Jika Tidak Supportive, Lebih Baik Diam

Salam. Terima kasih admin, jika admin siarkan confession aku.

Pertama sekali harap yang berpengetahuan dalam bidang psikatari, boleh bagi rujukan yang mudah difahami mengenai mental illness ni. Aku dah jawab survey kesihatan mental, keputusannya ialah tahap stress aku rendah, depresi dn anxiety aku tinggi. Jadi aku nak tahu sebenarnya apa itu stress, depressi dan anxiety secara jelas & perbezaannya. Jawab survey ni pun berdasarkan keadaan aku minggu sebelum aku jawab survey. Masa aku tulis confession ni, Alhamdulillah, aku terima banyak berita baik, aku dah bertenang untuk selesaikan masalah aku dan aku dah boleh kawal diri aku. Cuma aku masih tak boleh tidur dan pergerakan aku memang lambat, tu je. Tapi disebabkan aku tak disahkan oleh pakar, jadi aku rasa aku bukan la sebahagian pesakit depresi. Cuma aku rasa nak bagi teguran kepada yang masyarakat kita yang suka merendahkan pesakit depresi.

Allah ciptakan manusia ni dengan pelbagai keupayaan & keistimewaan. Kalau cerita pasal tekanan ni, reaksi manusia terhadap cabaran dan tekanan berbeza. Ada yang kematian yang tersayang, masih boleh berlapang dada. Sementara yang lain melalui pengalaman yang hampir sama pula rasa sedih yang melampau. Ada yang mendapat tekanan ditempat kerja masih rasa okay. Ada yang rasa dirinya tak guna. Ada yang melalui pengalaman hitam seperti menyaksikan kematian, dirogol diliwat, tapi masih boleh move on. Ada yang rasa diri dia tiada harga diri. Ada yang boleh terima kecaman &kritikan, ada yang makan hati bila orang keji dia. Tu belum lagi depresi klinikal yang aku pun tak pandai nak jelaskan.

Manusia ni berlainan keupayaan dia. Hanya kerana kau okay je, tak semestinya orang lain pun sama atau mesti sama dengan kau. Bahkan situasi hidup pun tidak sama. Jika kau rasa kau kuat, boleh tahan cabaran, masih boleh bergembira, tahniah dan bersyukurlah. Tapi itu tak bermakna kau perlu membandingkan diri kau dengan yang lain, mendabik dada kononya kau kuat, bahkan kau jadikan kesihatan mental ni macam kayu pengukur keimanan manusia. Kalau depress tiada iman, tak ingat Tuhan, kau yang tak depress iman kukuh, Tuhan sentiasa dalam ingatan. Begitu?

Tu belum lagi manusia yang sesukahati meneraka kan pesakit depresi. Jika Allah dah tarik nikmat akal, dan pesakit ini melakukan perbuatan yang dilarang, termasuk la mencederakan diri dan membunuh diri, adakah benar mereka akan berakhir dineraka. Orang yang hilang kewarasan ni tak diwajibkan beribadah pun. Boleh ke manusia sesuka hati menjatuhkan hukuman neraka kepada mereka yang tidak waras. Kau yang waras tahan ujian pun belum tentu boleh beribadah dengan sempurna.

Jika kau bukan pakar kesihatan mental, dari kau sibuk mempertikaikan orang, lebih baik diam. Jika kau tak lalui depresi, dari kau merendahkan pesakit depresi, lebih baik diam. Kalau kau tak mampu beri kata-kata semangat, sekurang-kurangnya diamlah.

Kepada rakan-rakan yang tengah mengalami depresi, aku harap korang kuat dengan ujian Allah ni. Mungkin ada hikmah disebalik dugaan yang kau lalui. Mungkin ini salah satu cara Allah nak uji keimanan hamba-nya. Moga setiap usaha kau untuk lawan depresi ni tidak sia-sia.

– Sa

Hantar confession anda di sini ->Β www.iiumc.com/submit