati aku. Even mase kecik aku x rapat dgn dorang, tp bila dah besar aku cuba sedaya upaya utk rapat dgn dorang. Tiap minggu aku akan pastikan aku ckp ‘i love u’ kat parents aku. Dgn ayat tu je In Shaa Allah kite dah buat hati parents kite senang & bersyukur dpt ank mcm kite. Biar dia tau kite syg dia. Lagi satu, rumah aku x lah dekat sgt dgn ukm. Aku duduk shah alam tp tiap minggu mesti aku akan balik. Ada lah jugak kwn aku yg dok tanye “Kau balik buat ape je? X bosan ke balik tiap minggu?” Aku balik sbb aku nak jumpa family aku. Aku nak ceriakn family aku. Aku ada 4 adik beradik. Sorang akak aku dah keje, jadi selalu takde kat rumah. Sorang abg aku lagi tgh menganggur duduk kat rumah. Tp masalahnya dia ni pendiam. Dia suka sorang2 dlm bilik. And aku ada sorang lagi adik yg sgt rapat dgn aku. Adik aku kata kalau aku takde kat rumah, mmg rumah tu akan sunyi sbb akak keje, abg suka duduk dlm bilik. So tinggal dia je utk layan parents aku. Tp adik aku ni jenis org yg serius. So mcm kurang menghiburkan lah hahaha. Jadi aku rase kesian & aku rase bertanggungjawab utk ceriakan family aku. So aku akan selalu balik rumah. Bila kat rumah, aku lah org yg plg bising, plg terkinja kinja. Sengaja aku jd mcm tu sbb nak hiburkan family aku. Aku akan byk bercerita & aku akan ajak dorang jalan2 kat luar. So korang nmpk x, drpd aku kat ukm buat benda x berfaedah dgn kwn2 baik aku balik utk layan family aku. Lastly, doa. Aku rajin mintak parents utk doakan aku. Terutama bila ada exam, presentation penting ke, pertandingan ke, aku mesti akan call parents aku utk doakan aku. Selagi aku x mintak doa dorang, selagi tu lah hati aku x tenang. Sama juga mcm solat.
3. JAGA HUBUNGAN DENGAN HAIWAN
Dengan haiwan pun aku cuba utk buat baik. Terutamanya dgn kucing. Bila dekat kedai makan, kalau nampak kucing, aku mesti akan bagi makan. Selalunya bila ada kucing, pengakhirannya mesti aku akan makan nasi je sebab semua ikan/ayam habis aku bagi kucing mkn. Bagi aku, biarlah aku bagi dorang makan sedap2, biarlah aku makan nasi je pun sbb kite manusia bila2 boleh beli mknn. Tp dorang haiwan cuma dpt mkn dengan simpati manusia je. Kalau org tu bagi, kenyang lah dia. Kalau tak, kelaparan lah dia.
4. JAGA MULUT
Yang ni org selalu susah nak jaga. Selalunya aku tgk org yg terlebih jujur tak reti nak jaga mulut. Tak salah kau jujur, jujur tu baik, tp yg salahnya kata2 kau tu boleh menyakitkan hati org. Tak semua benda kite boleh jujur, ada yg perlu kite tipu/diam utk jaga hati org. Jadi tak payah lah bangga sgt nak ckp “Aku cuma jujur je sbb aku mmg seorng yg jujur”. Lagi satu gurau sesama kawan pun kena ada batas. Kalau org tu tak suka kite panggil dia kurus mcm lidi, so jgn panggil dia lidi. Kalau dia x kesah takpe lah. Ni takkkk kau da tau dia x suka org ckp mcm tu, tp kau ckp jugak dia kurus mcm lidi. Kecik hati dia. Lagi satu, kalau ade perangai kwn kite yg kite x berapa suka & annoying or suka cari pasal ke, kau x payah lah layan sgt or nak balas dendam. Diam kan je. Lagi kite layan, lagi kite bersuara lagi senang dpt dosa & kite takde beza dgn dorang. Last2 kang mesti gaduh. So better diam. And lastly, jgn suka mengumpat ye guys.
5. STUDY SMART
Aku tgk org selalu hafal lecture note. Bila exam, habis semua dia muntahkan kat kertas tu sedangkan soalan mintak 2markah je tp jwpn dia mak aiii mcm 20markah. Aku study pkai lecture note jugak. Tp aku suka simplekan ayat dari lecture note. Buat ayat sendiri tp meaning x berubah. Yelah kadang ayat dlm lecture note berbelit belit susah kite nak ingat. Ada yg hafal ayat tp dia x faham pun maksud ayat tu. So buat lah ayat sendiri baru senang korang nak faham. And jgn lah muntah kan semua yg korng hafal kat kertas jwpn. Kesian lecturer nak kena baca semua jwpn korng sedangkan jwpn takde kena mengena dgn soalan. So make sure korang tau apa soalan tu mintak. Jgn bagi kurang, jgn bagi isi yg x sepatutnya. Lagi satu kalau jenis study last minit mcm aku, jgn lah susahkan diri nak hafal semua benda. Hafal mana yg kau rase kau betul2 faham je. Mana yg kau x faham, xyah fokus sgt nak hafal yg tu. Bila kau sibuk nk hafal semua, then bila tgk soalan kau tak tau pun nk bg jwpn mana satu. Tu sbb ada yg muntahkan semua then x cukup mase nak jawab semua soalan & ada yg bg jwpn salah sedangkan dia hafal je jwpn sebenar, cuma dia keliru. So bila kau tak bagi fokus kat certain topic, kau akan keliru. Conclusionnya jgn lah nak fokus kat semua. Pilih je mana kau suka.
6. BERSYUKUR
Aku pernah je rase gagal masa zaman sekolah & zaman matriks. Tp yg peliknya aku x penah rase sedih dgn result teruk aku. Tp aku sentiasa bersyukur. And aku x penah jadikan org lain sebagai pesaing. Aku belajar utk diri sendiri. Aku x penah bandingkan diri aku dengan org lain. Aku x penah nk dpt result bagus sbb nak kalahkan org lain. Pelik ke aku?
Hahaha tak kot. Bagi aku semua org sama je. Yg pointer 2.0 sama pandai je pandai dgn 4flat. So kalau aku dpt result teruk, aku tetap rase aku sama pandai dgn org yg result gempak2. Kalau aku dpt result gempak pulak, aku x pernah pandang rendah dgn org yg dpt result rendah dari aku. Bagi aku tu bukan nasib baik dia. Ok itu je. Sekian.
– Marigold
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit