Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca IIUM Confession. Nama ku Attiqa Nursyarmila berumur 25 tahun, sudah berkahwin dengan senior ku sendiri dari Sabah yang merupakan fasilitator masa minggu orentasi pelajar baru. Seorang yang lucu bila bergaul, good looking tapi pemalu bila berhadapan dengan orang yang baru dia kenal. Muka dia ada iras-iras Zizan Razak tapi hidung dia tak lah sebesar zizang. Kawan ku cakap aku seorang perempuan yang susah untuk jatuh cinta. Itu memang aku akui dan aku dulu tak percaya dengan cinta pandang pertama. Bagi aku cinta pandang pertama itu mitos yang di buat oleh Hollywood untuk melariskan filem cinta mereka. Tapi selepas bertentang mata dengan Farid Ridzuan bin Hj Anas, aku seolah-olah jilat balik ludah yang aku buang dulu. Start dari hari tu aku baru tahu macam mana perasaan menyukai seseorang dalam diam. Sepanjang semester satu aku dok usha dia dari jauh, sampaikan aku sanggup turun petang ke court futsal untuk tengok dia main. Kawan-kawan sebilik aku tahu yang aku ada feeling dengan dia tapi takkan perigi cari timba kan. Aku pendam sebab aku nak dia yang mulakan dulu walaupun aku tak tahu bila dia akan mulakan dulu tapi kawan-kawan aku cakap yang ramai senior perempuan yang cuba nak rapat dengan dia. Farid ni pun jenis yang layan perempuan kalau dah rapat, hmm hampeh punya jantan.
Masuk semester dua aku tak tinggal asrama lagi. Aku tinggal dengan pakcik dan makcik aku yang memang dekat dengan tempat aku study. Aku masih selalu memerhati dia dari jauh sebab kami berlainan course, dan aku yakin dia masa itu belum ada teman wanita. Dan aku tak sangka rupanya aku bukan bertepuk sebelah tangan. Selepas habis kelas hari tu, aku menunggu bas untuk pulang ke rumah, kebetulan hari tu Farid (tapi aku panggil Ayid sebab family dia panggil begitu) pun habis kelas jam yang sama dengan aku. Dia ada motor untuk pergi balik kolej ke rumah sewa lalu perhentian bas tempat aku menunggu. Ayid berhenti tepat depan ku dan parking motornya tepi jalan menuju ke arahku. Sampai sekarang aku masih ingat peristiwa yang aku rasa sebagai batu loncatan yang menjadikan aku rapat dengan dia, Ayid sudi tumpangkan aku balik ke rumah pakcik aku kebetulan housemate dia yang selalu tumpang dia balik awal sebab kelas cancel. Mulanya aku menolak sebab malu (tapi sebenarnya dalam hati mahu mahu mahu) Kawan-kawan aku semua support Ayid untuk hantar aku pulang sebab takut kalau aku di kacau lelaki-lelaki gatal masa dalam bas. Dengan perasaan malu tapi mahu tu aku sempat senyum tanda thanks dengan kawan-kawan aku yang sememangnya sangat memahami. Hehee. Dalam perjalanan, aku nak sangat masa tu berjalan dengan sangat perlahan. Walaupun perbualan kami hanya bertanyakan tempat tinggal aku dan tinggal dengan siapa. Aku dapat agak yang Ayid ni masih malu dengan aku masa tu sebab pertanyaan dia macam mahu tak mahu untuk bercakap. Dia hantar sampai depan pagar rumah pakcik aku, dia turun dari motor dan buka pagar rumah. Dia cakap nak jumpa pakcik makcik aku sebab sudah hantar anak buah dia dengan selamat. Hahaha. Kalau di ingat balik masa tu aku akan ketawa balik sebab Ayid macam tak pandai nak buka topic untuk bercakap dengan perempuan. Aku beritahu Ayid yang pakcik dan makcik aku masih bekerja sebab kereta diorang tiada parking di garaj kereta. Ayid sempat ucap terima kasih dengan aku sebab sudi tumpang motor dia. Haha. Aku ingat masa tu dia peril aku sebab aku tiada say thanks hantar aku balik.
Malam tu aku video call fb dengan kawan aku, Aina. Kawan yang aku selalu kongsi suka duka aku bersama. Thanks Aina sebab sudi jadi kawan yang baik untuk aku mmuuuahhh. Malam tu aku cerita dengan Aina pasal Ayid hantar aku balik, tentang kelakuan Ayid yang pemalu sepanjang perjalanan dan tentang Ayid yang tak minta pun no telefon aku sebelum dia balik. Aku sempat kutuk Ayid yang tak gentlemen sebab tak minta no telefon aku. Aina cakap yang mungkin dia lupa sebab keghabraan dia tengok aku yang senyum terus. Lepas habis video call aku plan nak tidur awal sebab keesokannya kelas aku awal, dalam ingatan aku mungkin masa tu baru pukul 9 lebih. Pakcik aku panggil aku turun sebab ada kawan lelaki nak jumpa. Aku dapat jangka yang itu Ayid sebab tiada kawan lelaki lain yang tahu rumah pakcik aku di mana kecuali Ayid. Rupanya kedatangan Ayid malam tu sebab nak minta no telefon aku, aku dapat Nampak dari pemakaian dia yang dia baru habis main futsal dan tergesa-gesa terus ke rumah pakcik aku untuk minta no telefon. Ayid cakap dia lupa minta petang tadi dan aku tanya lepas Ayid lepas dapat no telefon dia nak buat apa. Ayid cakap dia terus balik rumah, masuk bilik call aku, cakap thanks sebab bagi no telefon lepas tu baru mandi lepas tu tidur. Aku ketawa oleh dengan suaranya yang gementar tapi jawapan yang terlalu spontan dan berterus terang. Sumpah masa itu aku rasa aku happy yang sangat-sangat sebab lelaki yang selama ni aku duk usha pun ada perasaan dengan aku. Itu aku yakin. Hehehee.
Start dari hari tu, Ayid akan selalu call atau sms bila dia ada masa terluang. Kadang dia akan hantar aku balik rumah jika kebetulan masa kelas kami habis sama-sama. Pakcik dan makcik aku pun senang dengan Ayid yang memang ramah dan sopan dengan orang yang lebih berusia dari dia walaupun usia pakcik dan makcik aku belum 32 tahun masa tu. Ayid pun bukan jenis yang bawa anak dara orang keluar ke mall atau ke taman berdua-duaan. Aku pernah terfikir mungkin Ayid ni ada gere’ di luar yang dia taknak kedapatan. Yala masa tu dia belum cakap apa-apa lagi pasal hubungan kami dan dia beritahu kawan-kawan dia yang kami Cuma kawan rapat. Huhhh frust juga la masa tu sebab aku makin hari makin sayang dengan si Ayid ni. Tapi hujung semester dia ada cakap nak ikut aku balik Miri nak kenal-kenal dengan keluarga aku. Aku masa tu dah menggelabah, yala biasa dalam drama melayu bila lelaki nak datang rumah perempuan nak jumpa keluarga pihak perempuan mesti untuk naik meminang. Dalam menggelabah tu aku happy juga la sebab tanda dia serius dengan aku. Aku call umi aku (ayah aku meninggal masa aku berumur 11 tahun) bagitahu yang Ayid nak datang rumah masa cuti semester. Umi aku memang kenal dari nama jak Ayid tu sebab pakcik aku pernah bagitahu umi aku yang Ayid selalu datang rumah jumpa aku. Umi aku pun bangga dengan Ayid sebab hormat aku sebagai perempuan walaupun aku tipikal perempuan yang free hair dan suka pakai seluar yang ketat.
Hari yang di aku tunggu pun tiba, aku dan Ayid naik flight dari Kuching ke Miri, perasaan dalam flight tu bercampur aduk. Perasaan gementar, gembira, gelisah tu semua ada. Ayid aku nampak cool dan bersedia untuk berjumpa dengan umi dan paklong aku. Sampai sekarang aku masih ingat Ayid cakap dengan umi dan paklong aku, “Saya bukan untuk hidup untuk sekarang sahaja, tapi saya ada perancangan masa depan untuk saya dengan Mila. Saya tahu saya masih muda untuk pikul beban sebagai seorang suami tapi tolong benarkan saya cuba yang terbaik untuk Mila. Mungkin sekarang saya bukan yang terbaik untuk Mila tapi bila sudah tua nanti tengok muka saya yang makin berkedut dia pasti tidak akan menyesal kerana memilih saya untuk bersamanya sampai hujung nafas.” Fuhh ayat Ayid tu sampai sekarang aku masih ingat sebab dia ada tulis dan hafal masa dalam perjalanan dari airport ke rumah ku, dan kertas tu sampai sekarang aku masih simpan dalam purse sebab surat itu lah yang menyakinkan umi dan paklong untuk aku bertunang dengan dia hari tu juga.
Selepas umi dan paklong bersetuju, Ayid minta untuk majlis akad nikah 2 minggu lagi sebab dia mahu bawa keluarga dia dari Sabah untuk datang majlis akad nikah dan mengurus persiapan pernikahan. Untuk pengetahuan pembaca, Ayid boleh di kategorikan sebagai seorang yang cukup serba serbi. Ayah dia ada bisnes pengangkutan bas di Sabah, mak dia pula Penolong Kanan HEM di sekolah rendah dan kakak tunggalnya seorang lecturer di Politeknik Kota Kinabalu. Ayid anak bongsu dan merupakan anak manja dalam keluarganya jadi semua permintaan Ayid memang akan di tunaikan asalkan Ayid sanggup tanggung risikonya selepas tu. Aku pula anak kedua dari 3 orang adik beradik yang kesemuanya perempuan.
Alhamdulillah selepas dua minggu aku bergelar isteri kepada Farid Ridzuan, dia cinta pertama dan berharap dia juga cinta terakhir ku. Majlis akad nikah kami Cuma di hadiri keluarga rapat dan kawan rapat sahaja kerana tiada majlis bersanding di adakan. Ayid berjanji akan buat majlis persandingan selepas aku tamat pengajian kelak. Mak ayah Ayid memang sporting habis, diorang pun cepat rapat dengan family aku walaupun berlainan bangsa dan suku kaum. Aku bangsa melanau sebelah umi mix cina sebelah ayah, Ayid pula Melayu Jawa sebelah mak dia manakala ayah dia berbangsa dusun. Tapi kulit Ayid tak putih cerah macam kakak dia yang kalau panas akan merah seluruh muka dia. Aina pun sempat peril aku cakap dapat nikah dengan artis sebab Ayid memang sebiji muka zizan tapi Ayid handsome lagi dari zizan. Hehehee.
Perkongsian ini hanya untuk memberi aspirasi kepada semua anak-anak muda yang ragu untuk berkahwin ketika masih di awal usia dan ini merupakan catatan hidup saya sebagai kenangan untuk di kongsikan. Maafkan saya jika penulisan saya tidak menarik dan reader kurang jelas dengan jalan cerita saya kerana saya bukan nya penulis novel ataupun cerpen yang pandai mengarang ayat.
P/s : Jika mendapat sambutan yang menggalakkan dari reader semua inshaAllah saya akan sambung tentang perjalanan hidup kami bergelar suami isteri tika masih muda. Bagaimana sifat sebenar Ayid selepas kahwin, ketika masuk alam pekerjaan dan ketika melahirkan anak cukup istimewa, autism iaitu Noah bin Fariz Ridzuan.
– Attiqa Nursyarmila
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit