Fitnah Terbesar Wanita Adalah Pakaian

Terima kasih admin IIUM Confession kerana sudi menyiarkan sebuah peringatan dan nasihat dari saya ini kepada wanita di seluruh dunia khususnya wanita-wanita Muslim di seluruh Malaysia.

Alhamdulillah saya berpengalaman bekerja beberapa tahun di beberapa buah industri seperti industri pendidikan, perniagaan, pembinaan, perbankan dan lain-lain. Semasa bekerja di industri pembinaan saya banyak travel senang kata selalu buat ‘site visit’ la. Saya mahu ‘straight to the point’, melalui pemerhatian saya di tempat kerja, café, shopping complex mahupun di kawasan rehat umum, pakaian wanita semakin hari semakin jauh dari landasan syara’, jika ada yang berpendapat bahawa pakaian wanita dahulu lebih teruk, pendapat itu mungkin juga betul, akan tetapi adakah kita mahu kembali ke zaman pakaian ‘jahiliyyah’ ?. Ini yang saya katakan fitnah terbesar bagi wanita adalah Pakaian.

Apa yang lebih mengecewakan saya, etika pemakaian di tempat kerja sudah disalah tafsirkan. Melalui pemerhatian saya, pemakaian lelaki di tempat kerja tiada masalah dari segi aurat, yang ada ialah tidak mematuhi etika pemakaian seperti tidak memakai tali leher, tidak ‘tuck in’ baju dan lain2 tanpa melibatkan masalah aurat yang kritikal. Tetapi pekerja wanita sebaliknya, ada yang berpakaian ketat, nampak tubuh badan, seluar jeans ketat, bahagian atas dada terdedah dilihat seolah-olah itulah etika pemakaian yang ‘okay’ utk pekerja wanita. Bak kata biarlah terbuka sana sini asal cantik jadilah. Inilah pertanda akhir zaman. Nak tunjuk kat siapa aurat kamu tu?

Lokasi yang saya maksudkan disini ialah di tempat kerja, shopping complex, dalam pengangkutan awam, di kawasan rekreasi umum dan kawasan rehat’ kita boleh kira berapa ramai sahaja lelaki yang memakai seluar pendek yakni yang tidak menutup aurat(lutut lelaki ialah aurat menurut mazhab Syafie’, sebahagian mazhab lain mengatakan atas lutut), begitu juga dengan pusat(pusat lelaki ialah aurat menurut mazhab Syafie’, sebahagian mazhab lain mengatakan bawah pusat), masih ramai yang berpakaian menutup aurat even non-muslim lelaki pun menutup aurat walaupun mereka tidak memahaminya .

Manakala sememangnya tidak dinafikan, lebih ramai wanita yang berpakaian tetapi ‘bertelanjang’ yakni tidak menutup aurat menurut panduan Syara’. Di zaman sekarang ini sungguh berat fitnah yang ada di sekeliling kita. Ketika ke shopping complex untuk membeli belah, berehat di kawasan rekreasi atau kawasan rehat kita dikelilingi dengan fitnah yang boleh menggoda pandangan kita sama ada lelaki mahupun perempuan ke arah yang haram. Lelaki terlihat wanita-wanita yang keluar rumah tanpa menutup aurat, wanita itu tanpa sedikit pun rasa malu di hadapan Allah yang telah menciptakan dan memberikan berbagai nikmat. Semakin ramai yang memakai pakaian yang ketat, singkat, kecil, dan sebahagian lagi memakai pakaian yang menampakkan tubuh badan(pakaian yg sgt nipis). Mereka berpakaian, akan tetapi pada hakikatnya telanjang. Ya Allah, kadang-kadang malu sangat bila mendengar luahan dari makcik-makcik, kata mereka sedih melihat wanita zaman sekarang pakaian terdedah sana sini ketat sana sini ikut pakaian orang barat. Aurat wanita tiada khilaf dan ia jelas dalam Al-Quran;

Hai Nabi katakanlah kepada Isteri-Isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka mengulurkan Jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”, Yang demikian Itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana Itu mereka tidak diganggu, dan Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang. (Surah Al-Ahzaab: 59)

Para ulama mentafsirkan jilbab itu pakaian yang menutup aurat menurut Syara’, yang ‘longgar’ atau ‘luas’, tidak menampakkan bentuk tubuh badan, sopan, dan tidak mencolok mata lelaki ajnabi.

Meskipun ada beberapa ulama khilaf dari aspek tapak tangan dan muka wanita. Tetapi ia hanya khilaf kecil dan tidak membatasi dalil dari Al-Quran seperti ayat diatas dan Hadith Nabi yang lain.
Tambahan pula dalil dari Al-Quran dan Sunnah supaya menutup aurat lebih banyak ditujukan kpd wanita berbanding lelaki. Yakni Allah memberi peringatan sebenar-benar peringatan kepada wanita supaya memelihara aurat menurut kehendak Syariat Islam. Ya, Allah memerintahkan lelaki supaya menundukkan pandangan seperti dalil dibawah;

Katakanlah kepada lelaki yang beriman,’Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. Yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.’” (Surah An-Nur : 30).

Akan tetapi Ibnu Kathir menghuraikan maksud ayat tersebut perintah Allah ini tidak hanya kepada lelaki, akan tetapi keatas wanita juga.

“Ini adalah perintah dari Allah Ta’ala kepada hamba-hambaNya yang beriman untuk menjaga (menahan) pandangan mereka dari hal-hal yang diharamkan atas mereka. Maka janganlah memandang kecuali memandang kepada hal-hal yang diperbolehkan untuk dipandang. Dan tahanlah pandanganmu dari hal-hal yang diharamkan.” (Tafsir Ibnu Katsir, 6/41)

Melalui pemerhatian saya, evolusi pakaian ni berkembang dengan amat pantas, memang tak dapat kita ikuti setiap berkembangan evolusi pakaian ini. Persoalannya, adakah evolusi itu sejajar dengan kehendak Syara’?. Saya rasa ramai akan akui bahawa evolusi pakaian wanita lebih pantas daripada pakaian lelaki, jika ada yang kata seiring pun kita boleh lihat jenis, warna, bentuk pakaian wanita lebih bervariasi daripada pakaian lelaki. Allah jadikan wanita itu perhiasan duniawi, tapi bukan untuk ditayang-tayang auratnya sehingga menarik nafsu syahwat ajnabi.

Tambahan pula, bila baca buku etika pemakaian di tempat kerja, Eh.. banyak pula syarat-syarat untuk lelaki seperti pakai tali leher, ‘tuck in’ baju, rambut pendek dan kemas, pakai stokin gelap, kasut hitam….dan banyak lagi. Bila baca etika pemakaian wanita pula, berpakaian dengan pakaian yang sopan dan berkasut, baju kurung ke apa ke terpulang kepada wanita trsebut. Eh sikitnya? Etika pemakaian seperti ini yang telah membawa wanita zaman ini semakin jauh dan terus jauh dari landasan Syariat Islam dalam aspek pemakaian wanita.

Islam tidak melarang evolusi dalam pakaian, tapi Islam melarang membuat dan memakai pakaian yang tidak mematuhi syarat dan kehendak syara’. Ya, designer Wajib patuhi hukum syara’ dalam mereka bentuk pakaian, baik designer lelaki mahupun perempuan. Lambakan ‘Hijab’ yang tidak menetapi syariat Islam juga amat membimbangkan. Tambahan pula hijab seperti itulah yang menjadi kegemaran wanita zaman ini. Belum lagi masuk bab jenis kain yang dipakai oleh wanita, seperti kain terlalu nipis, ditembusi cahaya dan lain-lain.

Allah mempermudahkan lelaki menjaga aurat iaitu mudah dari aspek pakaian kerana sebab-sebab tertentu. Manakala Allah membatasi wanita dengan aurat-aurat tertentu juga kerana ada sebab-sebab tertentu dari Allah. Lelaki lebih mudah menjaga aurat berbanding wanita. Para asatizah sering kali mengingatkan bahawa antara fitnah terbesar buat wanita adalah ‘pakaian’. Akan tetapi nasihat dan peringatan dari para asatizah ini tidak diendahkan oleh kebanyakn wanita zaman ini, malah diperdebatkan pula dan mempergunakan ayat seperti;

“Jangan nilai seseorang dari luarannya” or “don’t judge the book by its cover”

1.Kelas Agama ada dimana-mana setiap hari.
2.Kuliah Agama ada di TV setiap hari.
3.Banyak program/ceramah agama setiap hujung minggu di masjid dan lain-lain.

Jangan mempergunakan istilah diatas untuk menyelamatkan diri kita. Kita mungkin selamat didunia, tapi di akhirat belum tentu lagi. Nabi, Ulama dan asatizah sudah menyampaikan nasihat dan peringatan kepada kita. Cukup bagi Allah untuk dakwa kita di akhirat kelak kerana tidak menjaga aurat, sedangkan kita hanya mempergunakan alasan ciptaan manusia untuk menyelamatkan diri kita. Hidayah bukan jatuh dari langit akan tetapi perlu dicari. Usah tunggu ditegur oleh suami, ustaz atau rakan-rakan, sebaliknya kita yang ada akal dan iman ini sepatutnya boleh berfikir mana yang baik disisi Allah dan Rasul. Kamu boleh berkata “kubur masing-masing”, tetapi lupakah kita dikubur nanti kita berseorangan dan hanya bertemankan amalan baik/buruk kita semasa didunia ini.

Allah berpesan lagi;
Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya. (Surah An Nur : 31)

“Wahai wanita ingatlah, selagimana kamu memakai pakaian yang tidak menutup aurat dengan sempurna(Tidak mengikut kehendak syara’), selagi itu dosa akan terus mengalir setiap saat keatasmu (Kecuali dihadapan suami dan mereka yang haram berkahwin denganmu, walaubagaimanapun masih perlu berpakaian sopan). Tanpa kamu sedar dosa terus mengalir dan mengalir, dosa bertambah dan terus bertambah hingga menyebabkan hati kamu keras untuk menerima teguran. Pahala yang besar kepada mereka yang bermujahadah berjaya menutup aurat mengikut kehendak syara’.

Saya masih ingat pesanan seorang makcik kepada saya, “wanita itu mulia disisi Allah, akan tetapi setiap pergerakan wanita itu boleh bertukar kepada fitnah yang sangat besar kepada wanita”
Maksudnya dari aspek pakaian, pertuturan, perkataan, tingkah laku, akhlak dan lain-lain.
Saya juga masih ingat ada non-muslim berkata pada saya, “ Eh, I tengok sama sahaja pakaian perempuan Islam dengan yg bukan Islam”…… Lihatlah, dengan sbb pakaian sahaja boleh membawa fitnah kepada Islam

Peringatan saya kepada wanita. Wahai wanita, peliharalah auratmu dengan sempurna menurut kehendak syara’. Utamakan pandangan Allah dari manusia. Kerana aurat yang tidak ditutup dengan sempurna akan menjadi bahan bakaran Api Neraka di akhirat kelak. Wahai Ibubapa didiklah anak perempuanmu memelihara aurat dengan sempurna, pakaikan mereka dengan pakaian menurut kehendak syara’.

Sekian

– Hamba Allah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit