Assalammualaikum nama aku Sab. Ni first time aku tulis benda macam ni hahah kalau disiarkan terima kasih la aku hanya nak share kisah aku, perangai aku yang sampai sekarang menganggu fikiran aku. Sorry kalau entry ni panjang sangat dan ada part yang korang takfaham tapi aku dah cuba untuk story kat korang. Aku merupakan seorang pelajar universiti yang sedang melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda. Aku ada satu sikap yang dah malas nak berkawan dengan orang di sekeliling aku,
bukannya aku tak cuba approach atau bercakap dengan diorang tapi aku rasa orang sekeliling aku macam tak ikhlas kawan dengan aku. Aku ada satu perasaan tu yang susah nak describe, perasaan yang dah tak boleh percaya orang haa macam tu la aku rasa sekarang ni.
Dulu masa sekolah rendah, aku ada kawan baik ni memang baik gila la almost everything aku share dengan dia even our parents pun rapat. So, aku kawan dengan dia dari darjah satu sampai enam. Then, ditakdirkan kita orang dapat pergi sekolah menengah yang sama, happy la and dah janji nak buat everything together tapi kita orang tak dpat kelas yang sama. Then, after beberapa minggu start form 1, biasala akan jumpa kawan baru. Aku pun mula rpat dengan kawan sekelas aku sebab aku suka ramai kawan tapi aku still rehat, balik dan pergi sekolah dengan kawan baik aku ni. Lama-kelamaan kami mula tak rapat sebab dia pun ada kawan baru, kawan sekelas dia la dan aku pulak sibuk masuk macam-macam pertandingan dengan kawan-kawan sekelas aku. Dalam kelas tu, kami ada 7 orang perempuan so kami memang selalu masuk pertandingan apa2 sekali. Lepas ja aku selesai pertandingan dan ditakdirkan aku menang pertandingan tu, kawan baik aku yang dari sekolah rendah tu tiba-tiba dah tak cakap dengan aku and buat tak tahu ja. Beberapa hari lepas tu aku dapat tahu dia ada kutuk belakang aku yang buat aku agak panass la mula2 aku tak percaya tapi ada suatu hari tu Allah nak tunjuk la, aku terdengar dia kutuk aku. Yang buat aku agak panas dia boleh kutuk parents aku sekali. Tak perlu lah kot aku cerita apa dia cakap kan. Aku betul2 tak boleh terima apa yang dia buat, aku mula jauhkan diri dari dia. Daripada balik dan pergi sekolah sekali, aku dah tak pergi dengan dia. After beberapa hari, dia tegur aku dan buat mcam takdak apa-apa tapi masa tu kawan-kawan aku yang lain semua ada. So, aku malas nak gaduh-gaduh aku cakap mcm biasa ja la dengan dia , mungkin kami tak matang lagi sbb masa tu kita orang baru form 1 tapi memang dah tawar hati gila. Bila aku dengan dia ja, dia buat taktahu macam aku ni tak wujud. Aku tak tahu apa masalah dia yang boleh buat dia berubah sampai macam tu. Dia ni kalau depan orang memang pijak semut tak mati sampai keluarga aku pun semua suka dia padahal belakang family aku, dia boleh kutuk pasal kami. Aku diam ja dan sabar sebab fikir dia ni kawan baik aku dulu yang selalu ada dengan aku dulu tapi ada la beberapa benda yang dia buat aku melenting jugak. Aku marah dia, dia boleh buat dunno ja macam tak salah langsung. So, aku buat keputusan nak buat dunno jugak dengan dia.
Then, aku pun lalui hidup sebagai seorang pelajar sekolah menengah dengan kawan-kawan sekelas aku yang lagi enam orang tu dari form 1 sampai form 3. Then, masuk form 4 kami enam orang kena tukar kelas. Berpisah la dan kejadian berulang berlaku kat aku. Antara kawan aku yang enam orang tu, ada juga aku terdengar kutuk belakang. Sekali lagi aku tak sangka manusia cepat berubah macam tu. Bukan nak kata aku perfect sangat tapi kawan-kawan aku semua tak dak HATI tu ja aku leh cakap. Tapi ada la 4 orang lagi yang betul2 baik dengan aku sampai sekarang tapi kitaorang dah 3 tahun tak jumpa masing-masing busy dan jauh, hanya berhubung melalui group whatsapp. So sambung cerita masa form 4 aku kawan la dengan kawan kelas yang baru tapi diorang ni tak ikhlas pun kawan dengan aku, kawan sebab nak korek rahsia aku dengan kawan-kawan aku sebelum ni hmm. Start daripada tu, aku dah malas nak fikir untuk berkawan dan approach orang dulu sebab aku kecewa dengan sikap diorang yang talam dua muka tu.
Aku tahu taksemua orang macam tu tapi aku belum jumpa lagiii orang yang tak mcm tu kecuali 4 org kawan yang aku ckp sebelum ni tapi diorang ni ada dah ada life masing-msing takkan la setiap masa diorang nak ada untuk aku. So aku mula lonely hingga la aku masuk universiti. Masuk u pun sama, mula mula aku ada kawan yang baik tapi lama kelamaan bila aku dah aktif masuk persatuan dan ada jawatan sikit, kawan mula tikam belakang. Kalau setakat kutuk sikit2 aku takkisah sangat tapi ni macam nak ambil kesempatan bila diorang kawan dengan aku. Aku stress bila pikir masalah ni dari sekolah menengah aku belum jumpa kawan yang akan ada selalu masa susah dan senang. Bayangkan aku makan, pergi kelas, buat homework, semua benda aku buat sendiri tanpa teman. Kawan kelas ada tapi macam tak wujud sebab aku rasa diorang tak ikhlas. Aku taktahu sampai bila aku boleh tahan dengan semua ni lagi. Selama ni aku bertahan la sampai aku boleh survive belajar sendiri walaupun result aku semua ok taklah teruk tapi mana ada orang yang boleh hidup sendiri. Aku takda msalah pun dengan family, aku happy ja bila balik rumah spend time dengan family tapi bila balik u aku mula stress ngn murung.. Kadang-kadang aku tak keluar bilik dan aku tidur ja seharian. Teruk kan? Aku bercakap dengan orang tapi aku belum jumpa lagi org yang boleh aku panggil KAWAN.
Masalah utama aku sekarang ni aku suka pendam masalah. Dekat family aku langsung tak cerita, bila diorang tanya kawan semua ok ka, aku tipu cakap ok padahal aku takda kawan pun weh aku buat benda semua sndiri sebab aku dah tak boleh nak percaya ‘kawan’ lagi. Banyak lagi aku nak cerita tapi aku akan stop kat sini sebab mata dah tak tahan hahah ni belum aku cerita pasal lelaki-lelaki yang ada bagi harapan dan menipu aku yang betul buat aku serik nak percaya ada lelaki yang betul-betul ikhlas. Semua benda ni buat aku stresss.. Korang tolong la bagitahu aku apa patut aku buat untuk percaya orang balik?
Sekian.
– Miss Sab
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit