Hanya Dengan Selawat

Assalamualaikum semua. kat sini aku sekadar ingin berkongsi pada semua kalau korang2 punya masalah yg sama dgn apa yg aku alami dan jika sharing yg tak seberapa ni di publish. so thanks pada admin.

(Baca sambil hayati ye) Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Allahumma Solli’ala saidina Muhammad Wa’ala ali Muhammad. Aku mulakan cerita ni dgn bersyukur teramat kpd Allah sebab mengizinkan aku utk berkongsi sesuatu yg baik dgn korang. dan tau kenapa aku mulakan dgn selawat ? Dan memang ramai penceramah bebas/ustaz ustazah kat luar yg suka mulakan ceramah diorang dgn selawat terlebih dulu.

Kalau korang rasa sesuatu selepas baca selawat, maknanye terbukti lah apa yg aku nak kongsikan dgn korang kat sini .. kalau tak rasa apa2, boleh jadi korang belum lagi baca dgn hati tapi hanya baca dgn lisan. Atau masih tak cukup hanya dgn satu selawat. Perlukan lebih lagi sampai hati rasa sesuatu.

Ok. Sekarang aku mulakan story morry ok. Firstly, aku ada seorang ayah yg garang bila time dia marah, dan tak boleh silap sikit je. Kalau dia marah, memang takut sgt sebab kadang2 dia marah benda2 yg tak masuk akal or benda kecik je, tapi dibesarkan. Biasa laa kalau marah, syaitan mengambil alih. So, bila aku kena marah (kadang2 jelaa aku kena, selalu mak yg kena) mase tengah call, aku dgr je (sebab tak boleh menjawab) dan dalam perjalanan balik rumah pulak (nanti kat rumah sambung lagi kena marah haha), dalam hati aku dgn mak (kalau mak ada sekali kat sebelah) kitorang akan hadiahkan selawat untuk ayah. Niat sekali, mudah2an Allah lembutkan hati ayah dan tak marah2 lagi. Nak dipendekkan cerita, balik2 tu Alhamdulillah, ayah diam je. Sampai bangun pagi esoknya. Nampak tak selawat ni bukan main2 tau.

Ok ni pengalaman aku sendiri laa, Allah tunjuk direct. Time ayah call aku, marah2 sebab kami ada buat salah, time tu aku tak tau nak buat apa, sakit hati tak payah cakap. Lepas tu baru teringat mak ajar hadiahkan selawat untuk ayah, time aku tengah selawat2 plus dgn hati aku yg makin lama rasa makin tenang, ayah tiba2 senyap. Lepas tu cakap sikit (nada pun dah makin reda) then letak fon. Alhamdulillah. See. Selawat bukan just boleh redakan marah, tapi hati kita akan rasa makin tenang boleh fikir dengan rasional dan tenang. Bila hati tenang, fikiran tenang, apa2 pressure yg datang pun boleh hadapi dengan tenang. Tak caya? Cuba try. Selawat dengan hati tau, perlahan sambil hayati. InsyaAllah hati kita yang keras pun boleh lembut.

Aku nak tambah sikit, cakap pasal hati yang keras, aku share sikit bila hati dah makin jauh dan makin hanyut. Biasa laa kita ni hidup dalam zaman fitnah yg penuh dgn maksiat dan dosa depan mata (tu sebab Allah suruh jaga pandangan mata). Tapi bila mata degil juga nak pandang, hati mulalah sikit2 menjadi keras dan iman mula pudar tanpa kita sedar. Bila hati aku rasa susah sangat nak menangis (sebab aku suka menangis fikir balik dosa2 yg lepas)/ susah nak khusyuk dalam solat, aku amik masa sikit utk selawat sambil hayati. Tak sampai sepuluh selawat, hati mula sayu mata mula terasa panas. Allahurabbi. Time tu baru laa rasa nikmatnya hati bila tenang.

Boleh juga kalau nak hadiahkan buat anak2 yg nakal/susah nak solat/degil dan niatkan sekali apa yg kita nak untuk anak2 tu. Banyak lagi sebenarnya doa2 utk lembutkan hati bukan sekadar selawat. Tapi aku suka selawat ni sebab hati kita pun dapat effect sekali bila baca sambil hayati. And the most important is, moga2 dibangkitkan kat akhirat nanti dengan syafaat Nabi sebab salah satu impian aku, aku nak tinggal dgn Rasulullah kat syurga nanti dan teringin nak jumpa Nabi dalam mimpi. Amin Ya Rabbal A’lamin. (walaupun sebenarnya tak layak pun, biarlah Allah saja yg menilai huhuu)

Terpulang pada korang kalau masing2 ada yg tak setuju atau ada pengalaman masing2 yg boleh dikongsi kat bawah. Aku akhiri cerita ni dengan selawat, Allahumma Solli’ala saidina Muhammad Wa’ala ali Saidina Muhammad. Wasalam.

– Cik Cahaya Mata

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit