Assalamualaikum wbt & salam sejahtera kpd pembaca. Kenalkan aku sbg K, yang ingin berkongsi pengalaman berdasarkan kajian yang dibuat selama setahun.
Tujuan confession ni adalah untuk berkongsi pengalaman, semoga dapat memberi manfaat kepada pihak yang boleh mengambil manfaat & sekutang-kurangnya boleh menyelamatkan pembeli dari menjadi mangsa pihak yang tidak bertanggungjawab tersebut. Lagipun, setakat ni macam takde pun post confession yang terangkan pasal kecacatan mutu kerja. Pandangan aku, fardu kifayah untuk yang berilmu menyampaikan ilmu tersebut jika tanpa ilmu tersebut, ramai yang ditindas & dianiayai. Pandangan tambahan dari pihak yang terlibat dalam bidang pembinaan amatlah dialu-alukan sebab aku menulis berdasarkan perspektif pembeli.
Sebagai permulaan, zaman sekarang, banyak isu kontraktor & pemaju yang tidak bertanggungjawab. Tak semua, dan yang betul2 bagus banyak je tapi malangnya yang rakus mengejar keuntungan pun banyak.. Tapi pengalaman aku di negeri yang bersempadan dengan negara jiran, Arkitek memonopoli bidang pembinaan & banyak syarikat pembinaan sebenarnya milik arkitek tapi guna nama lain untuk mengaburi mata pembeli yang tak tahu apa-apa.
Demi mengaut keuntungan, banyak taktik kotor yang diorang guna:
Dari segi S&P(Perjanjian Jual Beli)
1. ubah S&P tidak mengikut Jadual G(landed house -rumah teres, banglo dll) & Jadual H (strata macam apartment)
2. Pendekkan Defect Liability Period @ tempoh tanggungan kecacatan di mana sekiranya berlaku kerosakan, pemaju kena baiki ( sepatutnya 24 bulan utk landed, 36 bulan kot untuk strata)
3. Guna lesen kontraktor untuk projek memajukan rumah. Jadi, diorang boleh terlepas sekiranya ada isu berbangkit.
Sebenarnya nak cam pemaju atau tidak, tengok nombor lesen pemaju (biasanya dalam muka surat pertama) & nombor kelulusan iklan projek. Jika takde, potensi ditipu agak tinggi kecuali memang yakin kontraktor tu bagus. Kontraktor boleh guna nombor pendaftaran SSM je dlm S&P
Dari segi pembinaan:
1. Buat bangunan tapi nisbah bancuhan simen salah. Berdasarkan maklumat yang aku dapat, dinding & lantai kena guna nisbah tertentu(1:3:5?) tapi tiang kena 1:2:2.. Tapi yang nk kejar keuntungan akan kurangkan simen & kesannya, struktur rumah tak kuat. Boleh merekah.
2. Bagi item 2nd hand macam pintu, tingkap, frame
3. Bagi barang termurah yang boleh bagi : Contoh: paip paling murah.Sekejap je dah berkarat
4. Tak buat ‘soil stabilisation’ dengan baik. Maksudnya, tak meratakan tanah dengan baik & buat cincai2 je.. Kesannya, tanah mendap & mungkin kawasan lain boleh mendap jugak. Saluran paip boleh ditimbus dengan tanah & banyak lagi masalah lain yang boleh timbul.
Bila menjadi mangsa, sebenarnya agak sukar untuk pembeli lawan balik pemaju sebab:
1. Diorang kaut banyak untung dengan cara kotor tu. Duit tu boleh guna untuk cover kos saman atau isu-isu lain sedangkan tak ramai pembeli mempunyai kewangan kukuh untuk mencabar pemaju di mahkamah. Lagipun, panel peguam pemaju sangat banyak. Pasukan diorang pun lengkap dari segi arkitek, jurutera, quantity surveyor, kontraktor dan lain-lain.
2. Duit yang sama boleh digunakan untuk ber’sedekah’ kepada pihak yang berkepentingan. Kesannya, kes boleh ditutup dengan mudah dan pembeli makin ditindas. Soal terima ‘sedekah’ atau tidak, bergantung kepada individu & ada je segelintir yang boleh gelap mata kerana duit
Cuma, jika menjadi mangsa, saluran yang boleh dituju:
1. Peguam – tapi jika ambil peguam pemaju, sangatlah payah untuk menuntut hak
2. HBA @ National House Buyers Association -kat Jalan Barat off Jalan Imbi.
Walaupun sukarelawan, tapi servis sangat bagus
3. Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah – tapi bila kes high profile, mungkin terpaksa reda dengan apa-apa keputusan
4. HG Gempur – Baru je ditubuhkan oleh Harta Guam . Boleh layari facebook Harta Guam
5. PPIM – diorang pun ade lawyer jugak
Nak buat laporan pun boleh .
1. Penguatkuasaan kat Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan
2. Badan profesional macam Lembaga Arkitek Malaysia, Bar Council(peguam) dll
3. SPRM jika yakin ade unsur rasuah
Rujukan yang boleh digunakan:
1. Undang-undang
website www.agc.gov.my
pilih law of malaysia , yang mana berkenaan
a) Akta 118 – Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan & Pelesenan) 1966
– dalam ni ada bidang kuasa tribunal dll
b) Akta 133 – Akta Parit, Jalan & Bangunan 1974
– K yang ditindas
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit