Bagi sesiapa yang mengambil tahu perkembangan industri muzik antarabangsa mesti tahu minggu ni dikejutkan dengan berita kematian Jonghyun, artis Kpop. Beberapa bulan lepas, vokalis utama Linkin Park, Chester Bennington ditemui mati. Dulu, Kurt Cobain ditemui mati. Mereka mati bunuh diri akibat depression yang dialami. Sedangkan kehidupan mereka kelihatan okay gembira famous. Some of keyboard warrior cakap “orang takde pegangan agama macam tu lah. Stress sikit bunuh diri”.. actually no! Aku nak korang orang Malaysia, melayu especially please jangan nak suka judge tak tentu hala. Jangan cakap ikot suka tekak korang jer, please letakkan diri korang kat tempat diorang.
Depression ni tak sama dengan stress dan tekanan yang kite hadapi setiap hari. Stress tu kite masih ada perasaan sama ada marah, sedih, penat. Itu stress. Depression ni lebih kepada “kosong”. Takde rasa. Hanya jasad jer yang melakukan tapi bukan hati. Aku one of them manusia yang mengalaminya. Yup, depression ni silent killer. Dia bunuh aku secara senyap. Sedikit demi sedikit karakter aku berubah. Depan orang lain aku okay, berlakon. Gelak besar, senyuman tak lekang dibibir tapi hakikat sebenar aku rasa aku kosong. Takde apa-apa. Depression ni sejenis penyakit yang aku sendiri tak tahu dari mana punca penyakit ni. Kalau nak katakan aku ni kurang didikan agama? Alhamdulillah, solat setiap hari cukup 5 waktu. Ada kelapangan masa, aku mengaji Al-Quran tapi still rasa kosong. Kadang aku rasa aku ni ada sakit mental. Kadang aku rasa aku ni useless, takde guna aku hidup lagi tapi Alhamdulillah masih belum ada niat untuk bunuh diri. Aku pergi jumpa ustaz mintak air penawar pulihkan semangat. Struggle. Sebab takde seorang pun yang paham apa yang aku rasa. Di mata family aku, aku anak/ adik beradik yang berkerjaya, yang boleh membantu keluarga, yang boleh membanggakan mereka. Di mata kawan-kawan, aku seorang yang ceria, lincah, active. But, bila berseorangan aku rasa kosong, sepi, lonely. Buat apa, semua macam tak kena.
Masyarakat kita sekarang suka judge, buatkan orang yang sama nasib macam aku malu dan tak tahu ke mana hala tuju yang sepatutnya kami pergi. Hari tu aku cuba jawab soalan dari KKM untuk diagnose sama ada aku stress or depression and yess the result is aku medium of depression. Dinasihatkan untuk berjumpa doktor tapi yela, takut dengan persepsi keluarga kawan dan masyarakat sekeliling. I try to call Befrienders, tapi tak membantu sebab their organization, person in charge not really fluently in malay. Bagi orang macam aku yang suka cakap mix malay english, janggal nak bercerita dengan orang yang tak berapa paham Bahasa Melayu. Kesian jugak pada orang yang punyai masalah macam aku tapi tak reti cakap English. Kami tak tahu apa yang harus kami lakukan? Buntu. Rasa nak keluar dari kekosongan ni tapi tak boleh. Tak mintak pon untuk jadi macam ni.
Now, dah sebulan lebih Alhamdulillah, Allah bagi kesedaran awal dekat aku. Aku sayang diri aku. Aku tahu bunuh diri tu berdosa besar. Kalau aku mati, kena seksa lagi teruk sebab lakukan dosa besar. Apa yang aku mampu buat skarang ni, aku cuba ubah diri aku. Kurangkan or jauhkan diri dari orang/ benda/ perkara negative. Aku kurangkan untuk dengar masalah orang. Dulu aku seorang pendengar yang baik, so sekarang aku cuba avoid untuk dengar masalah orang. Reduce.. Aku bukan selfish, cuma ini untuk kebaikkan aku. Aku cuba kurangkan baca benda yang negative. Aku cuba avoid duduk sorang-sorang. Aku buat hobi & aktiviti baru. Aku stop untuk compare kan diri aku dengan orang lain. Aku cuba untuk tampil lebih yakin. I mean, keyakinan dalaman. Aku express kan apa yang aku rasa. Aku carik orang yang boleh dipercayai untuk share apa yang aku rasa, tak kisah la perkara happy or sedih. Takde siapa yang dapat ubah diri kita melainkan diri kita sendiri.
So, pada sesiapa yang mengalami masalah sama macam aku please please please, dont commit suicide. Jangan bunuh diri. Ingat Allah, ingat family, ingat kawan-kawan. Walaupon kite mungkin tak nampak, actually masih ada manusia yang sayangkan kita. Banyak lagi cara untuk kite pulih. Jangan ambil tindakan terburu-buru. Dan kepada masyarakat, jangan ambil ringan masalah depression ni. Orang depression ni bukan gila, bukan jugak disebabkan kurang iman dan didikan agama. Bukan. Stop untuk judge orang, stop hukum orang, stop blame orang. Please hulurkan bantuan. Depression is silent killer. Depression ni boleh dihadapi oleh sesiapa sahaja tak kire jantina dan usia. Mentality masyarakat kite perlu berubah, one day bile berlaku pada diri sendiri or keluarga or orang sekeliling, atleast dapat membantu. Aku dah lalui, teruk. Aku taknak cerita apa yang aku lalui, aku cuma nak share apa yang aku tengah struggle lakukan untuk pulih dari depression ni. Aku still tengah berjuang. Tolong doakan aku yerr. Assalamualaikum
– Gadis
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit