Salah Ke Hantar Anak Ke Pra-Sekolah

Assalammualaikum. Terima kasih admin sebab post cerita aku ni.
Aku memang kalau bercerita panjang mukadimah nya. Tapi kali ni aku rasa aku perlu sangat kongsi pengalaman/perasaan aku ni untuk mak bapak zaman sekarang ambil iktibar.

Zaman sekarang semua orang tau banyak sangat tadika dan pra-sekolah private yang ada silibus sendiri dan bermacam2 teknik pembelajaran.
Harga memang ikut kawasan.takde istilah ko mampu ke tak, ko tetap kena hantar anak kau ke taska/pengasuh, sebab kau bekerja.

Pra-Sekolah zaman sekarang ni macam2 jenis. Untuk islamic education paling berkembang sekarang. Bagusla, sebab menunjukkan mak pak sekarang pentingkan islamic way of life. Tapi pada aku, brand atau yuran sekolah anak kita tu tak menunjukkan bagussnya sekolah tu, kalau mak pak sendiri tak faham tujuan hantar anak ke sekolah.

Masalah aku sebenarnya bila orang sekeliling ( not all) desas desus kata aku tak patut hantar anak aku umur 4 tahun sekolah. Antaranya :
“Budak-budak , kena lah main je, buat apa suruh baca buku”.
“Anak aku dulu sekolah mula 5 tahun tak belajar apa, ok je masuk darjah 1 sekarang, dapat kelas no.1 lagi”.
“ Anak aku kalau sekolah umur 4tahun sekarang, dia tau belasah orang je.”
“ Anak aku kalau sekolah umur 4 tahun sekarang, aku rasa aku kejam sebab suruh dia baca buku”
HELLO!!! Memang pergi sekolah tu untuk belajar buku je ke??? Tu pada aku pemikiran mak pak yang ortodok. Bukan lah bila hantar anak kita umur 3 @ 4 tahun kita nak suruh dia terus pandai baca novel harry potter yang tebal sama dengan kamus oxford. Ye dak?

Ini pendapat aku dan kenapa aku yang tak planning pun nak hantar anak ke sekolah tahun 2018, akhirnya terenroll jugak anak aku untuk sekolah:

1)Anak-anak saya tinggal dengan pengasuh, dimana yuran mereka sebulan RM600 untuk 2orang. Alhamdulillah, kira rate tu murah la di kawasan saya tinggal.tapi rumah dia agak jauh dari rumah saya. Bila saya survey tadika untuk 4tahun, RM350 sahaja, anak sulung saya dapat belajar kenal huruf Al-Quran, belajar berkawan & belajar skill2 lain dengan rakan sebaya dia. Komitmen bulanan kami jadi RM650 sahaja.

2)Anak sulung saya 4 tahun, baru dapat adik sekarang umur 6bulan. Jadi, dia baru nak belajar berkongsi, dimana memang dilemma mak pak nak ajar dia faham konsep perkongsian tu. Di sekolah, saya berharap dia akan develop sifat berkongsi tu slowly. InshaAllah

3)Anak saya dah pandai pergi toilet buang air kecik, dan air besar, tapi kalau datang mood manja dia, poo2 mesti nak dalam pampers, dan kencing pun tak cakap sebab syok sangat main. Perkara ni saya tak harap sekolah ajar dia,tapi dia pasti akan belajar bila dia tengok kawan-kawan sebaya dia berdikari (hopefully)

4)Banyak lagi soft skills, social skills, segala skills yang anak saya boleh develop bila dia masuk sekolah 4tahun ni, sebab dia dah pandai cakap macam budak 5 tahun. Alhamdullilah, sebab dia kategori budak yang cepat bercakap, tak pelat dan petah. Saya dan suami pun penat da layan dia, jadi, kita bagi dia sekolah supaya dia penat , balik rumah tido. Hahaha..tapi bila tak dengar suara anak saya( tidur je), saya dan suami rasa sunyi yang amat…

Ok la setakat ni je points kenapa saya rasa anak saya perlu pergi sekola di umur 4tahun, walaupun dia belum 4 tahun sebenarnya sebab dia lahir hujung tahun. Tapi dia memang da bersedia untuk pergi sekolah, sebab dia memang suka berkawan.

Instead of saya bawa dia pergi playground, baiklah dia pergi bermain sambal belajar tentang kehidupan di tadika.. InshaAllah..jauh lagi perjalanan hidup anak-anak saya dan keluarga saya, doa kan lah keluarga kami sentiasa bersabar dengan dugaan yang Allah Swt berikan, terutamanya bila berhadapan dengan resistance dari kaum keluarga sendiri.

Saya tahu, ramai pembaca yang ada masalah macam ni. Cuba komen sikit. Komen yang positif sangat dialu-alukan.

Wassalam.

– Siti

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit