Analogi penyakit mental
Assalamualaikum dan hai semua. Semoga kita semua dikurniakan kesihatan dan keberkatan yang berpanjangan. Aku bukan doktor, tapi suka untuk aku kongsikan pendapat aku agar kita dapat saling memahami dan saling menguatkan dalam menghadapi dunia yang fana ini.
Kata orang, depression, anxiety, trauma dll, ni semua sama macam penyakit lain. Tapi tak dapat nak bayangkan, betul? Sebab pesakit nampak macam normal dalam kehidupan seharian dia, tapi tak semua tahu apa yang dihadapi apabila serangan penyakit mental ni datang tanpa diundang.
Aku nak analogikan penyakit mental ni macam lelah. Sebab aku ada pengalaman menghadapi kedua-duanya. Atau, contoh mudah juga, sakit jantung. (Actually, boleh relate dengan kebanyakan penyakit lain tapi mudah nak huraikan dengan pengalaman sendiri). Penyakit yang aku sebut ni ada ciri-ciri yang sama, iaitu:
1. Kegagalan organ untuk berfungsi dengan baik.
Kalau lelah, paru-paru dan saluran pernafasan ada masalah. Kalau sakit jantung, masalah jantung lah. Kalau depression, anxiety? Ada masalah pada mental, atau bahasa mudahnya, otak. Jadi, bila tak dapat berfungsi dengan baik, perlulah pada sokongan seperti ubatan, sokongan moral dan kasih sayang dari keluarga dan kawan, masa (time heals, especially for those who have mental illness. Please give us space and time), dan yang paling penting doa dan munajat pada Yang Kuasa.
Malah orang yang demam sikit-sikit pun nak kasih sayang dan perhatian dari orang sekeliling, paling tak pun tulis di media sosial, apatah lagi dengan pesakit mental. Please help us to get out from this scary and dark mental maze. Sometimes we don’t even realize that we are being attacked.
And kegagalan organ tak bermaksud kegagalan dalam hidup. Orang lelah, kalau tak diserang, boleh lagi aktif pergi situ sini berbanding orang yang tiada lelah. Orang ada mental illness, kalau tak diserang, ibarat orang paling bahagia di dunia.
Kita tak cakap pada seseorang yang diserang asthma attack untuk “tarik je lah nafas betul-betul. Apa susahnya?”. Macam mana nak bernafas dengan baik kalau organnya pun dysfunction? Macam tu juga pada pesakit jantung yang diserang heart attack “eh engkau ni cuba bertenang sikit. Rileks sudah”. Macam mana nak bertenang kalau saluran jantung tu dah sempit sesempit pemikiranmu? Begitu juga pesakit mental. “mu ni kurang ingat Tuhan. Fikir positif je lah, orang lain punya masalah lagi berat dari ni”. Macam mana nak fikir positif kalau otak kita diserang dengan bisikan-bisikan dan bayangan-bayangan yang menyeramkan?
Hakikatnya, tiada seorang pun yang mendoakan musibah untuk dirinya.
2. It attacks.
Sesuatu yang menyerang, pasti menyakitkan. And naturally mangsa tak minta pun untuk diserang. Unless orang lelah pegi lari sepuluh pusingan takde orang pun suruh, orang sakit jantung tak jaga makan, orang ada depression tapi taknak makan ubat, dll. Serangan pun ada banyak tahap. Kadang diserang lelah tapi tak jumpa inhaler, perlu duduk dan tenangkan diri je, pastikan badan warm, sapu minyak panas kat dada, minum air, tarik nafas slow2, dapatkan fresh air, cukup dah. Tapi kadang tu lelah boleh sampai pengsan.
Same goes to anxiety attack, or panic attack. Ada certain keadaan kau boleh duduk, tenangkan diri, cuba distract otak kau dengan buat something fun. Tapi bila serangan dia tahap teruk punya, menangislah kau dari pagi sampai ke petang. Tak boleh fikir benda lain. Bisikan dan bayangan keji tu keep on datang kat otak kau. Kadang tu sampai kau tengah doa sungguh-sungguh tapi benda tu taknak keluar dari otak kau. Sambil doa, sambil pukul kepala sendiri :’( Sambil baca Al-Quran, sambil tahan diri dari meraung melalak menjerit dan fikir bukan-bukan.
3. Macam mana boleh serang? Mestilah ada pencetusnya (baca: triggers).
Ketiga-tiga penyakit yang saya sebutkan ni ada banyak punca, atau pencetus. Kejadian manusia ni begitu unik untuk kita samaratakan semuanya. Maka, ada orang diserang lelah ketika cuaca sejuk sahaja, ada yang diserang dengan asap rokok, ada yang ketika penat, ada pula diserang hanya kerana bermain dengan kucing! Keadaan yang sama dengan pesakit jantung dan pesakit mental, malah penyakit-penyakit lain. Dan tak ada orang pun nak diserang. Kebanyakan masa, diorang nampak normal. Tapi bila triggered, kau tak tahu betapa sakitnya dan struggle untuk keluar dari penyakit ni, tak kira lah lelah ke, sakit jantung ke, sakit mental ke, semua tu penyakit. Yang pasti, SAKIT.
Maka dengan ini, marilah kita sama-sama menyebarkan rahmat dan kasih sayang sesama kita. Berhenti merokok, kurangkan makanan yang tidak berkhasiat, jangan keluarkan kata-kata keji, berhenti membuli, sexual assault, dan macam-macam lagi. Dunia ini dihimpit dengan berbagai jenis kejahatan. Lalu dari manakah kebaikan kalau bukan dari diri kita? Tak rugi pun untuk saling menghormati, memahami, dan berbaik sangka. Berbaik sangkalah apabila seseorang tu down, jangan dicemuh, tapi berilah sokongan. Kita taktahu mungkin cemuhan itu boleh membawanya ke ruang gelap yang dinamakan depression. Fahami dan dengarkan seseorang yang nak luahkan perasaan, be present before the suicidal thoughts do. Bersikap lemah lembut (baca: kind and graceful) tak akan mendatangkan apa-apa kecuali kebaikan.
4. Symptoms vs the real illness
Semua penyakit ada simptom, atau tanda. Tak bermaksud kau tercungap-cungap lepas lari tu maksudnya kau ada lelah. Tak bermaksud kau stress atau rasa anxious tu maksudnya kau ada clinical depression atau anxiety disorder. Mungkin kita ada simptom tu, tapi sebenarnya itu cumalah keadaan-keadaan yang biasa. Paling penting, take care of yourself. Love yourself. Kalau ada benda tak kena, bertanya pada yang ahli. Sebelum tu, reflect diri. Mungkin kau tercungap-cungap lepas lari tu (padahal lari sekejap je) sebab kau used to run tapi dah lama tak lari. Mungkin kau stress sebab dah jauh dari Tuhan, atau expectation majikan kau tinggi sangat?
Sebelum jump into conclusion yang kau ada illness itu ini hanya dengan simptom yang sedikit dan self-diagnose, bolehlah fikir dan perbaiki diri dan orang sekeliling. Sakit yang kau rasa bukanlah sebuah kebanggaan. Tuhan nak uji, kau nak usaha ke tak untuk sembuh, kau merayu tak kat Dia untuk perbaiki keadaan. Kalau kau betul-betul ada penyakit yang serius, anggaplah Tuhan sayang kau dan nak hapuskan dosa kau. Kalau orang lain yang menjadi punca kau ada simptom tu, bawa bincang. Feel free to open up to others. Kalau kau ada stress disebabkan orang lain, bawa bincang, sebelum keadaan kau makin parah. Paling penting, sila bertanya pada yang ahli jika ada apa-apa.
Tu je kot yang aku nak share. Minta maaf salah silap. Kalau ada apa-apa nak tambah, sila sila. Doakan aku selalu ya, aku pun doakan agar kita semua selalu dikurniakan kasih sayang Tuhan.
Oh, last.
Zikir mukmin itu di hati, bukan hanya di akal atau lisan. Boleh jadi seseorang yang meletakkan Tuhan di hatinya, namun akalnya gagal berfungsi seperti manusia lain. Dan boleh jadi orang yang zikirnya di akal cuma, dan merasa cukup dengan zikirnya itu, tidak sedar hatinya diserang penyakit yang lebih membinasakan. Semoga Allah mengampunkan kita semua.
– still struggling
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit