Assalamualaikum. Terima kasih admin sudi terima ‘entry’ aku untuk disiarkan. Aku bekas pelajar sebuah universiti tempatan, alhamdulillah, dah hampir setahun setengah graduate. Sebab aku share kisah ni ialah pengalaman diri sendiri dan macam mana pengalaman ni didik aku untuk jaga diri aku daripada fitnah sosial hari ni. Tapi, aku juga nak tegur lelaki dan perempuan yang menjadi sebab fitnah ni berlaku pertama sekali.
Aku bukan perasan, tapi ramai memang cakap aku hensem, muka market bagai. Ni testimoni orang ramai, dan aku sebagai manusia biasa, kadang-kadang memang rasa banggalah juga. Tapi, aku cuba tahan diri aku dari anggap tu perkara yang menambahkan kemuliaan aku sebab kalau rupa cantik atau kacak, perangai macam syaitonirrajim pun tak guna juga kan. Masalah aku ialah, aku usaha jaga mata, tapi orang perempuan universiti aku tak usaha jaga mata dan percakapan mereka dengan aku. Masa daftar matrikulasi, kakak yang tulis nama aku tu siapa minta nombor aku, tanya aku dah ada girlfriend ke tak. Aku memang ‘blur’, tak faham apa yang berlaku, anggap soalan tu sekadar soalan suka-suka, yalah, dekat sekolah approach sebegitu direct memang tak pernah berlaku sebab aku jenis tak bercakap dengan perempuan. Sepanjang lima tahun aku dekat universiti, pengalaman dengan perempuan ni, walaupun aku tak pernah berbual dengan mereka melainkan urusan melibatkan kerja universiti, ramai perempuan yang berurusan dengan aku jenis yang tak jaga percakapan. Minta maaf atas bahasa yang aku gunakan ni, tapi pernah sampai ada yang tiba-tiba cakap, “Tak tahan, bergetah aku tengok engkau Tajudin.” Out of the blue kot, tengah bincang pasal group work, dia keluarkan kenyataan macam tu, aku terus tinggalkan meja tu. Terlalu banyak lagi yang berlaku, tapi tujuan sharing ni bukan untuk aku senaraikan apa yang berlaku pada aku. Pengenalan ni sekadar untuk kau orang dapat idea apa yang berlaku pada aku masa tu.
Point aku ni bukan untuk perempuan saja, untuk lelaki juga. Aku lelaki, jadi aku ‘quote’ pengalaman aku dari perspektif seorang lelaki. Mungkin ramai juga wanita yang menghadapi situasi yang sama. Tapi, point yang paling mudah ialah apa yang Nabi sebutkan dalam satu hadis,
“Jika kamu hilang perasaan malu, maka berbuatlah apa yang kamu suka”
Ramai antara kita harini dah hilang perasaan malu, sebab itulah kenyataan-kenyataan macam ni boleh keluar. Kita berani keluarkan kenyataan-kenyataan lucah kepada kawan-kawan tak sama jantina. Dulu, aku tak berani nak sebut pasal benda-benda macam ni dengan adik beradik lelaki pun, tapi bila masuk universiti, baru tahu, realiti yang sama tak wujud. Perasaan malu takda, kawan sebilik aku boleh menonton pornografi dengan “loudspeaker” lagi. Kita boleh cuba nasihat, dan kita sedar ini memang ujian yang Allah SWT beri kepada semua orang, untuk menghadapi situasi seperti ni dalam kehidupan. Tapi tu tak bermakna kita perlu berdiam diri dan tidak menegur mereka yang menjadi punca masalah ini in the first place. Wujudkanlah semua perasaan malu tu, tak rugi, lagi-lagi dalam dunia yang masalah sosial memang sangat meruncing. Kurangkanlah (read:stop) layan filem-filem yang berunsur lucah lagi-lagi filem Hollywood yang kebanyakannya sangat, malah terlebih terbuka bab seks ini. Kita kena sedar kesan pendedahan macam ni pada hidup kita, budaya kita sebagai masyarakat Islam.
Hadis dekat atas cukup jelas untuk buat kita faham, macam mana penting perasaan malu untuk didik diri kita hidup dalam masyarakat hari ni. Malu yang macam mana? Bukan malu yang macam kalau orang tanya, kau tunduk tenung tanah sampai tanah boleh terbakar. Malu yang buat kau sedar tindak tanduk kau diperhati oleh Allah, malu yang bawa kau jauh dari perkara haram dan maksiat, malu yang buat kau faham kau hidup dekat dunia ini untuk jadi sebab manfaat kepada orang lain, bukan mudarat. Malu kerana Allah.
Aku taknak post panjang. Aku harap point aku sampai. Terima kasih semua.
– Mr. T
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit